Assalamualaikum… Viral di laman-laman sosial hari ini… Kisah Pencuri Kasut Dengan Mercedes Benz’


Tiba-tiba teringat kisah 15 tahun dulu waktu wa belajar di salah sebuah IPTA di utara semenanjung. Kejadian yang serta merta mengubah persepsi wa terhadap golongan kaya dan berada, golongan berkemampuan yang boleh memiliki segalanya. Abu (bukan nama sebenar), hampir memiliki segalanya… Kekayaan, kemewahan atau mungkin kasih sayang yang berlebihan… Diterima masuk ke salah sebuah IPTA di utara semenanjung untuk mengaut seberapa banyak ilmu yang mungkin… Akan tetapi apa yang jadi ? Perbuatan dan perangai sebenar Abu (bukan nama sebenar), diketahui di sini… Begini kisahnya….


Dilantik selaku pembaca ikrar pelajar bagi Batch 99, mengetuai kami pada minggu orientasi. Wa pun kurang pasti atas dasar apa Abu (bukan nama sebenar), dipilih… Mungkin dek kerana penampilan dan rupa diri dia pada waktu tersebut… Memang tak boleh dinafikan, rupa antara bonus dan priority bagi sesetengah situasi apabila memilih ketua untuk mengkepalai… Ilmu dan akhlak di tolak ke tepi…

Kisah bermula apabila kerap berlaku kes kehilangan barang-barang kategori mewah berupa laptop dan jersey… Wa dan rakan-rakan jadi buntu… Sehinggalah pada satu hari kami berpakat untuk memasang perangkap. Dipendekkan cerita abu kantoi sewaktu cuba mencilok jersey kepunyaan salah sorang kawan wa. Abu (bukan nama sebenar), kami bawa ke bilik…di situ Abu (bukan nama sebenar), dikerumun dan dilutu… Hampir tidak percaya rakan di antara kami lah orangnya yang mencuri…. Di depan kami elok bicara manis bahasa… Lebih mengejutkan kami, jawapan Abu (bukan nama sebenar), apabila ditanya mengapa dia mencuri… Abu (bukan nama sebenar), selamba menjawab, “saja suka-suka”!

Abu (bukan nama sebenar), antara ramai lagi di luar sana yang mencuri bukan atas dasar terdesak dan kurang berkemampuan tetapi tindakannya lebih kepada hobi dan perbuatan suka suki hanya untuk mendapatkan kepuasan diri…

Moral of the story… jangan ingat orang kaya tidak mencuri… Jika ‘ada’ dan ‘diberi’ peluang, mereka akan jadi kepala penyamun dan bapak segala pencuri…
Pagi ni aku rasa lain sesangat… Lepas punch, terus ke kelas untuk satu jam… Sambil berjalan menuju ke kelas mata aku melilau melihat sekeliling…awat yang sayu sangat aku rasa pagi ni hah ?… cuaca pagi ni pulak segar tak macam selalu tu, berjerebu, hangit, masam dan kelabu asap…

Alhamdulillah, Allah masih beri aku peluang untuk berjumpa dengan bulan yang penuh barakah, Bulan Ramadhan… Esok kita mula berpuasa… Menunaikan rukun Islam yang ke 3.

Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Maknanya, malam ini kita akan mula bersolat tarawih… Dan kalau dipanjangkan umur, Insyaallah awal pagi esok kita akan mula bangun bersahur…. Untuk anak-anak ayah, Amirah, Muhammad Anas dan Aimi Zakiah, bila tiba bulan mulia Ramadhan, kita kena sambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran… Jangan sedih-sedih tau. Tahun ni kalau boleh ayah nak Amirah dan Muhammad Anas cuba berpuasa penuh… Untuk Aimi Zakiah pulak tahun ni merupakan tahun pertama aimi berpuasa… Tahun lepas bolehlah aimi ‘bersenang-lenang’ tapi tidak untuk tahun ni… ayah nak aimi cuba berpuasa, temankan kakak dan abang, merasa bangun sahur bersama. Rasa-rasa, boleh ke ?

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasaUmat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :
1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
2) Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jumaat.

So, untuk rakan-rakan semua, minta maaflah ye kalau ada sebarang salah dan silap samada yang disengajakan mahupun tidak disengajakan. Moga kita dapat menjalani ibadat puasa dengan khusyuk dan penuh keinsafan….

Assalamualaikum bro...

Lama dah aku tak buat posting pasal kereta... Yelah, apa-apa yang berkaitan kereta.... kalau tengok pada kategory 'myspyshotsources' pun dok ada 4 posting ajer since July 2009... Kali terakhir rasanya pada 9 Julai 2009 yang lepas... Masa tu aku buat story pasal WAJA-LANCER ??? antara tajuk yang paling banyak menyumbang kepada 'kesibukkan & kesesakkan traffik' blog aku... Cukup ramai yang nak tahu pasal Waja Replacement masa tu...

So, untuk posting kali ni aku pilih model terbaru dari Proton, yang pada asalnya hanyalah sebuah kereta konsep... So, tanpa membuang masa lagi aku nak memperkenalkan pada korang semua...Proton Tuah a.k.a Proton Espire yang mantap dan cun melecun ni !!! Boleh layan gambar jerlah pasal terlalu sedikit info berkaitan model baru ni... Tapi kalu hangpa pi tinjau kat website Proton dah ada dah info serba sedikit pada ruangan Concept Car...

Layaaaannnnn !!!.....








credit to : http://paultan.org/2011/03/11/proton-tuah-concept-spotted-on-the-elite-highway/

Assalamualaikum bro...

Mood aku pada 10 Jun 2011 : Sedih, malu, marah dan serba salah... perasaan bercampur baur dalam diri... minta maaf kalau-kalau tajuk yang aku beri untuk entry posting kali ni buat korang tidak selesa dan agak 'keterlaluan' bunyinya.....

Dah beberapa kali rasanya aku nak menulis 'sesuatu' pasal BERSIH 2.0 ni... bukan masalah takder masa atau takder 'point' untuk diperkatakan tetapi aku rasa biarlah aku ambil pendekatan melihat dari jauh sahaja melihat puak-puak dan golongan 'cerdik pandai' ni 'berhimpun'... Dalam hati berdetik, 'biarlah 'puak-puak tu' berhimpun... biarlah 'puak-puak tu' seiring jalan menyampaikan 'tuntutan bersih' mereka dan biarlah 'puak-puak tu' melampias apa yang selama ni mereka simpan dan peram...


Sebelum aku mula, aku nak bagitau lah ye yang tulisan aku kali ni tidak menggambarkan aku berada @ mewakili mana-mana parti politik, NGO atau orang perseorangan... Sebabnya aku bukanlah dari jenis 'lembu yang suka dicucuk hidungnya', dan bukan juga 'pengampu' dan 'pengikut tegar' yang begitu murah untuk 'diperkudakan', sebab Alhamdulillah, sehingga hari ini aku masih boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk... dan yang paling penting aku seorang yang amat-amat mensyukuri nikmat keamanan yang dikurniakan Allah.



Sahabatku... sehingga waktu aku nak mula menulis ni pun aku rasa sedikit risau... yelah, kalau-kalau ada pembaca yang tidak bersetuju dan 'terlalu emosi' dengan apa yang bakal aku tulis... Tapi nak buat macamana, dah memang itu sifat manusia sering berprasangka dan adakalanya berlagak tahu semuanya... Tapi posting perlu gak aku buat sebab ini adalah pendapat peribadi dari kacamata sendiri... Situasi sekarang ni bak kata orang, "umpama ditelan mati mak, dibuang mati bapak"... "Tarik rambut dalam tepung... rambut tak putus, tepung tak berselerak"... Tapi demi keamanan dan keharmonian yang 'mereka' bina bertahun-tahun lamanya, sekali lagi aku ulang, "aku insan yang cintakan keamanan dan kemakmuran"...

Sahabatku... Perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lepas mencatat satu lagi sejarah pahit negara yang sebelum ini telah direnteti dan disinambungi oleh banyak perhimpunan dan demonstrasi sebegini... Alhamdulillah, tiada yang mati (walaupun ada seorang peserta yang meninggal akibat 'sesak nafas'.. itu pun kita kena jelas sebab kematian arwah takut-takut ada pihak yang cuba memanipulasi... wallahualam...) walaupun ada yang tercedera dan berdarah (ala, relaks lah...korang nak 'gembeng' dan nak kecoh-kecoh buat aper... sebelum turun korang mungkin dah maklum antara risiko-risiko yang bakal korang hadapikan...bukannya korang tak pernah 'berhimpun' sebelum ni...dan kalaupun ini 'perhimpunan' korang yang pertama kalinya, mustahil korang tak tengok kesannya di televisyen-televisyen... so 'no heart feeling' la bro...)



Dan kalau ditakdirkan ada yang terbunuh, maka baru boleh dicatat sebagai sejarah hitam sebaris dengan peristiwa 13 Mei... Tapi syukur Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan kepada anggota keselamatan kita dan dalam keadaan yang sebegitu genting pun mereka semua masih mampu bertindak, berfikir dan menjalankan tanggungjawab demi apa ? demi memastikan keamanan berterusan... tapi sayang, seperti yang dijangka awal-awal lagi, pengorbanan mereka dibalas dengan cacian dan hinaan sehingga ada yang sanggup dan tergamak menyamakan malah menggelar mereka-mereka ini dengan panggilan yang amat hina dan najis ! Diorang tu semua manusia bro ! macam korang gak... !


Sahabatku... pernah ke korang terfikir yang perhimpunan seumpama tu tidak perlu diadakan ??? Sebab apa tak perlu bro...tak boleh ke ??? Jawapan aku simple jer bro, sebabnya lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan ! Ko nak suruh aku ulas ke, apa yang dimaksudkan dengan 'lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan'.. ??? tak payah kot... kalau aku huraikan pun posting aku akan jadi panjang berjela...bila dah panjang berjela, orang-orang malas nak baca... sebabnya orang-orang sekarang lebih sukakan cara 'singkat dan pantas' berbanding nak membaca sambil menilai apatah lagi nak berfikir secara dalam-dalam kesan akibat perbuatan sesuatu perkara... orang-orang sekarang terlalu mengikut emosi... terlalu 'MENGIKUT secara membabi buta'...


AKU MALU & SEDIH...
...melihat majoriti yang berhimpun adalah orang Melayu Islam

...melihat kaum muslimah berarak beriringan dengan kaum muslimat sambil terpekik terlolong

...apabila bangsa sendiri yang 'menjayakan' perhimpunan tersebut sungguhpun ia dikepalai oleh AMBIGA

...melihat bangsa sendiri ingkar dan menderhaka titah sultan

...melihat bangsa sendiri hilang pertimbangan tanpa mempedulikan kesan dari perbuatan mereka

melihat bangsa sendiri bertelagah sedangkankan majoriti bangsa lain tersenyum gembira dan hanya melihat dari jauh

...kebanyakkan hanya menjadi 'pak turut'.... ikut dan terus mengikut tanpa mengetahui tujuan berhimpun

Kepada saudara-saudaraku yang tak jemu-jemu dari dulu sampai sekarang asyik dok berdemonstrasi (umpama ketagihan alkhohol dan maybe dah menjadi darah daging), 'saudara' jangan menyesal kalau satu hari nanti, dek kerana perbuatan 'saudara-saudara' yang amat cerdik tu, negara jadi huru hara... bila negara dah huru-hara, ramai pihak @ tangan-tangan ghaib yang akan cuba ambil kesempatan... Masa tu semua pihak saling tuduh menuduh dan perpecahan yang lebih teruk akan berlaku... Nak cari rezeki pun payah dan tidur kita takkan senyenyak dulu....

Apa-apa pun, 'TAHNIAH' diucapkan kepada 'saudara-saudara' kita menyertai perhimpunan pada Sabtu lepas.... anda telah berjaya merendahkan martabat dan maruah orang-orang Melayu !!!

p/s : hanya mereka yang 'betul-betul bersih' sahaja tahu kesan akibat dan menilai baik buruk sesuatu perkara... Jaga perpaduan, jaga keharmonian dan jaga keamanan... Malaysia, tanah tumpahnya darahku....

Pesanan ikhlas dari 'AKU' yang amat bersyukur dengan nikmat keamanan yang dikurniakan Allah...

Alhamdulillah bro… akhirnya tercapai gak hajat aku nak bawak mak dan abah bercuti-cuti malaysia ! Sebelum ni abah kerja… sebelum ni agak payah nak ajak abah ke mana-mana expecially bila nak ajak pi makan angin di tempat yang agak ‘luar biasa’ dari 'biasa' atau lebih tepat lagi ke tempat yang memerlukan kita orang bermalam sehari dua… mak orait jer..yelah, surirumah sepenuh masa… lagi suka kalau dipelawa !... he,he…


So, bila abah dah pencen abah cam burung yang terbang bebas !…. terbang bebas ke mana sahaja… Cumanya sekarang ni abah ‘terikat’ ngan pihak masjid… tapi ‘memohon cuti’ dengan pengerusi masjid lebih mudah berbanding nak mengadap majikan lama tempat abah bekerja… Sekurang-kurangnya pengerusi masjid lebih faham kerana ini juga antara cara bagaimana institusi kekeluargaan boleh diperkukuhkan… Bak kata arwah Cikgu Saat (Pengerusi Masjid sebelum ini)…”pergilah berjalan-jalan… ambil angin dan makan angin… pergi rumah anak-anak dan melancong, mudah-mudahan dengan cara itu fikiran kita lebih tenang, cergas dan badan Insyaallah akan jadi lebih sihat”….

Dipendekkan cerita, percutian pertama selepas abah pencen ni adalah ke Cameron Highlands ! Sajer nak bawak diorang ke tempat yang agak sejuk… Sepanjang 2 hari di sana banyak gak tempat yang kami pi… antaranya, ladang the Bharat Plantation, Taman Rama-Rama, Pasar Malam Brinchang, Big Red Strawberry Farm, Pekan Tanah Rata, dan Lata Iskandar…. Harap-harap abah ngan mak berpuas hati dengan ‘trip’ serta ‘pakej percutian’ yang kami tawarkan…he,he… Kalau ada rezeki nanti ‘orang’ bawak mak ngan abah kat tempat lain pulak ye.. !?? adiossss !

EWAH-EWAH.. PANDAI GAK MAK NGAN ABAH AKU NI BERPOSING !

SOPAN NYER MAK MAKAN STRAWBERRY...

ABAH TENGAH BEDAL STRAWBERRY 'CECAH' COKLAT...

POSING LAGI DI TAMAN RAMA-RAMA...

...DAN POSING LAGI DI LADANG TEH BHARAT... SERIUSNYA ABAH..HE,HE..

ON THE WAY BALIK KE JB...IKUT TAPAH & BERHENTI SAT DI LATA ISKANDAR...


Dah jadi habit kitaorang yang memang suka berjalan… pantang sorang kata ‘jom !’….. jadi sokmo… Minggu lepas tanpa ada apa-apa perancangan, tanpa tujuan kami sekeluarga meronda sesuka hati mak bapak kitaorang… asalnya cuma nak ke PD tapi tak semena-mena ada suara halus yang merestui agar kami keluar dari kawasan jajahan untuk meneroka halaman orang. Maka dengan ‘tak tersengaja’ terpengaruhlah kami dengan ‘suara halus’ tersebut dan keluarlah kami dari sempadan tempat kami bermastautin.

Kebetulan, waktu masa tu pun dah tengahari. Elok sangat lah tu, perut ni perlu di isi… Dah memang sampai masa untuk bersantap… Kerling kanan dan kerling kiri… Masing-masing dok memandang tak tahu tempat nak dituju… sampailah satu ketika aku tengok orang rumah kat sebelah dok senyum… Aku faham bebenor makna disebalik senyuman kambing tu tadi… senyuman tu tandanya tempat bersantap yang tadinya kabur dah pun ada dalam kepala !

So, diringkaskan cerita tengahari tu kami menjamu selera di NASI ARAB DAMSYIK di Seremban… Tempat ni tempat favourite kitaorang bro. Dapat pekena nasi arab berlaukkan kambing memang satu kepuasan bagi aku…. Sekali sekala ‘kena’ apa salahnya kan ?… kerap sangat tak bolehlah bro…bukannya apa, takut ‘angin naik kepala’…ha,haaa… ! Yang paling penting, mulakan dengan ‘Bismillah’ dan akhiri dengan ’Alhamdulillah’….

So, apa tunggu lagi..... juadah dah terhidang, dua mata saling bertentang, perut pun rasa dah menendang-nendang, ayuh bro ! belasah sampai tinggal tulang, bukannya apa, takderlah nanti terkonang-konang !


NILAH NASI ARAB FAVOURITE AKU...

PUNYALAH RAMAI MANUSIA... TAK 'PUTUS-PUTUS'... MURAH REZEKI 'TUAN TANAH'...

CARA HIDANGAN...

DIHIDANG BERSAMA TEH PUDINA...

SUSUN ATUR DALAM RESTORAN... KONSEP RELAX & SANTAI...

GENDANG-GENDUT TALI KECAPI, KENYANG PERUT KAMI HAPPY & TERINGIN NAK DATANG LAGI !!!


Al-kisah, pada hari tersebut aku tertunggu-tunggu kehadiran insan yang bakal menjadi pengikutku yang ke 100. Entah mengapa ku rasa masa seakan terhenti, terlalu lama dan statik pada angka 99 dan mungkin tiada harapan untuk insan tersebut menjelma... Dari saat bertukar ke minit disusuli jam dan begitulah seterusnya kiraan dan putaran masa yang tidak mungkin terhenti walau sesaat... Bagi new blogger macam aku ni, pertambahan jumlah follower buat aku begitu teruja...

Akhirnya insan yang ku nanti-nantikan tiba dan untuk sesekian kalinya, suka ku khabarkan kepada seantero dunia, insan ini adalah pengikut villakesyukuran yang ke 100 jua !!!

Terima kasih kepada 'yatie awang' yang cukup sinonim dan mesra membahasakan dirinya 'kakak'... Kunjungan akak ke teratak yang tidak seberapa ini mudah-mudahan akan terus memberi semangat untuk saya 'berkarya' semampu yang ada...



Kepada 'kak yatie awang', terima kasih sebab sudi menjadi pengikut villakesyukuran yang ke 100 ! dan sebagai tanda penghargaan saya menyeru kepada rakan-rakan blogger yang lain, sudi-sudikanlah untuk menjenguk dan berkunjung ke :


bagi membina jaringan silaturrahim antara kita... Terima kasih juga kepada pengikut-pengikut yang lain... walaupun anda bukan yang ke 100, tapi peranan anda menjadi 'tuju-tuju ke angka keramat' ini amat-amatlah saya hargai !

Assalamualaikum bro !

Entry kali ni ada kait mengait dengan entry wa sudah kena beb !!! hu,hu...

Rupa-rupanya wa ni memang jenis tak serik bro ! Insaf sat jer lepas tu buat balik 'benda-benda' tak elok tu... nak buat camna bro, dah inilah perangai wa...dah sebati tu brooo...wa rasa payah sangat nak ubah memandangkan dah bertahun-tahun wa buat perangai ni...

Biasalah bro, wa akan buat perangai bila wa rasa line begitu clear...kalau wa tahu ada 'orang yang skodeng' wa, siang-siang lagi wa tak buat perangai macam ni bro... tapi, sebab wa rasa 'line clear' lah wa nekad, apalah salahnya sesekala wa jadi 'nakal'...he,he...

Tapi bro, 'langit tak selalunya cerah'... agakkan wa silap waktu tu... Wa terkantul untuk kali yang ke 10 !.... wa kena lagi beb !!! Tah kat mana diorang ni skodeng wa, wa pun tak tahu ! Sehinggalah tengahari semalam, wa terima satu sampul dari posmen... Bila wa bukak, wa pasrah bro... kali ni wa mengalah...macam yang wa cakap sebelum ni, "wa kena lagi beb !"...... Kali ni salah laku wa dicatat, diperinci... masa, tempat, dan yang membuatkan wa tersentak gambar salah laku wa turut diabadikan sebagai bukti !

Wa nak kata apa lagi bro ?... yang pastinya, ini kali kedua wa insaf seketika... Tapi wa percaya, wa akan terus-terusan lakukan dan ulangi kesilapan yang sama, sebabnya..... 'manusia kan mudah lupa'.... hu,hu....

SURAT SALAH LAKU a.k.a NOTIS SAMAN YANG WA TERIMA TENGAHARI KELMARIN...
KESALAHAN : PANDU LAJU DI KM 20.8 JALAN KANGAR - PADANG BESAR


BUKTI KUKUH....
YANG PALING WA TAK TAHAN SIAP CAPTURED 'PUNGGUNG' EXO WA TU...
Assalamualaikum bro....

Lanjutan dari posting tak sabar nak tunggu malam ni ! aku janji nak buat posting susulan kan ? He,he...sorry ler dah terbabas 3 hari ! Tapi janji tetap janji bro... so, aku teringin sangat nak berkongsi keseronokkan anak-anak aku ngan korang semua...

Sebenarnya bro, malam tu aku pi Glory Beach Resort kat PD... Nak inform kat korang yang aku sebenarnya bawak anak-anak pi lepaskan anak-anak penyu kat pantai resort tu... Yup ! aku baru tahu yang resort tu ada pusat penetasan dan penjagaan anak-anak penyu ! Sebelum ni kalau nak tengok penyu bertelur ke, nak lepaskan anak-anak penyu ke laut korang kena pi nun hah ke Terengganu... tapi rupa-rupanya kat PD pun ada bro... sampai hati ko tak bagitau aku... hu,hu...

So, korang layanlah gambar-gambar yang sempat aku snap malam tu... Kalau tak nampak korang buat-buatlah nampak ye.. al-maklumlah, guna camera phone jer...so, lighting tak berapa nak cukup... he,he...



KAJIAN PEMAKANAN DAN TUMBESARAN ANAK PENYU

AKTIF SUNGGUH ANAK-ANAK PENYU NI BERENANG !

ANAK-ANAK PENYU BERMACAM SAIZ...

KAT LOBBY HOTEL..SEMENTARA MENUNGGU SAAT 'DILEPASKAN'...

EN. 'TAK TAHU NAMA' TENGAH BAGI TAKLIMAT...

NUR AISYAH BERGAMBAR NGAN PENYU KIUT MIUT NI...

SAAT SBLM DILEPASKAN...SEMPAT LAGI 'BERGURAU'... SAYANGLAH PULAK SEBAB COMEL SANGAT !

NAK TAK NAK KENA GAK LEPASKAN... HU,HU... SEDIH....

ANAK PENYU YANG SEKOR NI ASYIK BERPATAH BALIK... RASA KESIAN PUN ADA MASA NI...

LEPAS CUBA BERKALI-KALI, AKHIRNYA ANAK PENYU NI MULA MENUJU KE LAUT....

AKHIRNYA, KELIMA-LIMA ANAK PENYU HILANG DALAM KEGELAPAN MALAM....


Kalau anak-anak penyu tu panjang umur dan bernasib baik, dia akan lepas bebas di lautan... Tapi sebelum tiba ke lautan luas, anak-anak penyu ni terpaksa berdepan dengan cabaran dan halangan antaranya cahaya lampu yang banyak terdapat di Stesyen Janakuasa Tuanku Jaafar... Biasanya, penyu akan tertarik kepada cahaya... Dan ancaman-ancaman lain macam tersangkut kat pukat, kena kipas enjin bot dan dimakan ikan-ikan besar...

So, sebaik sahaja dilepaskan aku mintak anak-anak berdoa.... "Kita doakan anak-anak penyu ni selamat dan dapat hidup untuk tempoh 100 tahun akan datang".....
Assalamualaikum bro….

Alhamdulillah, banyak gak kerja yang dapat aku siapkan pada hari Jumat yang mulia ni… so, tengok jam kat tangan… “huh, 15 minit lagi sebelum punch out”….. Sempat lagi ni kalau aku buat 1 lagi posting merapu… hu,hu…

“Macamana kalau aku cuba google taman tempat aku tinggal sekarang guna Google Map….ada ke ? Taman aku tu dah lah ‘ciput’, tak popular pulak tu….huh !”…. Hari tu, punyalah kurang asam, member-member dok gelak pasal taman aku tak ‘detect’ dalam GPS diorang… malulah bro… ahh, try jer bro…sajer seronok-seronok !

So, aku pun cuba google guna keyword ‘TAMAN SELAYANG, PORT DICKSON’, dan hasilnya wow, adalah bro !!! Taklah teruk dan ceruk sangat taman aku ni... he,he…bangga, bangga… So, untuk memperlihatkan kebanggaan aku terhadap taman aku ni, aku upload foto-foto untuk tatapan aku sendiri…hu,hu…