'DIA' DAH MULA DAH...!

Hari ni aku sampai office lebih awal dari biasa… 'Tak sabar' nak mulakan pengajaran ‘short sem’ untuk pagi ni… So, sebelum mula, aku sediakan apa yang patut… sempat gak fotostat nota untuk topik hari ni… Aku ‘on’ jugak PC just nak pastikan yang network sys untuk hari ni, ok… "Yesss, datastorage aku ngan student berfungsi ngan baik"… Makin semangat aku dibuatnya…

Tapi, awat bulu tengkuk aku ni meremang semacam jer… apa puncanya hek…? Cari punya cari aku dapat jawapannya…. “Perut aku, perut aku !!! Aku dah agak dah, aku dah agak dah”… memang dah dok terasa-rasa dari start aku masuk top gear lepas keluar dari rumah tadi….. cehh…! time ni lah dia nak buat hal… kan semalam ada lebih kurang 6 jam waktu ‘selesa’ lepas di tolak waktu kerja, tolak waktu santai, tolak plak ngan waktu makan….taknak plak dia meragam masa tu…Masa camni lah dia nak buat hal..bikin rosak reputasi aku jer…

So, dipendekkan cerita, sepanjang proses pembelajaran hari ni, dekat 3, 4 kali aku keluar masuk kelas… Sat kata nak jawab phone lah, amik barang tertinggal la, take five la…he, he…nak buat camna…cover line la bro… Tapi dalam pada ‘berkerut-kerut’ pun berjaya gak aku habiskan kelas sampai pukul 11.00…so, aku berhutang 15 minit ngan students…kira oklah kan… takder lah nampak aku ni ‘mengelattt’ ssssesangat….

0 comments:

ANGAN-ANGAN MAT JENIN...

Bila dah duduk sesajer ni mulalah, fikiran melayang jauh…mengelamun, berangan… Kata orang tua-tua tak baik mengelamun…berangan lagi lah…nanti jadi cam Mat Jenin yang hobinya memang suka sangat berangan-angan… Tapi aku tak berapa setuju ngan pendapat tu… Pada aku bermula ngan angan-angan, kalau ‘skrip’ angan-angan tu pulak tak merapu, insyaallah bro, boleh jadi reality… Ada yang berangan nak pakai kereta dan rumah besar, tambah orang rumah dan isi rumah…opsss, he, he…it’s ok bro.. takper….itu baru angan-angan... Dengan angan-angan kita bersimulasi, bebas tentukan isi angan-agan dan tentunya kesudahan (ending) angan-angan… Lebih kurang cam buat skrip drama @ filem… Biasanya bila aku berangan-angan aku akan buat 2 types of ending…ending happy dan sedih… Bila aku buat kesudahan cam ni, aku seolah-olah dah sedia terima apa jugak keputusan atau kesudahan cerita yang aku angan-angankan tu… Bila kita berangan-angan, otak kita ligat berfikir (bukan ligat menipu)…Alhamdulillah, banyak gak apa yang aku ‘dapat sekarang ni, asalnya bermula ngan angan-angan…

Aku amik satu contoh…. Dulu masa mula-mula nak melamar ‘orang rumah’, aku ligat berangan-angan…weiii ! jangan korang salah faham plak ! maksud aku angan-angan in terms of…boleh ke kami hidup bersama, camna ngan penerimaan kedua orang tua, mampu ke aku nak membahagi-bahagikan kasih sayang antara ibu bapa sendiri ngan ibu bapa mertua, larat ke pinggang aku nak menempuh perjalanan dari selatan (Johor) ke utara (Perlis) tiap kali nak balik ke kampung, kena lambung syiling ke tiap kali nak tentukan giliran beraya dan macam-macam lagi bro… Tapi alhamdulillah, skrip yang aku tulis tu nampaknya lebih ‘condong’ ke arah happy ending dan harap-harap begitulah selamanya…

So, camna pulak ngan korang bro ? Korang rajin berangan tak dan apa isi angan-angan korang tu…he..he..

5 comments:

'SERANGAN KUTU'...

Lemah betul bila dapat tahu kepala ketiga-ketiga anak aku tu ‘dijangkiti’ kutu… Patutlah seminggu dua ni diorang tiga beradik asyik tergaruk-garuk, terkeruk-keruk…Rupanya diorang pakat bertiga, bukak ladang kutu kat atas kepala…komersial tuuu…nasib baik cuma spesis kutu kepala yang ‘biasa-biasa’ tu jer…buatnyer yang ‘singgah’ kat atas kepala tu kutu khinzir ke (lahai, sopannye bunyi…), kutu beras ke, tak ke nayer dibuatnye…. Pembawanya, dah tentu la si aimi zakiah…

'Pembawa utama'...

Ni lah bro antara risiko kalau kita hantar anak kita ke nursery… yelah, bila dah ramai-ramai tu mesti ada seorang dua yang jadi ‘pembawa’…sorang kena, semua kena… tapi aku tak kisahlah…nak buat camna…memang benda ni payah nak dikawal… Cam selsema gak…hari ni kita jaga elok, esok lusa kena pulak…dok meleleh jer…

Once dapat tahu jer diorang ni ada kutu, tempat pertama yang kitaorang pergi tentunya farmasi… Segala jenis ubat kitaorang beli…yang jenis sapu ala-ala minyak rambut dan yang jenis syampu guna bila time mandi… Sebelum rambut ayah ngan ummi plak dijangkiti baik ayah jalankan operasi petang ni masa mandi… Ayah nak hangpa bertiga get ready untuk ‘dicuci’…. “tak nak…takut…nanti mata anas pedih..tak nak…”…rengek anas nak elakkan diri dari dicuci… “Kutu ni nas, bukan boleh bior…dia hisap darah tau tak…kang kering darah atas kepala anas tu hah..nak kata apa…?”…pujuk aku mententeramkan keadaan… Anak aku yang nombor dua ni memang trauma kalau ada sabun ke, syampu ke kat atas kepala… Payah betul ! So, bila guna cara halus tak jalan, aku guna cara ‘paksaan’… Takper bro, bab-bab camni takkanlah nak guna cara lembut gak…he..he..

Keadaan semasa merima 'rawatan'...

Jadinya, dipendekkan cerita, kesemua kutu-kutu yang hinggap kat kepala anak-anak aku tu ‘terkorban’ dek keracunan ubat kutu yang aku beli kat farmasi (aku rasa la)… Korang tanya tahap keberkesanan ubat tu…? tak tahu la bro boleh bertahan sampai bila tapi yang pasti kalau depa tergaru dan tergaruk lagi, aku tahu ler tu… sang kutu mesti datang lagi… adios…!

2 comments:

'AYAM BOSNIA'...

Minggu lepas aku jalan-jalan kat pasar malam Kg Melayu… Bukan sesajer berjalan tapi ada misi yang perlu aku selesaikan… Adalah sorang member ni bagitau yang kawasan Kg Melayu sekarang ni tak macam dulu…banyak ‘ayam’ yang dibawa masuk dari luar dan hari tu memang aku nak kepastian…aku nak tengok dengan mata kepala aku sendiri, betul ke berita ni…

Sepanjang melalui lorong-lorong pasar malam tu, mata aku melilau tercari-cari sesuatu… Takder apa pun, semuanya cam biasa jer, cam selalu… “Ko pegilah kat belakang lorong tu sikit…kat depan workshop keta tu”…member aku menyampaikan arahan melalui phone… “Mana ader bro…puas dah aku cari…lorong yang mana ni”..?... bentak aku yang sememangnya dah bengang ngan member aku ni… “Ada, kat situ...ko tengok betul-betul…memang cantik-cantik & murah-murah ‘ayam’ kat situ”… Kata orang kat kawasan ni banyak ‘ayam’… murah-murah dan elok-elok belaka… Yang syioknya ‘ayam’ kat sini semuanya ‘ayam’ Melayu, takder langsung ‘ayam’ bangsa asing…. Cuma, dalam banyak-banyak tempat yang offer ‘ayam’ tu ada satu tempat yang jual ‘ayam baik punyer’….’ayam bosnia’… Perghhh, tu yang membuatkan aku lebih bersemangat nak completekan mission aku ni… “oklah, aku cari nanti”… janji aku pada member aku ni untuk meneruskan pencarian…

Cari punya cari punya cari, akhirnya aku jumpa apa yang dari tadi aku cari… Memang betul bro ! Banyak betul ‘ayam’ kat sini..tak sangka member aku ni betul dan paling aku tak sangka Kg Melayu yang aku kenal dulu, berbeza sungguh dengan Kg Melayu sekarang !!!..… Ni, kalau aku dedahkankan apa yang ada kat sini mau ‘meletup’ satu JB !... Tapi perlu ke aku buat laporan bro ?...

Untuk melengkapkan misi, aku berbincang dengan ‘perantara’ dan diorang bersetuju untuk ‘menjual’ salah satu dari ‘ayam’ yang ada dalam simpanan diorang… Takder langsung rasa bersalah, takder langsung rasa berdosa, aku bawak balik ‘ayam’ tu… Dan di rumah, aku betul-betul kenyang dan puas sebab berakhirlah satu episod pencarian ‘ayam bosnia’ yang sememangnya bukannya satu mitos…it’s real bro…!

Inilah rupanyer 'ayam bosnia' yang menjadi mangsa aku malam tu...

Tinggal tulang... 'ayam bosnia' selesai diratah...

2 comments:

EGO WISH MENCABAR EXORA ...

Gambar ni anak aku ‘tangkap’ masa kitaorang on the way nak balik ke Perlis minggu pertama cuti persekolahan hari tu… Lokasinya di sekitar Highway Utara Selatan area Juru, Penang…. Mungkin masing-masing nak tunjuk kehebatan masing-masing kot… Kebetulan plak warna kereta diorang ni sama…Cuma bezanya yang satu buatan Jepun dan yang satu lagi buatan Malaysia… So, lagilah 'mendidih'... Jangan lupa, exora hanya 1600cc jer sedangkan wish 1800cc… Go exora, go !!! Apa-apa pun, ego diorang berdua ni memang tinggi…





2 comments:

RUMAH KU, SYURGA KU (PART 2 @ AKHIR)...


Cuba korang tengok rumah aku kat atas tu hah dan bandingkan dengan rumah member-member aku dalam entry Rumahku, syurgaku (Part 1)… Bezakan ? Beza….meeemang berbeza ! Nampak buruk and lusuh jer rumah aku tu… Designnyer pulak tak menarik, tak moden dan tak ‘berketul-ketul’ cam kebanyakkan rumah yang dibina sekarang ni… Tapi, padanlah ngan harganya…. Tahun ni masuk tahun ke 4 aku dok kat sini… Tapi, ada 15 sebab kenapa aku tangkap lentok dan sayang sangat kat rumah aku ni….

Ni antara sebab-sebabnya :

1. Tanah rumah aku ni berstatus Rezab Melayu so, jiran-jiran aku semuanya Melayu.
2. Kawasan ni tak sibuk… jadi tak berapa risau sangat bila anak-anak main kat jalan raya waktu petang. Tapi, aku kena pantau gak.
3. Belakang ada tanah lagi 40 kaki untuk aku bercucuk tanam ‘lalang dan rumput’.
4. Dekat sesangat dengan tempat kerja aku dan tempat kerja orang rumah.
5. Dekat sesangat dengan Masjid Jamek Teluk Kemang, balai polis, balai bomba dan hospital dan pasar.
6. Dekat dengan stesyen minyak caltex, mobil dan shell.
7. Dekat dengan sekolah menengah dan rendah.
8. Dekat dengan padang goft (mana ler tau kot tergerak hati nak menceburkan diri dalam sukan goft..lupakan ler)
9. Dekat sangat dengan pantai-pantai peranginan cam Pantai Teluk Kemang.
10. Dekat sesangat ngan kedai-kedai runcit, kedai-kedai makan dan kedai cuci kereta.
11. Dekat ngan klinik-klinik swasta dan klinik kesihatan kerajaan
12. Dekat dengan politeknik
13. Dekat dengan farmasi.
14. Aku tak berapa risau sangat kalau nak lepak-lepak dalam rumah sambil ‘berlengging’ dan berkain pelikat. Depan rumah aku takder rumah tapi ada bukit. He..he.. dan yang paling membuatkan aku insaf ialah…..
15. dekat dengan kawasan perkuburan…. Mudah-mudahan akan sentiasa mengingatkan aku dengan kematian… "Ya Allah...ampuni dosa hamba mu ini Ya Allah"....

5 comments:

'DITINGGALKAN'...

Hello bro… minggu ni aku ‘ditinggalkan’ lagi…. Nampak gayanya, kena ubah gaya pemakanan untuk sepanjang minggu ni. Kalau sebelum ni aku makan beras yang ditanak orang rumah kat rumah, tapi sepanjang tempoh ‘ditinggalkan’ nampaknya aku kena makan beras yang di‘import’ (perkataan import di sini dimaksudkan dengan beras yang ditanak di kedai-kedai makan dan yang seumpamanya). Bukannya aku tak nak masak sendiri bro, tapi berbaloi ke ? Tu belum amik kira faktor-faktor lain cam faktor ‘kebocoran’ gas (nak masak kena hidupkan gas bro…sayang tu…!), kebocoran masa (yelah…mana taknyer, amik masa nak pikir menu apa nak dimasak untuk sorang punya makan…leceh laa..), faktor kebersihan (bila duduk sorang ni lain sikit moodnya…nak cuci pinggan sekeping pun sikit punya liat…masa orang rumah ada, aku rajin basuh pinggan…sungguh !...tapi, he..he.. basuh pinggan sendiri jer la !), faktor kelancaran (pergerakan dalam rumah la ni tak berapa nak lancar. Aku tengah renovate rumah jadinya keadaan dalam rumah aku, perghh tunggang langgang ! mesin basuh kat dalam bilik tidur, dapur gas kat ruang tamu, kabinet kat bawah tangga…peningla bro…kang mana nak cari sudu, pinggan lagi…)

Tu la antara faktor kenapa aku liat sangat nak masak sendiri sepanjang tempoh ‘ditinggalkan’…
p/s : Tentu korang akan cakap..... "eleehh....cakaplah malas...kan senang" ! dan aku akan balas sambil tersengih.... "he..he"...

3 comments:

RUMAH KU, SYURGA KU (PART 1)...

Hari ni masuk hari yang kedua dalam minggu ni. Boring jangan kira la.. Tak tahu nak buat apa.. Yelah, badan aku dah biasa pushing into the limits masa minggu-minggu kuliah, so bila masuk waktu-waktu ‘santai’ ni badan tiba-tiba jer jadi malas… Bukannyer takder kerja nak dibuat, tapi lepas-lepas semua ‘kerja yang patut didahulukan’ dah pun aku selesaikan, automatically aku jadi sedikit malas… Badan kita ni bro, kena jaga…Kerja, kerja jugak tapi kena bijak ‘mencuri’ masa untuk badan kita…

Inilah rumah 'impian' kawan-kawan aku tu... First time tengok rumah ni, diorang mengaku yang mandi diorang tak berapa nak basah, makan pulak tak pernah kenyang dan tido pun tak berapa nak lena... Asyik teringatkan rumah ni jer... alahaiii...

Hari ni ada sesuatu yang aku nak kongsi dengan you all semua… Pagi tadi pi temankan kawan sepejabat bayar duit booking rumah. Diorang ni beli rumah baru kat area Taman Kristal...rumah double storey… Sebelum bertolak sempat gak aku baca doa mintak tuhan hilangkan perasaan rendah diri memandangkan harga rumah yang diorang beli ni reganya RM 180k ! Yelah, rumah aku murah jer… Tak mahal cam rumah bro and sis bertiga ni…Penempatan pulak boleh dikira ‘eksklusif’ dan ‘elit’ sebab berhampiran dengan ‘Mont Jade’ a.k.a Beverly Hills Seremban….

Aku bagi gred A+ dari segi kekemasan dan struktur susunan

Sebenarnya aku tumpang gembira tengok tahap kesedaran rakan-rakan sepejabat untuk mula memiliki rumah sendiri… Macam ni la bro… kalau tak mula langkah pertama, macam mana nak teruskan ngan langkah-langkah seterusnya… Secara logiknya, bila umur makin meningkat, insurans and installment pun akan meningkat sama… Walaupun government loan sekarang ni dah boleh lajak sampai 30 tahun, tapi kalau boleh tempoh pembayaran tu janganlah sampai ‘selama’ tu…. tapi kalau dah tak boleh nak elak, go on... Harga hartanah makin lama makin mahal… kalau ko survey hari ni harganya around RM 170k, jangan terkejut kalau 6 bulan lagi ko pergi tempat dan taman yang sama harganya mungkin meningkat sampai RM 200k !... Itulah trend developer hartanah…tempat yang strategic, design rumah menarik ditambah dengan tawaran harga yang ‘cantik’ pasti membuatkan bakal pembeli pening kepala nak buat keputusan. Sebab tu nak beli rumah hati kena betul-betul bulat… dan aku gembira bro pasal hati ko dah mula ‘membulat’ sekarang ni..ahakss..

Tengok la muka diorang tu. Khusyuk sungguh dengar penjelasan isi kontrak dari si amoi salesgirl tu. Dari kiri platengah (1st buyer), amoi, kak yat selaku penasihat 1, wanita besi (2nd buyer), pucukpaku (3rd buyer) dan paling kanan kak ku selaku penasihat utama... sorry, gambar tak 'lekat'.

Dulu masa aku amik keputusan nak beli rumah, banyak gak tempat yang aku survey…semuanya tak jadi… Ada sesetengah tempat yang aku suka tapi agak jauh dari tempat bekerja dan ada pulak taman yang dekat dengan tempat kerja tapi kepadatan agak tinggi, terpaksa ‘berjiran’ ngan students poli…aku fikir, mana privacy untuk aku ngan keluarga lepas-lepas waktu bekerja ?... So, bila aku jumpa rumah yang aku duduk sekarang, aku bulatkan hati terus mulakan langkah pertama… Kalau nak dibandingkan design rumah dengan rumah bro dan sis bertiga ni memang tak setanding (rasa rendah diri la pulak) tapi bila fikirkan banyak kemudahan yang ada disekeliling aku jadi teruja nak teruskan dengan keputusan aku tu… Nanti aku ceritakan antara kemudahan yang ada di penempatan aku sekarang dalam RUMAH KU, SYURGA KU (PART 2)…

Pucukpaku migrain melayan karenah anaknya yang tengah lasak. Lepas ni ko kena pasang pagar atas ngan bawah.

Dipendekkan cerita, tahniah bro sebab ko dah mulakan langkah pertama… Aku yakin yang orang rumah you all berdua akan suka dengan lokasi dan rekabentuk rumah yang korang beli tu… Lepas ni kena stand by duit untuk pasang grill, beli lampu/kipas, upah wiring dan caj interest dari developer (kalau ada)… Tapi jangan plak ko pening kepala… part tu sama-sama la kena pakat dan sepakat ngan orang rumah…hidup bersama kenalah berkongsi susah dan senang ye tak..? he…he…

0 comments: