
Tepat jam 6.15 ptg aku dah terpacul kat depan rumah pucukpaku. Cadangnya nak kuar awal, tapi si Aimi Zakiah ‘terberak’ pulak kat depan rumah…! 2 ketulan ‘tut’ menggelunsur keluar dari celah-celah seluarnya.. Terpaksalah aku kutip ‘tut’ nya dulu sebelum aku dapat bertarung ngan pucukpaku…Untuk pengetahuan korang anak aku yang nombor 3 ni dalam proses percubaan untuk tidak memakai pampers. Sekarang ni, biasanya dari pagi sampai ke malam memang dia dah tak pakai pampers…malam nak tidur baru kitaorang sarungkan pampers.. Tapi kadang-kadang tu terbabas gak ! Masuk ni dah 3 kali ! Tempat yang sama, waktu yang sama ! Ewah, ewah,…baik betul hang punya time setting ye Aimi Zakiah… sajer nak uji tahap kemahiran ayah mengutip dan mencuci najis…
Berbalik pada cerita tadi, sampai kat gelanggang aku pun keluarkan raket tenis cap ‘rakan muda’ aku tu.. Lama dah aku tak menerai raket ni. Raket ni aku beli masa mengaji kat UUM dulu. Masa tu tak mampu nak beli yang branded, so aku beli jer yang murah ni. Itu jer yang aku mampu…Ala….kira ok la tu... Lain la cam pucukpaku. Raketnya berjenama ‘Wilson”…. Tak dapat bayangkan camnalah nanti dia memperkotak-katik kan aku kat gelanggang nanti… So, pertarungan petang ni menyaksikan pertemuan antara buku dengan ruas… Di satu pihak, Pucukpaku selaku calon favourite begitu yakin dan beliau pernah meramalkan akan menyertai dan sekaligus menjuarai Kejohanan Grand Slam selepas kelahiran bayinya yang ke 5… manakala disatu pihak lagi, aku ler tu.. masih menaruh harapan yang aku sekurang-kurangnya mampu mengetuk bola masuk ke gelanggang pucukpaku dan bukannya angin yang aku ketuk…..
Perlawanan bermula dan seperti yang dijangka, aku mula termengah-mengah. Pancit beb…lama tak turun bersukan… Turun petang ni pun bukannya buat sesi warm-up pun..harap ‘warm-up’ masa cuci ‘tut’ Aimi Zakiah tadi. Betul ‘warm-up’ aku masa tu ! Pucukpaku steady jer..orang dah biasa main…. Berlagak betul.. Kadang-kadang tu rasa cam nak termuntah pun ada, rasa cam nak pitam pun ada…berpinau mata.. Tapi demi cita-cita aku untuk ke Grand Slam sekurang-kurang setahun lebih awal dari pucukpaku, aku kuatkan gak semangat… Last-last, aku tak larat… “Dah la woii..! boleh buasir aku kalau macam ni… stop la..”
1 comments:
salam bro villa
aku memang tabik ko kalau berkata-kata.. ko makan aper pandai sgt mengarang nie..pepun...ko ader ler sket bakat main tenis kalau nak dibandingkan ngan si tanjeku tue.. cehhhhhh lebam tatgan aku dbuatya ptg td...huhhh selamber jer dismash nyer bola tu ke tangan aku hahahah...takper at least ader gak improvement ari ni heheheh...
Post a Comment