WAAAA…SELIPAR ANA HILANG !!!….

Cehhh, malam tadi hilang lagi selipar aku… Baru 2 hari lepas selipar asadi aku ‘dicilok’ masa tengah mengerjakan solat tarawih… hari ni ‘diorang’ cilok selipar Aladdin aku pulak… betul la budak-budak ni.. Mengikut sumber yang aku terima, kerja ni dilakukan oleh sekumpulan budak-budak dalam lingkungan umur 13 tahun… Sedih aku…kalau ye pun nak sangat selipar aku tu, mintak la…aku boleh bagi aper…ni tak, pi cilok-cilok pulak… Tapi camna pun, aku halalkan dunia akhirat… Kalau ‘ketidakmampuan’ la yang mendorong budak-budak ni mengambil jalan berani ni, aku redha…mungkin itu rezeki mereka… Tapi kalau setakat nak berseronok-seronok (kononnyer nak test power la, nak tunjuk jantan la) aku tak dapat terima… Lain kali kalau korang tertangkap, aku tas-tas kepala korang…

0 comments:

TERIMA KASIH AYAH….

“ Jom kita pi cari kasut raya ! “… Ayat yang cukup dinanti-nantikan oleh anak-anak aku… Bagi mereka perkataan ‘raya’ melambangkan keseronokan. Apa yang mereka fikirkan adalah keseronokan balik ke kampong berjumpa sepupu sepapat dan keseronokan membeli baju dan kasut baru. Puasanya tah ke mana… Setakat ni, amirah dah berjaya puasa selama 8 hari…sesuatu yang boleh ayah dan ummi banggakan.. Mana taknye…memandangkan umur baru mencecah 6 tahun, amirah dah kenal erti penat dan apa yang dimaksudkan dengan berpuasa. Alhamdulillah, ayah bangga ngan amirah… Kadang-kadang tu, amirah hampir-hampir dapat menyempurnakan puasanya tapi bila aku tengok dia cam tak larat, dok baring terkelepet, aku izinkannya untuk berbuka walaupun jam di dinding dah menunjukkan pukul 6.30. Tak apalah… Pernah satu hari tu, amirah telah ‘membatalkan’ puasanya walaupun waktu berbuka tinggal lagi 3 minit jer lagi !... Tergamam aku dibuatnya….nak tergelak pun ada… Yang pastinya amirah menangis sebab takut aku marah… amirah, amirah…

So, hari ni seperti yang dijanjikan, ayah akan belikan kasut raya sorang satu… Syukurla pada usia begini, diorang tak pandai lagi nak meminta-minta… Apa yang kami beli, mereka terima dengan gembira… Cuma amirah, dah pandai memilih.. Kasut yang dipilihnya pun ala-ala kasut cinderella…warna mesti pink..! Anas pulak bukan kasut yang dipilihnyer tapi selipar ala-ala capal gitu. ..lantak la anas, janji anas suka.. Bagus jugak anas pilih selipar…takder la payah nak menyarung time beraya nanti…. Malam tu, mcm budak-budak normal yang lain, diorang ni semua tak sudah-sudah ‘menerai’ pakai kasut masing-masing. Sat pakai, sat simpan dalam kotak…sat lagi, keluarkan pulak…pakai… Memangla perangai budak-budak cam tu…masa zaman kita kecik-kecik dulu pun camni ler perangai kita…cukup seronok kalau dapat kasut raya…!!! Tapi, nilah yang dinamakan putaran hidup. Kalau dulu mak abah kitala yang bersusah payah cuba memenuhi keperluan anak-anaknya dan sekarang tiba pulak giliran aku untuk menunaikan keperluan anak-anakku…. Ayah sayang hangpa semua…

0 comments:

APA KHABAR ATUK….?

