MASA-MASA SANTAI....

Nilah antara xtvt aku bila balik rumah atuk... Pagi tu ajak atuk, abah ngan adik aku pi 'ngeteh' kat warung... Masa dia sihat dulu, sebelum pi ke bendang, nilah warungnya tempat pekena teh tarik ngan roti canai... Sian plak asyik terperap jer kat rumah..bukannya pagi tu mak ngan maklang aku tak buat sarapan tapi sebab dah terbiasa ngan rutin hariannya ni, mesti nak pekena gak kat warung tu... tapi tak kisah la tu..

Lepas-lepas sarapan, aku bawak diorang jalan-jalan sekitar Merlimau... Tujuan asal nak cari berus gigi sebab bertolak malam tadi dari rumah platetepi pun dah lewat, so aku redah jer... Baju takder, kelengkap-kelengkap lain pun tak bawak... Ye lah...bukannya plan nak balik Melaka...Nak patah balik ke PD bukannya dekat...ahhh, malaslah.... "Ala, ko pakai jer baju aku..." offer platetepi nak meminjamkan baju nya.... "Boleh gak...lagipun bukannya lama, esok dah nak balik dah...bolehlah..."

Balik dari Merlimau kami singgah pi plak rumah Pak Uda aku... dengar kata tak sihat, demam... Sampai-sampai tengok dia tengah menoreh... "Dah sihat agaknya..tu dah pi menoreh tu..." Kebetulan masa kami sampai, Mak Uda ngan Pak Uda aku dah nak habis menoreh..tinggal dua pokok lagi... "Takper Pak Uda, teruskan..kitaorang tunggu...!" jerit aku dari belakang rumahnya... Lepas menoreh, Pak Uda aku tunjuk kat sebatang pokok... "Tuuuu, nampak..? Buah sukun tu... besar cam bola...kalau boleh ambik, ambik la..takder siapa yang nak panjat..." faham la aku 'isyarat' tu... takder orang lain yang kena panjat..aku la tu..!


Balik dari rumah Pak Uda aku, teringin plak nak memancing... So, aku ngan adik aku pi belakang rumah... Kolam belakang rumah atuk aku banyak gak ikan.. Hari tu ada ikan patin tapi 'terlepas' masa banjir tahun lepas... Mak Lang aku cakap ada lagi ikan dalam tu, keli ngan sepat...kalau teringin, cubalah... ikan-ikan kat dalam kolam tu 'bijak'... Hmmm, betul ke bijak ikan kat dalam ni...try tengok... Memang betul ar ikan-ikan kat dalam kolam ni 'bijak-bijak' belaka... 3 jam aku spend masa kat tepi kolam tu, sia-sia bro..memang ikan-ikan ni taknak ngan aku agaknya...sekali jer mata kail aku diragut... "Hah...kena.!!!...jerit aku gembira... Tapi sayang la bro, terlepas..! Ikan keli besar tuuu... Aku rasa, mau 'rabit' bibir ikan keli tu...ishhh, sian...soryla ikan..bukannya aku sengaja...yang hang pi 'baham' umpan tu apasal...




0 comments:

KHABAR HJ PAIMIN BIN HJ MAAROF....


Hari tu aku balik ke Melaka jenguk atuk aku… Lepas-lepas bersembang ngan platetepi dan En Shahnon (ex-Pro Poli PD) around kul 10 malam, aku bertolak dari Seremban ikut Highway Utara Selatan ke Parit Penghulu, Sungai Rambai…Kalau korang ikut perkembangan entry bagi post-post aku yang lepas, korang akan maklum kenapa aku teringin sangat nak menjenguk atuk aku ni…. Lepas-lepas menjalani ‘major operation’ tempohari nampak gayanya keadaan atuk makin memuaskan, Alhamdulillah… Aku dah kata, atuk aku ni kuat semangat walaupun umurnya dah mencecah 85 tahun… Cuma satu jer yang merisaukan aku… atuk aku ni makin kuat merokok.. Lepas sebatang, sebatang dia tarik…”ishhh…takleh la camtu tuk…kenalah jaga paru-paru tu…lagipun atuk baru jer selesai operate”…pesan aku…tahlah, dia dengar ke tak… Tabiat merokok atuk aku ni makin menjadi-menjadi lepas-lepas operation ni… Kalau dulu takper gak pasal dia memang orang yang jenis tak duduk diam… Pagi pi bendang, kang petang jengok kebun kelapa sawit nye tu… Kalu musim-musim cuti sekolah lagilah tak duduk diam… pi kenduri kat barat, pi kenduri kat timur…pasang balai dan khemah…sibuk betul…. Tapi, sejak dia sakit ni memang dok terperap jer kat rumah… Anak-anak tak bagi buat kerja-kerja berat… Tapi, yelah kan, kalau dah memang yang jenis tak boleh duduk diam, ader jer xtvt yang nak dibuat…..takper la tuk, kalau setakat bagi makan ayam tu, ok ler tapi jangan cuba-cuba nak cabut ubi kat depan rumah tu…!

0 comments:

MENCARI KEKURANGAN....

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.
Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir... "Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya."Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".
Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Sayang tidak mencatat sesuatupun di atas kertas sayang. Sayang berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan sayang tidak ingin mengubah akan diri abang. Abang adalah diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi sayang. Tiada satupun daripada peribadi abang yang sayang dapati kurang ..."Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis...
P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki... wallahua'lam...
"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH."

0 comments:

TERNAKAN CICAK MULA MENDAPAT TEMPAT DI KALANGAN BAKAL USAHAWAN ?

Bro…. di kalangan kita ni rupa-rupanya ada yang terlibat dalam bidang ternakan cicak secara sambilan… Aku baru jer dapat tau, tu pun secara tak sengaja waktu menjawab satu panggilan telefon… Aku nampak ngan mata kepala sendiri bagaimana ‘rakan’ kita ni mengusahakan ternakan cicaknya secara diam-diam… Dari pemerhatian aku, perusahaan ni tak memerlukan modal dan ruang yang besar…. Setiap sekor cicak mampu menghasilkan telur antara 5 ke 6 biji bergantung kepada spesis cicak yang diternak… Daripada 6 biji telur berkemungkinan besar 5 biji akan mengeluarkan hasil dengan jayanya….

Permintaan terhadap cicak dan telur cicak meningkat sejak akhir-akhir ni dan dijangka akan terus mencapai paras ‘paranormal’ sebaik sahaja filem Cicakman 2 dilancar minggu ini… Secara teori ekonominya, apabila permintaan terhadap cicak meningkat maka jualan atau permintaan terhadap getah akan meningkat (barang berkait) dan ini akan merancakkan lagi ekonomi negara. Bagi sesiapa yang berminat menceburi bidang ternakan ini, rakan-rakan bolehlah menghubungi Usahawan Tani Berjaya bagi suku tahun ke 4 2008, Cik Nurfazilah tanpa segan silu… Untuk makluman juga, Cik Nurfazilah atau lebih kenali dengan panggilan ‘Faz’ di kalangan rakan sepejabat, telah pun berjaya dalam perniagaan kerepeknya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan rakan-rakan….

Telur cicak yang telah menetas... Kelihatan dalam gambar, sebiji telur yang masih dalam keadaan sempurna...


p/s : entry ini telahpun mendapat 'kebenaran' dari Cik Nurfazilah....minta mangap ye faz… gurau jer… he…he…he….

0 comments:

CARTA SAMAN 2008...

Bro...! dah check ke saman terkini korang ? Manalah tau kot-kot ada 'penambahbaikan'....he..he.. Yelah, travel musim-musim raya hari tu, biasanyer operasi digiat gandakan... Nampak cam takder apa-apa jer, tapi 'diorang' ni semua ada bersembunyi kat tempat-tempat strategik .... Masa balik dari Perlis hari tu, average speeding aku aroung 120 - 140 km/j... Bila drive sorang-sorang ni lain sikit... Berenti R&R pun hanya untuk solat, buang air ngan makan jer... Tak banyak spend masa pasal yelah, sorang.... Tapi tadi ni aku check jugak...kot-kot ada penambahan sebab gerak hati aku rasa cam kena speedtrap balik hari tu...


So, dengan 'bantuan' platetepi yang 'bekerja part time' sebagai agen my-eg kitaorang pun mula melayari laman web my-eg di alamat http://www.myeg.com.my/..... Keputusannyer...? Korang tengok ler sendiri...


Platetepi mengungguli tempat pertama dalam Carta Saman Paling Banyak dengan mengumpul 8 saman !

Aku pulak sekadar berpuas hari di tempat ke 2 dengan mengumpul 6 saman...


Dan tempat ketiga, si pucukpaku dengan hanya 1 saman seterusnya melayakkan beliau merangkul anugerah pemandu berhemah dalam pembikinan...

0 comments:

XTVT HUJUNG MINGGU....

Hari ni 13 Disember 2008…hari Sabtu yang tenang… lepas solat subuh, aku sambung tidur…biasanya kalau orang rumah ngan anak-anak ada, memang tak dapat aku nak sambung beradu…nilah satu-satunya peluang yang aku ada…bukannya selalu dapat peluang camni… bangun awal pun pun tak tau nak buat apa… sunyi beb….orang ‘bujang’ la katakan…

Hari tu memang aku tersangatlah malasnya… rasa cam ada magnet kat badan aku ni…malas bebenor nak bangun… maybe cuaca pun main peranan gak masa tu…sejuk, macam nak hujan…tu yang liat sangat nak bangun tu…biasa tak macam ni… Tapi tak boleh jadi bro…aku kena bangun gak…perut lapar betul ni… selalu time kerja lepas-lepas punch card, tak menyempat-nyempat si tanjeku, pucukpaku ngan platetepi ajak makan… kalau tak dapat makan ngan diorang pun aku joint wassup… tapi point kat sini nak bagitau, yang perut aku ni memang dah terbiasa ‘diisi’ awal… manja betul !

Hari ni sebenarnya banyak program… Sat lagi nak pergi ke majlis kenduri Kak Faridza…anaknya si Syazwani tu dulu student aku…dah nikah dah budak tu…bagusla.. Kendurinya buat di Seremban, so takderlah nak tergesa-gesa sangat… Jadi sementara menunggu pucukpaku (janji nak konvoi sama) aku pi pekena rojak kat Batu 4… Tah kenapa tiba-tiba ajer teringin nak makan rojak kat batu 4 tu..memang sedap rojak hj salleh tu…bila dah lama tak pekena, mulalah, ‘gigil’… Selesai makan, pucukpaku call aku…elok sangatla tu bro..aku tunggu ko kat traffic light kat ILMI…. Kita konvoi sama-sama ke seremban… Aku nak nuju sendiri pun tak tahu... Terlupa nak salin alamat and tengok pelan kat outlook… Anyway aku follow ko bro… Turut sama dalam konvoi tu, si platetepi yang dah ada kat Giant Senawang…

Lepas-lepas pi kenduri, kitaorang nuju ke rumah platetepi… Kebetulan platetepi pun berstatus ‘bujang’ la ni… Orang rumahnya bersalin and sekarang ni tengah berpantang kat Perak…sian…ingat bro, ko pun kena berpantang gak…paling kurang pun 100 hari…he…he.. Sebenarnya, platetepi dah sediakan xtvt yang agak menarik untuk aku ngan pucukpaku… Memang kitaorang terharu dengan pelawaan platetepi dan Insyaallah kitaorang takan menghampakan ko bro…. Kalau korang nak tau apa xtvtnyer, tengok foto-foto kat bawah yang sempat kitaorang captured masa tengah beraksi… Petang tu kitaorang cukup bersantai…yelah, bukan selalu dapat merasa saat-saat camni.. Thanks jugak kepada Maisarah (isteri kepada pucukpaku) yang begitu sporting ‘menemankan’ husbandnyer serta memberi ‘sokongan’ tak berbelah bahagi kepada husband tersayang… Dipendekkan cerita, perlawanan petang tu cukup sengit dan hangit…walaupun sesekali tu pucukpaku cuba gak bagi alasan….katanyer tak berapa nak concentrate dek gangguan syahmi (putera sulungnye tu la), tapi kitaorang tak berapa layan sangat pasal memang macam tula fi’il si pucukpaku ni… he…he…jangan marah ye pucukpaku….
Hah...nilah xtvt kitaorang...apa lagi...layan PS3 ler.... he...he...

Tak termasuk dalam gambar, wife si pucukpaku yang turut memberi sokongan padu pada suami tersayang...


Sian Syahmi... selalu jadi sasaran dan 'modal' pucukpaku bila tak berapa nak performmed pada hari tu...

0 comments:

SUNYI NYER...


Hmmm…hari ni masuk hari ke 5 aku menjalani hidup sebagai orang ‘bujang’… Sunyi…kosong…aku rasa lambat sangat masa berjalan… lemau jer cam biskut yang dah dibuka dari sampul tapi di biorkan terdedah pada udara…tak dimasukkan dalam bekas atau telap…masuk angin.. Sebelum ni rumah aku yang ‘bingit’ dek jeritan, tangisan dan gurauan anak-anak, tak semena-mena jadi sunyi sepi....sepi sampaikan bunyi air menitis kat singki pun boleh dengar hingga ke ruang tamu…! Tu belum dikira lagi bunyi-bunyi yang lain cam bunyi cengkerik, kodok dan kentut….oppss..… memang sunyi betul… Aku kalau sunyi-sunyi sangat pun tak leh gak..ye lah, dah biasa ngan suasana bising…tapi itu la aku hakikatnya… Biasanya kalau orang rumah aku balik ke kampong, dia balik sorang…memang aku mintak budak-budak tu jangan dibawa… nanti kalau dibawa anak-anak aku yang 3 orang tu jadi payah lak nak jaga ummi (mak mertua aku) yang tak sihat tu… Alang-alang nak jaga ummi, jaga betul-betul… Pasal anak jangan risau… Itu yang aku selalu bagitau tiap kali nak balik ke kampong kalau aku tak dapat balik sama (ni kes cuti tak bertembung langsung la ni)… Tapi kali ni tak sampai hati pulak aku nak menghalang..cuti sekolah katanya and kesian kat budak-budak..tiap kali balik ke Perlis, balik sat jer… tak sempat nak bermesra ngan sepupu-sepapat yang lain… So, aku akur..kali ni aku izinkan..tu yang duduk ternganga sorang-sorang kat rumah tu…tapi tak mengapala… kurang-kurang bila aku lalui situasi camni, aku lebih menghargai saat-saat bersama-sama ngan anak-anak…

Untuk Amirah, Muhammad Anas dan Aimi Zakiah..dengarla, ayah nak jerit ni…

“Ayah rindu sesangat ngan hangpa semua..!!!... Baliklah cepat..!!! Waaa !!!

1 comments:

ALAHAI.....

2 minggu lepas, aku checked projek student untuk Modul P2110 Aplikasi Pangkalan Data... Nak buat kat office tak sempat so aku bawak balik untuk tanda kat rumah... Malam tu aku berjaga sampai 3 pagi sebab nak siapkan markah. Cam biasala, aku amik masa untuk baca catatan penghargaan @ sekapur sireh yang diorang tulis.. Terkekek besar aku bila jumpa satu catatan penghargaan yang agak mencuit hati ni... Aku salin balik catatan student ni buat tatapan korang...he...he...

PENGHARGAAN

"Dengan yang dihormatinya En Mohd Salihin, nama saya ______________ dengan no pendaftaran saya adalah ____________, saya hendaklah bercomment, apabila saya berkelas database en salihin, saya sangat bergembira, kerana en salihin adalah seorang lecturer yang baik dan bersporting, selain daripada itu, saya berasa kelas database en salihin tidak menyebabkan kita bosan. Dengan itu en salihin suka berkomunikasi dan bermain kelakar dengan kita semua pelajar. Selain itu kelas kita semua pelajar sangat suka en salihin dan berkelas en dengan moodnya bergembira".


p/s : nama student dan no. pendaftaran student ni terpaksa dihiddenkan atas sebab-sebab keselamatan.

2 comments:

MENGIMBAU ZAMAN GILA-GILA REMAJA....


Assalamualaikum Bro..!

Bila sebut Gila-Gila Remaja, apa yang korang ingat...? Scrambler, kolej, geng kongsi gelap, gagak hitam, Farouk, Remy, Roy, dan nilai persahabatan..... Kalau satu pun takder dalam fikiran korang, memang korang tak follow cerita ni... Bagi yang dah tengok cerita ni memangla masa tu, filem ni cetuskan satu fenomena pada anak-anak muda pada zaman tu...fenomena yang macamana yang aku maksudkan ? Yelah, fenomena di mana masa tu semua orang nak tunggang scrambler, semua orang nak belajar kat kolej dan bagi yang pompuan pulak berangan nak ada 'boyfriend' yang hensem cam azroy (lakonan Faizal Hussien).... uwekkk..!

Walaupun ada sesetengah kata filem ni ada unsur negatif, tapi pada aku 'ada nilai' yang boleh kita jadikan contoh... Ingat lagi tak scene di mana geng-geng azroy dengan volunteernya menderma darah kepada bakal bapak mertuanya yang kemalangan jalan raya ? Masa tu azroy dikecam dan diperlekeh sebab dikatakan tak layak dan tak setaraf berkawan ngan anaknya... Tapi geng-geng ni tak simpan dendam...

Ingat lagi tak pada scene di mana adik Remy (lakonan Rosyam Nor) dirogol oleh geng-geng farouk..? Masa tu semangat persahabatan begitu tebal... Bila Remy dimasukkan ke sekolah Henry Gurney, Melaka, jarak beratus batu tak jadi masalah bagi geng-geng ni... Diorang sanggup pi melawat dan bagi sokongan kat kawan yang dalam kesusahan...

Macamana plak scene dimana roy ponteng kolej tapi dalam masa yang sama boleh study kat tepi-tepi jeram, atas batu dan atas motor ?! Tang ni yang aku kagum.. he...he.. mana taknyer, walaupun si azroy ni dah skip banyak kelas, tapi tup-tup diumum menjadi pelajar terbaik kolej !


Manakala scene jahat lak...ah, malasla aku nak komen...korang ingat la sendiri.. Aku benci sesangat ngan watak Farouk tu ! Jahat betul dia masa tu...! Pendek kata dia la perogol, dialah penyamun, penagih, pengampu dan segala macam pe... lagi la...

Yang baik dijadikan tauladan, dan yang jahat dijadikan sempadan... Bagi aku cerita ni memang tinggalkan nostalgia waktu tu... Walaupun lakonan diorang 'ala-ala kadar' jer, tapi mesej tetap ada...

Last sekali, korang layanla lagu kat bawah ni…

1 comments:

KEMPAS....

Untuk pengetahuan korang, Kempas yang aku maksudkan ni adalah tempat di mana mak dan abah aku menetap sekarang… Kami sekeluarga mula tinggal kat situ around tahun 1985 lepas pindah dari Kg Melayu Pandan… Kempas dulu bukan cam Kempas sekarang… Masa mula-mula family aku menetap kat kawasan tu dulu, tempat tu banyak hutan dari jalan… Suasana pulak tu sunyi dan suram jer.. Masa tu seronok, kereta tak banyak…jalan satu lorong ada jalan denai pun ada… Masa tu jugak fikiran tak kusut and serabut…nak lintas jalan pun boleh lintas ngan tutup mata jer…just like that ! Tapi sekarang ni Kempas dah banyak berubah… Nak lintas jalan and nak masuk simpang pun sikit punya payah… Tak tau la aku, awatla banyak bebenor kereta lori yang nak ikut jalan tu…korang tak boleh ikut jalan lain ke..? Serabut betul..!!! Banyak-banyak jalan, jalan tu jugak korang nak ikut… Kalau macam ni, tambah sepuluh lorong pun tak boleh selesai masalah !

Tapi, tujuan aku bercerita kali ni bukannya nak berkongsi kemarahan aku kat korang semua dek masalah-masalah yang memeningkan kepala tu… Cuma, nak bagitau ‘keistimewaan’ Kempas dan nama-nama syarikat besar yang melabur di Kempas dan kawasan sekitarnya… Kat bawah ni aku senaraikan 'brand' terkenal yang ada di Kempasss...
EPSON
(takkan korang tak kenal kot ngan jenama ni…)

MALAYA GLASS
(segala macam botol kaca yang ada kat rumah korang tu, kilang nila yang buat)

SEAGATE
(salah satu jenama hard disk)

F&N
(takyah bagitau kott..)

PERMANIS
(minuman ringan cam pepsi)

PIONEER
(hifi, sistem audio dll)

KENWOOD
(hifi, sistem audio dll)

TWP
(buat kertas cam test pad, buku dan barang-barang berasas kertas)
dan akhir sekaliiii....

KILANG OTAK-OTAK KEMPAS
(best wooo...awas ngan otak-otak kempas tiruan sebab sekarang ni makin ramai pengusaha yang mengaku otak-otak yang diorang jual tu adalah otak-otak kempas !)

0 comments:

BAU BANGKAI.....

Bro… aku ada satu cerita…cerita ni boleh dikatakan agak seram gak la…. Base on pengalaman aku sendiri….Dah lama sebenarnya aku simpan cerita ni…aku rasa dah tiba masanya untuk aku kongsi ngan korang semua… Tapi aku harap korang judge la sendiri cerita yang bakal aku kongsi dengan korang semua… Ishhh, nak cerita ke taknak hek… rasa takut pun ada…seram pun ada…

Peristiwa ni terjadi kat aku 4 hari lepas (30 November 2008)… setakat ni takder saper yang tahu cerita aku ni…pasal aku rasa aku patut simpan rahsia ni…takut-takut kalu aku cerita kat korang semua, mau tak lelap mata korang semua bro….!!!

4 hari lepas, waktu aku tengah drive around kul 11 malam dari JB, aku rasa cam tak dapat nak concentrate kat ‘pemanduan’ aku… Aku bertolak balik ke PD dari JB around kul 10 mlm, ikut highway utara selatan… Sampai kat satu kawasan ni, KM berapa aku tak ingat, tak semena-mena aku tercium satu bau…busuk sangat… Aku ada dengar gak cerita dari kengkawan tentang kawasan tu… last sekali aku dengar dari wassup a.k.a kamar …. Dia selalu ulang alik jalan tu kalau nak balik ke kampong orang rumah dia… Ikut cerita si wassup ni, ada orang penah jumpa kereta dipandu orang tanpa kepada, kereta jalan mengundur and macam-macam lagila…perghh seram beb…!

Aku tak taula bau orang mati camna, tapi aku tau bau bangkai binatang…lebih kurang camtulah…tapi memang busuk sangat… Lebih menakutkan, bau tu datang dari dalam kereta aku bro..! Aku jelling kat orang rumah aku yang tgh dok tido kat sebelah…anak aku tido kat belakang… Ishhh, bau apa ni hah..? Hati aku makin tak sedap….meremang semacam bro bulu tengkuk aku…

Tengah-tengah dok takut tu aku sempat gak tengok papan tanda kat tepi highway tu… 5 km lagi nak sampai Hentian Pagoh.. apa lagi aku tekan minyak… 140 km/j…paling laju penah aku bawak…. Sampai kat R & R, aku keluar dalam keadaan panic…. “Yah, bangun weii…bau apa ni…?”…. “Bau apa yang busuk sangat ni…! “Ishhh abang ni, mana tak busuknye… tu, cuba selok kat poket belakang..…tengok kat dalam beg duit tu…

Sah ! memang bau tu datang dari dalam beg duit aku… bila aku selak, mana taknye…lesen mandu aku dah mati on 4 Oktober 2008 hari tu…… cisss…memang patut pun bau bangkai !!! So, selama ni aku memandu tanpa lesen la ye…???? Ganas gak aku ni…he…he..

Moral : lain kali kalau nak renew lesen, renew 3 tahun sekaligus…. (dipetik daripada nasihat Si Tanjeku a.k.a Poji)

0 comments:

JOM, PI CANTING BATIK !

Akhirnyeee... nilah hasil kerja diorang !

Minggu lepas aku bawak anak-anak pi Balai Seni Negara, tak berapa jauh dari KLCC… Sebelum bertolak, orang rumah ada buat sikit preparation…cadangnya nak makan tengahari kat taman permainan KLCC… Korang pun tahu kan, kalau makan kat KL kena spend a lot memandangkan anak-anak aku sekarang ni tengah dok berselera makan… Nampak ketara betul kadar ‘keseleraan’ diorang.. penangan ubat cacing kot.. he…he.. bulan lepas memang kitaorang ada bagi ubat cacing…. Kata orang lepas-lepas makan ubat tu memang ada perubahan.. selera bertambah !

So, destinasi pertama, kami terus ke Taman Permainan KLCC… Terpancar keseronokan kat wajah anak-anak aku tu… taman yang begitu luas tersedia untuk diorang terokai….! “Sebelum main kena makan dulu ye... Budak-budak ni letak la apapun syarat, janji hajat diorang nak bermain tercapai…ok jer… So, sambil-sambil main, sesekala tu diorang berlari-lari dapatkan umi ngan ayah.. “isi minyak, isi minyak”… Tengahari tu banyak gak diorang makan….

“Dah, dah…! kita nak pegi tempat lain pulak…dah Mira, dah anas…adik jom”…! Cuaca tengahari tu cam nak hujan sesangat…aku langut kepala pandang ke atas… yelah, mendung betul… bila-bila masa jer boleh hujan…. “Dah…jom…nanti kita datang lagi…nak hujan ni…! Aku tengok amirah ngan anas tarik muka masam… adik aimi ok jer… “Kita pi tempat lain…tempat ni lagi beeeestt”… Sajer aku mengumpan..

So, destinasi seterusnya ke Balai Seni Negara, tercatok tak berapa jauh dari KLCC…. Aku main redah jer sebenarnye…dulu pernah pi sekali tapi ikut rombongan so, tak berapa cam sangat…. Redah punya redah, akhirnya sampai gak aku ke destinasi yang dituju… Mula-mula masuk nampak cam boring..yelah cam takder apa… Tapi tunggula, ada aktiviti yang menanti anak-anak ayah kat dalam tu !!!

Lepas-lepas keluar dari kereta, sempat gak aku menjeling kat anas ngan amirah… nampak kosong dan blur..jer…. aku tengok mata diorang dok melilau mencari-cari sesuatu yang ‘mungkin’ dapat menarik perhatian mereka… “Jom..kita main cat-cat..”.. “Cat apa yah..?..” tanya anas, nampak berminat… “Adalahhh…”… Sebenarnya aktiviti yang aku maksudkan tu ialah mewarna atau mencanting batik… memang kat situ ada disediakan aktiviti mencanting yang aku rasa very interesting gak pasal kat mana lagi yang boleh kita buat aktiviti cam tu…

Hari tu, kitaorang anak beranak enjoy sangat… seronok…! Nilah masanya bagi aimi zakiah nak test ‘motorik halusnya’…he…he…

0 comments: