MUDAHNYA MELAYU DITIPU... DIPERKUDA DAN SANGGUP JADI 'LEMBU'...


Assalamualaikum bro...

Mood aku pada 10 Jun 2011 : Sedih, malu, marah dan serba salah... perasaan bercampur baur dalam diri... minta maaf kalau-kalau tajuk yang aku beri untuk entry posting kali ni buat korang tidak selesa dan agak 'keterlaluan' bunyinya.....

Dah beberapa kali rasanya aku nak menulis 'sesuatu' pasal BERSIH 2.0 ni... bukan masalah takder masa atau takder 'point' untuk diperkatakan tetapi aku rasa biarlah aku ambil pendekatan melihat dari jauh sahaja melihat puak-puak dan golongan 'cerdik pandai' ni 'berhimpun'... Dalam hati berdetik, 'biarlah 'puak-puak tu' berhimpun... biarlah 'puak-puak tu' seiring jalan menyampaikan 'tuntutan bersih' mereka dan biarlah 'puak-puak tu' melampias apa yang selama ni mereka simpan dan peram...


Sebelum aku mula, aku nak bagitau lah ye yang tulisan aku kali ni tidak menggambarkan aku berada @ mewakili mana-mana parti politik, NGO atau orang perseorangan... Sebabnya aku bukanlah dari jenis 'lembu yang suka dicucuk hidungnya', dan bukan juga 'pengampu' dan 'pengikut tegar' yang begitu murah untuk 'diperkudakan', sebab Alhamdulillah, sehingga hari ini aku masih boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk... dan yang paling penting aku seorang yang amat-amat mensyukuri nikmat keamanan yang dikurniakan Allah.



Sahabatku... sehingga waktu aku nak mula menulis ni pun aku rasa sedikit risau... yelah, kalau-kalau ada pembaca yang tidak bersetuju dan 'terlalu emosi' dengan apa yang bakal aku tulis... Tapi nak buat macamana, dah memang itu sifat manusia sering berprasangka dan adakalanya berlagak tahu semuanya... Tapi posting perlu gak aku buat sebab ini adalah pendapat peribadi dari kacamata sendiri... Situasi sekarang ni bak kata orang, "umpama ditelan mati mak, dibuang mati bapak"... "Tarik rambut dalam tepung... rambut tak putus, tepung tak berselerak"... Tapi demi keamanan dan keharmonian yang 'mereka' bina bertahun-tahun lamanya, sekali lagi aku ulang, "aku insan yang cintakan keamanan dan kemakmuran"...

Sahabatku... Perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lepas mencatat satu lagi sejarah pahit negara yang sebelum ini telah direnteti dan disinambungi oleh banyak perhimpunan dan demonstrasi sebegini... Alhamdulillah, tiada yang mati (walaupun ada seorang peserta yang meninggal akibat 'sesak nafas'.. itu pun kita kena jelas sebab kematian arwah takut-takut ada pihak yang cuba memanipulasi... wallahualam...) walaupun ada yang tercedera dan berdarah (ala, relaks lah...korang nak 'gembeng' dan nak kecoh-kecoh buat aper... sebelum turun korang mungkin dah maklum antara risiko-risiko yang bakal korang hadapikan...bukannya korang tak pernah 'berhimpun' sebelum ni...dan kalaupun ini 'perhimpunan' korang yang pertama kalinya, mustahil korang tak tengok kesannya di televisyen-televisyen... so 'no heart feeling' la bro...)



Dan kalau ditakdirkan ada yang terbunuh, maka baru boleh dicatat sebagai sejarah hitam sebaris dengan peristiwa 13 Mei... Tapi syukur Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan kepada anggota keselamatan kita dan dalam keadaan yang sebegitu genting pun mereka semua masih mampu bertindak, berfikir dan menjalankan tanggungjawab demi apa ? demi memastikan keamanan berterusan... tapi sayang, seperti yang dijangka awal-awal lagi, pengorbanan mereka dibalas dengan cacian dan hinaan sehingga ada yang sanggup dan tergamak menyamakan malah menggelar mereka-mereka ini dengan panggilan yang amat hina dan najis ! Diorang tu semua manusia bro ! macam korang gak... !


Sahabatku... pernah ke korang terfikir yang perhimpunan seumpama tu tidak perlu diadakan ??? Sebab apa tak perlu bro...tak boleh ke ??? Jawapan aku simple jer bro, sebabnya lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan ! Ko nak suruh aku ulas ke, apa yang dimaksudkan dengan 'lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan'.. ??? tak payah kot... kalau aku huraikan pun posting aku akan jadi panjang berjela...bila dah panjang berjela, orang-orang malas nak baca... sebabnya orang-orang sekarang lebih sukakan cara 'singkat dan pantas' berbanding nak membaca sambil menilai apatah lagi nak berfikir secara dalam-dalam kesan akibat perbuatan sesuatu perkara... orang-orang sekarang terlalu mengikut emosi... terlalu 'MENGIKUT secara membabi buta'...


AKU MALU & SEDIH...
...melihat majoriti yang berhimpun adalah orang Melayu Islam

...melihat kaum muslimah berarak beriringan dengan kaum muslimat sambil terpekik terlolong

...apabila bangsa sendiri yang 'menjayakan' perhimpunan tersebut sungguhpun ia dikepalai oleh AMBIGA

...melihat bangsa sendiri ingkar dan menderhaka titah sultan

...melihat bangsa sendiri hilang pertimbangan tanpa mempedulikan kesan dari perbuatan mereka

melihat bangsa sendiri bertelagah sedangkankan majoriti bangsa lain tersenyum gembira dan hanya melihat dari jauh

...kebanyakkan hanya menjadi 'pak turut'.... ikut dan terus mengikut tanpa mengetahui tujuan berhimpun

Kepada saudara-saudaraku yang tak jemu-jemu dari dulu sampai sekarang asyik dok berdemonstrasi (umpama ketagihan alkhohol dan maybe dah menjadi darah daging), 'saudara' jangan menyesal kalau satu hari nanti, dek kerana perbuatan 'saudara-saudara' yang amat cerdik tu, negara jadi huru hara... bila negara dah huru-hara, ramai pihak @ tangan-tangan ghaib yang akan cuba ambil kesempatan... Masa tu semua pihak saling tuduh menuduh dan perpecahan yang lebih teruk akan berlaku... Nak cari rezeki pun payah dan tidur kita takkan senyenyak dulu....

Apa-apa pun, 'TAHNIAH' diucapkan kepada 'saudara-saudara' kita menyertai perhimpunan pada Sabtu lepas.... anda telah berjaya merendahkan martabat dan maruah orang-orang Melayu !!!

p/s : hanya mereka yang 'betul-betul bersih' sahaja tahu kesan akibat dan menilai baik buruk sesuatu perkara... Jaga perpaduan, jaga keharmonian dan jaga keamanan... Malaysia, tanah tumpahnya darahku....

Pesanan ikhlas dari 'AKU' yang amat bersyukur dengan nikmat keamanan yang dikurniakan Allah...

2 comments:

blogtilldrop said...

tak pe ..keep on posting..
semua org ada pendapat dan pandangan memasing... bincang secara ilmiah...
keit up

thanks bro... just pendapat/pandangan peribadi...malas sbnarnya nak sembang psl politik ni...tp sbb syangkan keamanan dan kemakmuran lah trpaksa gak tulis..