Hari ni genap 18 hari atuk di HKL. Lepas pembedahan tempohari atuk ditempatkan di ICU selama 4 hari dan dipindahkan ke wad biasa selepas keadaannya bertambah baik. Memang atuk kuat semangat… Masih teringat bagaimana keadaan atuk sehari sebelum pembedahan. Masa tu dia ditempatkan di wad 13. Malam tu atuk tak tidur langsung. Dia ajak aku bersembang. Macam-macam benda yang kami sembangkan. Sesekala atuk macam lupa (nyanyok). Aku agak mungkin kesan ubat yang dimakan maghrib tadi. Ada sekali tu dia tanya aku, banyak betul orang menjemur tempe kat sini, lampu hospital dikatakan tin, nurse berkumpul dikatakan peniaga dan macam-macam lagila. Tapi aku tak kisah. Aku mengiakan ajer. Atuk sebenarnya tak ingat yang dia ada di HKL. Sangkanya dia masih di hospital muar. “ Kan siang tadi atuk naik ambulan dengan abah….atuk ingat tak..? “…. Aku cuba mengingatkan atuk.. “ ye ke..? “…jawab atuk bingung…

0 comments:

PENAT BEB....

Terasa letih bebenor sejak 2, 3 minggu kebelakangan ni... Tak terkejar rasanya ngan kerja-kerja sampingan ni.. Mana nak pikir pasal audit lagi (maaakkk, tolong, FRP tak siap lagii..!!!), kajian keberkesanan lagi, koperasi, persediaan nak masuk kelas, interview student L.I dan minggu depan aku kena keluar lagi...penat gak aku rasa beb... Tapi dalam banyak-banyak tugasan tu ada satu tugasan yang aku teringin sesangat nak siapkan.... FRP !!!..... Rasa cam nak duduk jer satu hari depan komputer and siapkan benda alah ni..tapi tak boleh... Bukannye apa, dah la meja aku berdepan ngan Ketua Kursus...segan tuuu... Tapi takper la, harap-harap Kak Ros faham..bukannyer aku sengaja tak nak hantar FRP, tapi keadaannyer tu... ishhh... Yang penting aku sedang menuju ke arah tu..... minta mangaaaaappp...

0 comments:

NAMA JEPUN

Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, REFORMASI dan lapar dahaga sahaja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu - KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI
14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI
15. Yang suka makan tempe - TARATEMPE BOLEMATI

0 comments:

BANG, CANTIKKAN KITCHEN CABINET TU...

Agaknya, orang pompuan ni memang suka sangat ngan kitchen cabinet kan... Jangan kata orang pompuan aku minat gak tapi masalahnya duit pak...!! Sebenarnya dah lama orang rumah aku dok mengidam nak kan benda alah ni. Tapi aku sajer jer buat-buat tak tahu. Kadang-kadang sian gak pasal dia memang rajin masak... Ada jer benda yang dia masak. Sampai dinding dapur rumah aku dah naik hitam dek pengangan gorengan orang rumah aku ni.

Minggu lepas bawak dia pi area nilai...adalah kitaorang singgah 2 kedai ni. Designnya memangla cantik, secantik harganya jugak... kata orang ada kitchen cabinet ni lain sikit...mood memasaknyer pun lain..bak kata orang ada aura tersendiri... Tapi takper, abang akan belikan jugak pasal Yah kan rajin masak...

Tunggu ye, abang mesti beli punyeeeee..!

0 comments:

CUTI-CUTI PI LANGKAWI

16 Ogos 2008 lepas, termakbul jugak hajat ayah nak bawak you all semua pi makan angin... Agak2 ayah dah lama betul kita tak pi cuti-cuti malaysia... Kali terakhir, pertengahan tahun lepas...tu pun pi area melaka jer (ingat lagi, cowboy town A' Famosa)...best kan..!!!

Destinasi kali ni ayah nak bawak you all pi Langkawi... Ayah tak kira, masa ayah pi meeting last week, ayah dah pasang niat, walau camna pun ayah nak pi lagi.. Tapi kali ni bawak you all...nak kongsi keseronokan ngan anak-anak yah dan ummi...


Alhamdullilah, walaupun minggu ni minggu cuti sekolah, ayah dapat gak tempat nak menginap...Geopark Hotel di kaki Gunung Mat Chincang (cabel car)... Puas ayah serve internet...ingat nak menginap kat area Kuah jer, tapi penuh sampai ke Pantai Chenang..!! Wow, penangan cuti sekolah...! Serve punya serve, terjumpa satu hotel yang kosong, apa lagi terus online booking...rezeki kita, Alhamdulillah..


Pasal kereta, jgn risau... ummi dah 'kautim' ngan Pak Su Langkawi... Kita guna kereta dia jer...




0 comments: