PROTON MPV EXORA...

Bro….

Hari ni aku nak komen sikit pasal ‘kelahiran’ MPV baru keluaran Proton yang diwar-warkan akan dilancarkan pada awal bulan April 2009. Ramai gak yang buat searching tentang MPV Exora ni sampaikan sesetengah blog yang menyediakan entry berkenaan MPV ni boleh menerima ‘hit’ mencecah 500 orang sehari !.. Maknanya ramai yang ‘excited’ bebenor nak tau serba sedikit pasal kereta ni. Aku selalu gak buat pencarian. Biasanya guna keyword ‘Proton Mpv’…

Exora lahir dari kombinasi penambahbaikan beberapa kelemahan-kelemahan MPV yang telah ada dipasaran. Menurut daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, Toyota Wish merupakan ‘benchmark’ terhampir pihak Proton memandangkan model tersebut mendapat sambutan hangat mutakhir ini. Jika dibuat perbandingan dengan Toyota Wish, Exora mempunyai panjang 4592mm (lebih 55mm berbanding wish), lebar 1809mm (lebih 90mm berbanding Wish) dan ketinggian 1692mm (juga lebih 90mm berbanding wish). Model-model lain yang turut dijadikan benchmark bagi Exora adalah Avanza, Grand Livina, Naza Rondo, Toyota Innova dan Honda Stream…

Tarikan utama Exora sudah semestinya pada keluasan dan kekemasan ruang dalaman dan dijual pada harga yang kompetitif berbanding model MPV sedia ada iaitu sekitar RM 74,500 untuk model Auto HL. Cuma, apa yang dirisaukan adalah keupayaan enjin Campro CPS 1.6 yang digunakan bagi menggerakkan model ini. Walaupun di atas kertas pihak Proton telah cuba meyakinkan pembeli bahawa enjin ini mampu menjana kuasa yang cukup dan dalam masa yang sama juga menjimatkan penggunaan minyak, tapi tahlah…itu part yang paling merisaukan bakal pembeli.

So, setakat ni itu jer maklumat yang aku ada…jumpa lagi…Adios !!!

0 comments:

KALAU PUN TAK LARAT NAK KETAWA, SENYUMLAH SIKIT...

CERITA PERTAMA :

Suatu hari 3 kanak-kanak berkumpul, mereka adalah anak kepada jutawan minyak yang kaya. Mereka bangga dan sombong dengan kehebatan bapa mereka.

Budak 1 : "Wooi, korang tau tak bapak aku adalah raja minyak tanah!! Sekali gali tanah keluar minyaknya."

Budak 2 : "Alah! baru macam tu dah bising. Bapak aku adalah raja minyak kayu!! sekali tebang kayu keluar minyaknya."

Budak 3 : "Hah!! macam tu pun nak sombong sangat ke... korang belum tau, bapak aku adalah raja minyak angin..!! Sekali buang angin keluar minyaknya."

Budak 1 Budak 2 : "??????"
____________________________________________________________

CERITA KEDUA :

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

____________________________________________________________

CERITA KETIGA :

Hari ini adalah hari pertama Sepiah bekerja, jadi masa mula-mula kerja nie, dia kena la baik-baik dengan boss. Jam dah pukul 6:30 petang Sepiah bersiap-siap untuk balik. Tiba-tiba nambak boss dia (En Zain) dok dekat 1 mesin shredder tengah nak letak kertas kat situ dan terkial-kial nak mengendalikan mesin tu.

Bila ternampak Sepiah belum balik, En Zain panggil Sepiah "Sepiah, awak tau cara operate this thing?" Sepiah jawap "Sure, Tekan je button ni" "Dokumen ni penting ni, seketari saya lupa nak buat sebelum dia balik tadi" terang En Zain. "Awak boleh buatkan untuk saya?" sambung En Zain.

"Boleh" jawap Sepiah dengan confident lalu tekan button dan dokumen tu shredded la. Kemudian ada bunyi telefon dan En Zain angkat, setelah bercakap seketika, En Zain memberitahu Sepiah...

"Sepiah, boleh tak dokumen yg awak photostat tadi tu buat 3 copy"

__________________________________________________________________

CERITA KEEMPAT :

Sekembalinya dari mengutip ufti dari negara-negara bawah jajahannya, Datuk Lakasmana Ganesh beserta 100 hulubalang singgah di sebuah pulau berhampiran Majapahit. Pulau besar yang tiada berpenghuni itu sejak zaman-berzaman terbiar tanpa pembangunan. Seluruh pulau itu dijelajahinya, tiada apa pun yang ditemui selain hutan belantara, semak samun dan binatang-binatang hutan... Sesampainya dia ke Majapahit dipersembahkanlah hal ini kepada Sultan Sri Wijaya...

Datuk Laksamana: "Tuanku, patik rasa ada elok juga kalau itu pulau kita kasi jajah sama dia?"

Sultan: "Sapa ada sana?"

Datuk Laksamana: "Tara sapa"

Sultan: "Apa nama itu pulau?"

Datuk Laksamana: "Tara tau"

Sultan: "Sana ada orang?"

Datuk Laksamana: "Tara"

Sultan: "Rumah?"

Datuk Laksamana: "Tara"

Sultan: "Sign-Board?"

Datuk Laksamana: "Tara"

Sultan: "Apa pun tara?"

Datuk Laksamana: " Hutan ada la, Lain suma tara..."

Sultan: "Okey kalu itu macam kita ambil ini pulau, pasal suma pun tara dekat situ kita kasi dia nama 'SUMATARA'."

Begitulah ceriternye asal usul nama pulau Sumatara yang sekarang dipanggil PULAU SUMATERA...

__________________________________________________________________

CERITA KELIMA :

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".

__________________________________________________________________

CERITA KEENAM :

Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan menanyakan kepada penyambut tetamu apakah bilik no. 27 ada pesakitnya.

Penyambut tetamu tersebut lalu memeriksa bilik tersebut, dan segera kembali menyambung panggilan telefon dan memberitahu lelaki tersebut bahawa bilik no. 27 itu kosong.

"Bagus sekali!" kata lelaki tersebut.
"Ini bererti aku sudah betul-betul berhasil melarikan diri!"


sumber : internet

2 comments:

HATI ORANG-ORANG TERSAYANG...

Sorry Bro… hari ni nampak gayanya tak boleh gak aku nak join korang semua main tennis… Kalau semalam, alasan yang aku bagi tu begitu kukuh, tapi hari ni alasannya lagi-lagilah konkrit… Bukannya apa bro, semalam anak aku yang sulung tu kena ‘inject’ masa kat sekolah (injection untuk kancing gigi kot. Kalau BCG kena masa darjah 6)…balik-balik dari sekolah terus 'cengeng' nakkan perhatian macam orang kurang kasih sayang…dan aku sebagai ayahnya kenalah tunjuk kasih sayang pada anak-anak… Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama bagi amirah, aku sanggup bro korbankan masa santai aku asalkan dia dapat berkongsi cerita yang mungkin pengalaman pertama kali ini takkan dapat 'dikitar semula' …

"Bro, hari ni korang turun tak ?"… Tanya aku ngan penuh semangat. "Turun ler"…jawab pucukpaku ringkas. "Ko pulak, turun tak ni ?.." tanya pucukpaku. "Insyaallah bro…rasaaaa, boleh turun kot"…jawab aku teragak-teragak tak berapa yakin. "Ko ni bro, insyaallah memanjang…turunnya tak gak"…sindir pucukpaku dan disokong oleh geng-geng yang lain. "Ye lah, kalau diizinkan Allah, aku turunlah"…


Cam hari-hari yang biasa, setiap kali ditanya, itulah yang aku jawab. Tapi kali ni, ada sebab kenapa aku takleh berjanji dengan korang semua. Sebabnya………
sejak dapat panggilan telefon dari orang rumah aku tadi ni, hati aku mula tak berapa sedap. Aku rasa harapan nak turun hari ni tipis..senipis kulit bawang atau mungkin senipis roti kapas… Dan seperti yang aku jangka, tekaan aku sememangnya tak silap..sampai jer kat rumah aku tengok orang rumah aku dah 'terkelepet' kat atas karpet ! Macamana tak terkelepet, malam tadi berjaga sampai ke pagi sebab nak siapkan kerja sekolah. Cikgu sekolah bro, kerja memang banyak… Kadang-kadang tu ngan aku-aku sekali sama tension. Malam tadi, ada gak dia mintak tolong…dan aku tolong mana yang termampu… So, bila dah macam tu keadaannya, aku kenalah faham. "Yah…rasa-rasa boleh ke abang turun main tennis hari ni ?"…saja aku nak test dan sengaja aku tanya walaupun aku dah tau jawapannya. "Minta tolong kat abang, kalau boleh takyah kot"… Jadinya, bila dia dah bagi jawapan yang aku rasa dah hampir tahap 'merayu', tak sampai hati lah pulak nak teruskan hajat aku ni…

Dan seperti biasa, kalau esok 'masih' ada pelawaan dari rakan-rakan, aku lebih selesa untuk mengucapkan… "Insyaallah, jika diizinkan tuhan"….

0 comments:

KETIDAKSTABILAN EMOSI...

Bro !

Hari ni aku lalui hidup cam hari-hari biasa. Rutin waktu pagi, lepas hantar anak-anak ke taska dan tadika, aku terkejar-kejar pulak untuk menentukan warna punch card aku untuk hari ni…tah hitam ke, tah merah ke… Ahh, tak kisah la warna apa pun, janji aku sampai gak ke tempat kerja…. bukannya untuk apa, untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang lelaki yang bekerjaya. Bulan lepas, (Februari) punch card aku 'meriah betul' ngan warna-warna saga. Kali ni aku tekad, seboleh-bolehnya biarlah bulan ni punch card aku dihiasi dengan palitan-palitan yang menyedapkan mata memandang…Itu pun kalau boleh… Tahlah, kat mana silapnya. Rasanya timing aku tiap-tiap pagi dah ok dah.. Nak kata aku keluar lewat, macam awal….. Tapi kelicinan hari-hariku pada waktu pagi selalu diganggu oleh ketidaksetabilan emosi anak-anak aku sendiri. Kadang-kadang tu bila aimi zakiah ok, bang ngah nye pulak yang tak ok… Bang ngah ok, si adik pulak yang tak ok ….ishhh, pening gak kekadang nak membaca atau mengagak emosi dan mood diorang tiap-tiap pagi ni… ada jer benda yang tak kena.. Ada jer benda yang nak dirajukkan..pening gak kekadang kepala aku ni.. tu yang selalu tumbuh bisul kat atas kepala…bengal dan sengal…
Tapi, dah namanya pun budak, memang ler macam tu patternnya… Hampir setiap hari kesabaran aku teruji. Dan hampir setiap hari jugak aku kena cari idea-idea baru untuk ‘mengekalkan’ mood diorang, saat bertolak dari rumah sampailah ke tadika dan taska yang jaraknya hanya 3 km !. Biasanya, aku tackle mood diorang ni melalui nyanyian. Dan pagi tadi ni aku terpaksa ‘mensumbangkan’ lagu Jalil Hamid…. ‘AYAM’ !... Sebabnya, anak-anak aku banyak sangat tanya soalan-soalan yang berkaitan dengan ayam…. Hasilnya diorang teruja dan sesekali tu ada gak ternganga mendengar lontaran suara ayah mereka yang boleh tahan sedapnya…ahakss !

2 comments: