SUKA SUKI MENCURI....


Assalamualaikum… Viral di laman-laman sosial hari ini… Kisah Pencuri Kasut Dengan Mercedes Benz’


Tiba-tiba teringat kisah 15 tahun dulu waktu wa belajar di salah sebuah IPTA di utara semenanjung. Kejadian yang serta merta mengubah persepsi wa terhadap golongan kaya dan berada, golongan berkemampuan yang boleh memiliki segalanya. Abu (bukan nama sebenar), hampir memiliki segalanya… Kekayaan, kemewahan atau mungkin kasih sayang yang berlebihan… Diterima masuk ke salah sebuah IPTA di utara semenanjung untuk mengaut seberapa banyak ilmu yang mungkin… Akan tetapi apa yang jadi ? Perbuatan dan perangai sebenar Abu (bukan nama sebenar), diketahui di sini… Begini kisahnya….


Dilantik selaku pembaca ikrar pelajar bagi Batch 99, mengetuai kami pada minggu orientasi. Wa pun kurang pasti atas dasar apa Abu (bukan nama sebenar), dipilih… Mungkin dek kerana penampilan dan rupa diri dia pada waktu tersebut… Memang tak boleh dinafikan, rupa antara bonus dan priority bagi sesetengah situasi apabila memilih ketua untuk mengkepalai… Ilmu dan akhlak di tolak ke tepi…

Kisah bermula apabila kerap berlaku kes kehilangan barang-barang kategori mewah berupa laptop dan jersey… Wa dan rakan-rakan jadi buntu… Sehinggalah pada satu hari kami berpakat untuk memasang perangkap. Dipendekkan cerita abu kantoi sewaktu cuba mencilok jersey kepunyaan salah sorang kawan wa. Abu (bukan nama sebenar), kami bawa ke bilik…di situ Abu (bukan nama sebenar), dikerumun dan dilutu… Hampir tidak percaya rakan di antara kami lah orangnya yang mencuri…. Di depan kami elok bicara manis bahasa… Lebih mengejutkan kami, jawapan Abu (bukan nama sebenar), apabila ditanya mengapa dia mencuri… Abu (bukan nama sebenar), selamba menjawab, “saja suka-suka”!

Abu (bukan nama sebenar), antara ramai lagi di luar sana yang mencuri bukan atas dasar terdesak dan kurang berkemampuan tetapi tindakannya lebih kepada hobi dan perbuatan suka suki hanya untuk mendapatkan kepuasan diri…

Moral of the story… jangan ingat orang kaya tidak mencuri… Jika ‘ada’ dan ‘diberi’ peluang, mereka akan jadi kepala penyamun dan bapak segala pencuri…

0 comments: