TERIMA KASIH MAK....

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu di luar sana yang tak jemu-jemu mendidik anak-anak mereka dengan satu harapan… agar satu hari nanti, anak-anak yang mereka asuh dan didik dapat mendoakan kesejahteraan mereka samada di dunia atau akhirat.

Bagi ibuku a.k.a mak yang yang lebih 30 tahun namanya ku panggil, ku ucap, ku sebut, terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan. Justeru, orang ada surat untuk mak…..

Kehadapan mak yang dikasihi…

Semoga mak berada dalam keadaan sihat dan sejahtera disamping abah tersayang. Orang tau, mak memang sayang sesangat ngan abah, camtu jugak ngan abah… Tak dapat orang bayangkan hidup abah tanpa mak…he..he… makan, minum, basuh baju, penyedian pakaian semua abah mengharap pada mak…ishhh, takleh berpisah walau sesaat… Buat pengetahuan mak, hari ni adalah Hari Ibu… Biasanya bila tiba hari seperti hari ini, mana-mana insan yang bergelar anak akan berlumba-lumba nak ucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ pada ibu, mak, mama, ummi masing-masing… Orang nak ucap gak pada mak tapi cukup ke sekadar ucapan jer… Sebenarnya orang rasa ucapan tu terlalu murah kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan mak selama ni. Orang rasa malu sangat…tak tau apa bentuk ‘hadiah’ yang orang nak bagi pada mak. Tudung yang orang bagi pada mak minggu lepas tu pun sebenarnya bukanlah hadiah sempena Hari Ibu…buat pengetahuan mak harga tudung tu orang beli dengan harga RM 17.00 jer masa orang pi Terengganu hari tu. Kedai tu buat jualan murah….dia jual separuh harga dari harga biasa. Tapi orang masih tak rasa yang mak layak diberi hadiah semurah tu…. Habis tu apa hadiah yang patut orang beri pada mak ? Tah la…

Umur orang sekarang ni dah mencecah 32 tahun…bila umur orang makin meningkat ingatan dan perasaan kasih orang pada mak makin menebal…tak tahu kenapa… Kalau dulu, masa orang kecik, orang selalu patuh dan akur dengan nasihat mak… Bila dah masuk umur-umur remaja, kadang-kadang cakap mak pun orang lawan… Kononnya masa tu orang dah boleh fikir sendiri, dah boleh jugak buat keputusan sendiri… Selalu gak masa tu orang melawan cakap mak… Bila di fikir-fikirkan balik ada jugak rasa kesal dalam diri orang ni… Tapi tah la…mungkin masa tu jiwa remaja begitu menebal dalam diri…asyik nak memberontak jer kerjanya… Tapi bila orang mula duduk kat asrama, orang rasa kehilangan… Perasaan sayu, sedih tiba-tiba jer datang… Dalam kepala ni hah, macam ada gambaran dan tayangan demi tayangan setiap perbuatan orang pada mak dulu… Mungkin inilah yang dinamakan proses muhasabah diri…tanpa orang sedari, air mata bergenang…kesal, sayu, pilu, sayang dan kasih antara perasaan-perasaan yang timbul masa tu… Dan dari cetusan perasaan tulah orang tanamkan azam, orang taknak lagi melawan cakap mak…orang akan hormat mak sampai bila-bila selagi hayat orang dan hayat mak masa ada… Sekarang ni bila orang dah mula bekeluarga, dah mula jalani hidup tanpa mak, perasaan rindu kadang-kadang tu datang tiba-tiba… Kalau boleh tiap-tiap minggu orang nak balik Johor… Tahlah…tu yang macam orang kata tadi, makin umur orang meningkat, makin kuat ingatan orang pada mak…. Alhamdulillah, Allah kurniakan perasaan tu… Tiap-tiap hari teringatkan mak…

Bila orang kenang-kenang dan ingat-ingat balik, mak buat sesuatu dengan sebab… Mak rotan orang bersebab…mak marah orang bersebab…mak leter orang bersebab… Tapi masa tu orang tak nampak hikmah disebalik perbuatan mak… Bila mak rotan, marah dan leter orang anggap mak tak sayangkan orang… Sekarang orang mula sedar sebab dah 7 tahun orang jadi bapak pada 3 orang anak… Betullah macam mak kata… “Esok, kalau kau jadi bapak, ko tahulah macamana !’…. antara kata-kata keramat mak yang terngiang-ngiang dan masih orang ingat sampai sekarang…

Alhamdulillah mak, berkat kesabaran mak, orang kini dah memiliki hampir segalanya… Isteri yang baik, anak-anak yang sihat dan cergas, rumah, rezeki yang murah dan yang paling penting ketenangan jiwa dan fikiran…. Orang tahu, tu semua berkat doa mak yang tak henti-henti mendoakan kesejahteraan orang sejak dari dulu lagi… Dan orang yakin, Allah telah makbulkan doa mak… Dan orang percaya sejak dari dulu lagi, hidup kita takkan tenteram dan bahagia selagi kita tak mendapat restu dari ibu bapa dan itu yang orang pegang sampai kini…

Buat pengetahuan mak, orang hanya mampu ‘mengungkit’ pengorbanan dan kasih sayang mak selama ni…dan sebenarnya itulah hadiah yang orang nak beri sempena Hari Ibu kali ni… Pada orang, setiap hari pun sebenarnya adalah hari ibu… Ibu perlu dirai, perlu dihormati setiap hari. Kasih mak pada orang dan kesemua adik beradik yang lain memang tak ternilai dengan harta dan wang ringgit…. doakan semoga mak dipanjangkan umur dalam keberkatan, dimurahkan rezeki dan diberi ketenangan jiwa selamanya… Terima kasih mak… Orang sayang mak…

Buat anak-anak di luar sana, sayangi ibu anda ketika ada hayatnya… Restu ibu bapa umpama tiket kebahagian bagi kelangsungan hidup seterusnya… Jangan sesekali meninggikan suara takut-takut menjerumus dan menghampiri taraf ‘anak derhaka’… Ingat ye…doakan mereka sentiasa kerana itu sahaja bekalan untuk mereka apabila sudah tiada….

0 comments:

KESEGARAN CAMERON...

“Insyaallah, kali ni mesti jadik, jangan tak jadik !”… Eh, apa yang jadik apa yang tak jadik ni..? Kalau korang nak tahu, tulah ayat pembuka kata pagi Jumaat (1 Mei 2009), cuti hari buruh yang lepas… Sebenarnya aku ngan orang rumah dah lama bebenor plan nak pi ‘mendaki’ ke Cameron Highlands tu hah… Jiran sebelah rumah aku tu, sepanjang 3 tahun aku dok berjiran dengan diorang, dah dekat 5, 6 kali depa pi tempat yang sama.. Apa yang menarik sangat agaknya kat sana ye ? Takper, kita tengok apa yang special and interesting sangat kat atas bukit tu ye…

So, pagi Sabtu, 2 Mei 2009 lebih kurang pukul 10.30 aku bertolak dari Port Dickson menuju ke destinasi percutian… Cameron highlands. Berbekalkan info dari jiran sebelah, aku nekad untuk exit dari Tapah sebagai laluan pilihan ke ‘atas’… Boleh gak exit ikut Simpang Pulai tapi jauhlah sikit…cumanya, dengar cerita jalannya lebih elok dan luas berbanding jalan Tapah… Perjalanan dari Tol Tapah menuju ke Tanah Rata Cameron memang mencabar. Perjalanan sejauh lebih kurang 47 km melalui perkampungan orang asli, merentas jalan berbukit yang berbelok-belok serta jarak selisih kenderaan dari arah bertentangan yang tersangat hampir membuatkan orang rumah aku rasa macam nak termuntah. Kalau nak dibandingkan jalan ke Genting Highlands, mencabar lagi jalan ke Cameron Highlands ni. Bagi sesiapa yang belum pernah ke sini, cuba skill memandu anda kat jalan ni tapi hati-hati bro sebab antara korang dan gaung hanya dipisahkan oleh devider besi yang alahaiiii…..

Tepat jam 2.30 petang, aku selamat sampai ke Tanah Rata Cameron. Cadang nak menginap di kawasan Brinchang tapi kereta kami tersangkut dalam jammed yang amat teruk. Jadinya aku amik keputusan untuk berpatah balik dan menginap kat kawasan Tanah Rata jer. Dah perjalanan kami pun sebenarnya memang tak dirancang a.k.a main terjah jer so payah nak dapatkan tempat menginap. Mungkin cuti Hari Buruh yang menjadikan kawasan ni begitu sesak dengan pengunjung. Satu demi satu hotel, apartment aku call tapi tak sangkut-sangkut….takder bilik kosong…dasyaaaattt tu.. Alhamdulillah, akhirnya berjaya gak aku dapatkan tempat berlindung dari kesejukkan suhu di Cameron Highlands ni… Dipendekkan cerita malam tu kami menginap di Alina’s Apartment (for Muslim only) yang tak jauh dari pekan Tanah Rata… Tempatnya agak strategik.. tak terlalu sibuk, tak terlalu serabut. Jarak nak ke Brinchang pun agak dekat lebih kurang 5km jer…

“Apa yang special sangat kat Brinchang tu dik…? Jammed teruk betul !”… sempat bertanya pada staff Alina’s Apartment.. “Kat sana happening bang !... macam-macam ada…cam malam ni, ada pasar malam… keta diorang park kat tepi-tepi jalan jer…tu yang jammed tu”… jawab budak tadi bersungguh... “Happening ?... menarik sangat ke pasar malam kat atas tu ?... “Kalau abang nak tau, lepas-lepas isyak nanti abang try naik…saya rasa time tu dah tak berapa nak jammed kot”…cadang budak tadi… So, malam tu, lebih kurang pukul 9.00, kami sekeluarga memanjangkan langkah menuju ke tempat yang dikatakan agak happening kat Cameron ni… Alhamdulillah, perjalanan ke sana lancar mungkin dek dah terlalu sayup bagi warga Cameron keluar time-time begini…sejuk tuuu…!!! Cuma, suasana agak sibuk sebaik sahaja kami mula memasuki pasar malam Brinchang… betul..! memang happenin !...ingatkan dah takder ler mahkluk Allah yang dok berembun malam-malam camni…tapi…wow, meriah betul..! Cilok punya cilok, dapat gak parkir betul-betul kat depan balai bomba…tu tempat paling ‘dekat’ and strategik yang berjaya kitaorang ‘tawan’… kalau nak diikutkan masih jauh lagi nak sampai ke tempat pasar malam tu, tapi mustahil bebenor la kalau nak parkir betul-betul kat area pasar malam tu… So, walaupun agak jauh, kami redha dan agak seronok untuk menapak sikit demi sikit dan akhirnya sampai gak tempat yang dimaksudkan…. Biasa la, bila keadaan sejuk-sejuk camni, makananlah ‘bekalan’ yang paling banyak kitaorang beli…berlubang jer perut ni dari tadi padahal petang tadi baru pekena makanan berat… Apa yang kami beli untuk bekalan balik ke apartment ?

Ni diaaa….

1. Ayam Golek
2. Strawberry bersalut coklat
3. Udang dan Cendawan Goreng
4. Sayur-sayuran dan buah-buahan
5. Kaktus (bukan untuk dimakan)
6. Sourvenirs (bukan untuk dimakan)
7. Teh
8. Rojak

Kesimpulannya, (cehh, cam buat karangan SPM lak siap ada kesimpulan) kalau ada peluang, aku memang nak pi lagi kat sini… Banyak lagi tempat yang aku ‘tak boleh nak sampai’ contohnya cam Taman Rama-Rama dan Ladang Teh Boh bahagian Utara…semuanya disebabkan keadaan traffic yang agak teruk… Maybe perjalanan kitaorang kali tak dirancang tapi disebabkan perjalanan yang tak dirancang tulah yang telah membawa kami satu family ke destinasi percutian yang paling menyeronokkan… Cameron Highlands… Insyaallah, kitaorang akan kembali lagi…

0 comments:

PENGAJARAN BUAT ANAK-ANAK YG 'SUKA' KENCING ATAS KARPET...

“Aduiii, naperlah Aimi kencing atas karpet !??... Lain kali cakaplah kalau nak terkencing”…

Adui bro, stress dibuatnya bilamana anak bongsu kesayangan aku ni kerap ‘terkencing’ atas karpet… Yelah, waktu-waktu hujung minggu ni ingatkan dapatlah berehat lebih sikit…tapi tak boleh gak.... Boleh kata hampir setiap minggu aku kena basuh karpet. Sampaikan karpet murah aku tu dah tak ada bulu dek terlalu kerap kena sental. Kalau karpet tu ada 'perasaan' for sure 'dia' 'berbulu' jer ngan anak aku tu... Tapi takperlah bro, kata orang nak mengajar anak berenti pakai pampers ni memang kena berkorban sikit…esok-esok, bila dah berenti terus, senang sikit aku…eemmm, yelah tu…

“Selalunya, ayah sorang jer yang kena basuh karpet ni, kali ni ayah nak bang ngah ngan adik tolong sama…akak terselamat kali ni…pi tolong ummi kat dapur”… Bukan dera bro, tapi biar diorang tahu betapa payahnya proses nak membasuh karpet ni.. Kalau selalunya just 1 karpet saja yang ‘menjadi mangsa’ renjisan air kecil anak aku tu, tapi tidak pada minggu ni… 2 karpet serta merta bertukar status dari ‘status suci’ kepada ‘status najis’ gara-gara kegagalan aimi zakiah mengawal operasi sistem perkumuhannya… sakan….

Malas nak cerita banyak, korang tengoklah sendiri betapa rumitnya proses membasuh karpet ni…

Langkah 1 : Pastikan lantai dibersihkan terlebih dahulu. Manalah tau ada palitan-palitan objek yang boleh dikategorikan sebagai najis...

Langkah 2 : Hamparkan karpet. Basahkan keseluruhan karpet dengan air dan mula lakukan aktiviti memberus. Kelihatan dalam gambar, suspek utama kes yang hanya duduk kat pintu tanpa sikit pun rasa bersalah...

Langkah 3 : Bilas karpet dengan air bersih. Pastikan tiada kesan-kesan sabun yang tertinggal.

Langkah 4 : Berehat kejap. Biasanya bila main air ni, perut akan sentiasa rasa lapar...jadinya pulun apa yang ada..

Langkah 5 : Bak kata orang, Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati... Nilah antara simptom-simptom bila perut dah berisi. Kalau hangpa perasan, kat belakang tu ada 2 keping toto yang turut jadi mangsa si aimi zakiah ni.. Tunggu giliran nak hantar pi dobi...

Langkah 6 : Sambung balik kerja. Langkah seterusnya, gunakan pembaris untuk 'mengetoskan' air dari karpet.

Langkah terakhir : Lepas dah 'tos', jemur seharian kat atas pagar.

5 comments:

BRO... I'M BACK !!!



‘Alhamdulillah’… itu ayat pertama yang keluar dari mulut aku sebaik sahaja melihat my blog terpapang kat screen computer. Semuanya kembali seperti sediakala… Kepada Alladiin, thanks bro ! lu tepati janji lu untuk tolong wa.. Wa hargai pertolongan lu.. Thanks again..

Dengan ini aku nak umumkan yang villakesyukuran masih wujud !
Kepada insan-insan yang banyak bagi sokongan, terima kasih aku ucapkan… Memang betul bro, terus terang aku cakap, aku sebenarnya dah tak ada semangat nak menulis dalam blog ni…tapi bila masalah yang aku tanggung selama 3 bulan ni diselesaikan hanya dalam tempoh 3 minit, aku jadi bersemangat semula… Takder masalah yang tak boleh diselesaikan…. berkat bantuan seorang rakan…

I’m villakesyukuran… I’m back !!!

4 comments: