SANTAU & HASAD DENGKI MANUSIA

Ya Allah ! sanggup diorang buat Abg Li sampai macam ni sekali ! Itulah ayat pertama yang berdetik dalam hati tatkala melihat keadaan abang ipar aku yang semakin kurus dek angkara terkena santau @ terkena ‘buatan orang’… Perasaan sedih, kesal dan marah bercampur-campur.. Dalam zaman moden camni pun masih ada lagi manusia berhati binatang sanggup melakukan perbuatan syirik dan keji macam ni….!

Kesannya, selera makan abang ipar aku macam disekat-sekat. Badan sentiasa rasa panas, gelisah…. Nafas pulak termengah-mengah…. Dah berminggu-minggu abg li tak dapat tidur malam. Ya Allah, kesian….... Masuk ni dah 4 kali rawatan secara tradisional dibuat. Dan dalam keempat-empat rawatan tersebut takder satu rawatan pun yang tidak ada jarum keluar dari badan. Boleh dikatakan setiap kali rawatan, 3 hingga 4 batang jarum dapat dikeluarkan dari celah-celah sendi ! Ada yang panjang, ada yang pendek...tak terkecuali jugak yang sudah bengkok dan berkarat… Orang yang buat ‘benda’ ni bukannya manusia ! Syaitan agaknya !

Abang ipar aku ni, sebaik-baik manusia… Jadi mangsa kepada ‘pihak’ yang gila, rakus dan tamak harta. Orang yang dah tak peduli dengan dosa…. Tapi yang buat aku terharu, kesabaran dan ketabahannya. Sentiasa berprasangka baik. “Biarlah…’niat’ abg li cuma nak pulangkankan jer ‘benda’ yang bukan milik kita ni…kita pulangkan semula pada tuannya…tak payahlah kita nak berdendam dan nak berbalas-balas… Balasan, itu kerja Allah….harap dapat balasan setimpal dengan perbuatannya”… lebih kurang macam tulah ayat abang ipar aku yang sentiasa redha dengan ujian ini.

Buat mereka-mereka yang di luar sana, tolonglah…aku merayu… Kalau macamana tak puas hati sekalipun, bersemukalah…itu sebaik cara… Bukannya dengan cara-cara yang khurafat camni…ini menganiaya namanya. Ini cara orang yang pengecut !

Dan bagi mereka-mereka yang sering menjadikan amalan syirik sebagai ‘mainan’, dengan tujuan hendak menunjuk ‘kehebatan’, aku harap korang hentikanlah…bertaubatlah…tak guna solat dan segala amal baik yang korang amalkan bertahun-tahun kalau inilah caranya nak ‘mengajar’ orang yang tak berdosa.

Ingat, Allah sentiasa memakbulkan doa orang-orang yang teraniaya. Jangan melangkau dan cuba mengatasi kuasa Allah. Di dunia, mungkin korang rasa koranglah yang paling berkuasa tapi di akhirat, nerakalah tempatnya !


p/s : ‘korang’ yang aku maksudkan di sini merujuk kepada ‘mereka-mereka’ yang selalu berhati dengki dan busuk hati… perasaan orang lain tak dipeduli janji hajat dihati dapat dipenuhi… ‘korang’ tak layak dipanggil manusia…

7 comments:

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Assalamualaikum wbt, Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala SuruhanNya. Adakah kita tidak mengenang budi, Allah yang menciptakan dan dengan rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadi di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari……untuk dijadikan renungan dan ikhtibar yang boleh diamalkan .

ALLAH MAHA BESAR
DOA IFTITHAH
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

AL-FATIHAH
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

BACAAN KETIKA RUKUK
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

BACAAN KETIKA BANGUN DARI RUKUK
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

BACAAN KETIKA I'TIDAL
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

BACAAN KETIKA SUJUD
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

BACAAN KETIKA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

BACAAN KETIKA TAHIYAT AWAL
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

BACAAN KETIKA TAHIYAT AKHIR
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

DOA QUNUT
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Sumber: arkib taman2syurga

2 comments:

CERITA TELADAN 1

Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu - ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam.

Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.
Maka tiba - tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah - olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri.

Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid – murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.

Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul di hadapannya lalu beliau telah bercerita :

Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung di dalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya.. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!

Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut.

Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyang pun di laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang kerumah masing - masing sambil ketawa terbahak - bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset.

Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan! Subhanallah!

Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul dimasjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnyapun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah – olah kandang kibas tidak pernah wujud!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.

Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud :
"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa."(SurahAn-Najm : 32)

"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombongan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."(Surah Luqman 18)

0 comments:

MARHABBAN YAA RAMADHAN...

Pagi ni aku rasa lain sesangat… Lepas punch, terus ke kelas untuk satu jam… Sambil berjalan menuju ke kelas mata aku melilau melihat sekeliling…awat yang sayu sangat aku rasa pagi ni hah ?… cuaca pagi ni pulak segar tak macam selalu tu, berjerebu, hangit, masam dan kelabu asap…

Alhamdulillah, Allah masih beri aku peluang untuk berjumpa dengan bulan yang penuh barakah, Bulan Ramadhan… Esok kita mula berpuasa… Menunaikan rukun Islam yang ke 3.

Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Maknanya, malam ini kita akan mula bersolat tarawih… Dan kalau dipanjangkan umur, Insyaallah awal pagi esok kita akan mula bangun bersahur…. Untuk anak-anak ayah, Amirah dan Muhammad Anas, bila tiba bulan mulia Ramadhan, kita kena sambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran… Jangan sedih-sedih tau. Tahun ni kalau boleh ayah nak Amirah cuba berpuasa penuh… Untuk Muhammad Anas pulak tahun ni merupakan tahun pertama anas berpuasa… Tahun lepas bolehlah anas ‘bersenang-lenang’ tapi tidak untuk tahun ni… ayah nak anas cuba berpuasa, temankan kakak, merasa bangun sahur bersama dan ikut ayah ke masjid. Rasa-rasa, boleh ke ?

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasaUmat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada )2) Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kitabayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalahRasullullah dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jumaat.


So, untuk rakan-rakan semua, minta maaflah ye kalau ada sebarang salah dan silap samada yang disengajakan mahupun tidak disengajakan. Moga kita dapat menjalani ibadat puasa dengan khusyuk dan penuh keinsafan….

4 comments:

NAK HADIAH ? JAWAB TEKA-TEKI NI !

Kepada bekas-bekas pelajar, sahabat handai, rakan-rakan bloggers, cubalah jawab teka-teki ni... Kebanyakan teka-teki ni korang dah tahu dan pernah dengar pun....

Hadiah akan diberi kepada mereka yang berjaya menjawab kesemua teka-teki dengan betul dan yang paling pantas.... Selamat menjawab !



Soalan 01 : Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris ?

Soalan 02 : Binatang apakah yang paling kaya di dunia ?

Soalan 03 : 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah, namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi ?

Soalan 04 : Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu ?

Soalan 05 : Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu ?

Soalan 6 : Haiwan apakah yang paling tidak sopan ?

Soalan 7 : Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3 ?

Soalan 8 : Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama ?

Soalan 9 : Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

Soalan 10 : Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu ?

Soalan 11 : Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai ?

Soalan 12 : Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

4 comments:

DEDIKASI UNTUK CHIK : GENIUS RIDER....

Dah hampir 8 tahun aku tak jumpa ko chik. Lepas-lepas habis buat degree, aku dengar ko terus sambung master… Sedang kawan-kawan yang lain dok ‘menggelitik’, nak merasa pegang duit sendiri la konon-kononnya, ko sibuk ngan pelajaran ko… itu yang bagusnya tentang ko ni…. Tapi aku tahu, ko memang bijak dari dulu.. Dulu masa kita sama-sama belajar kat polimas, ko pernah kata yang ko ni takderlah sebijak mana pun. Tapi lepas-lepas ko accident langgar tong sampah besi kat tepi jalan, gegaran pada otak ko tu berkemungkinan besar membuatkan ko menjadi bertambah bijak… he..he..

Aku ingat lagi ko ada cakap….“Aku dulu taklah pandai sangat…’sedang-sedang’ jer… Tapi, ada satu hari tu, aku accident…naik motor, nak mengelak trak askar.. tup, tup…aku ‘libas’ tong sampah besi kat tepi jalan… Tahun tu aku amik SPM kat hospital… Gigi depan aku hancur….lidah aku hampir putus !”…cerita chik serius… “weiii !...ko bior betul ?!!... respon aku antara percaya tak percaya… Masa tu dengan tak semena-mena chik memalingkan mukanya dan “waaahhh, !!!....weeekkk !!!”… sergah chik tetiba sambil menjulurkan lidahnya. Ya Allah, rasa cam tak percaya dengan apa yang kitaorang tengok.. “Eh, gigi ko chik..!???...ko pakai gigi palsu..???...

Sambung chik lagi…“Tahun tu aku amik SPM kat hospital. Masa doktor nak sambungkan lidah aku yang hampir putus ni dia ada cakap yang kemungkinan aku tak boleh bercakap…kalu boleh pun maybe lisan aku tak berapa jelas”…. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Doktor hanya boleh buat kesimpulan dengan merujuk kes-kes yang lepas dan untuk kes chik, keputusannya berbeza sama sekali… “Alhamdulillah, aku boleh bercakap…naik mual, sebabnya tiap-tiap hari aku kena meneguk air gamat…...korang pun tahukan bau air gamat tu macamana…. dan sakitnya, Tuhan ajer yang tahu”..…sambung chik lagi sambil ‘memegang’ gigi palsunya.

Buat pengetahuan you all bro, chik ni budak bijak… Lepas kuliah tak pernah aku nampak dia study ‘sesungguh’ kat rumah sewa sebabnya dia ni jenis bagi penumpuan kat dalam kelas… Dia ni jugak kaki motor a.k.a kaki rempit… Bila balik rumah sewa, kerjanya asyik mengacau ganggu kitaorang (yang tak berapa bijak) ni nak belajar.. Kalau bawak motor bukan main laju… Dari Suzuki RG bertukar pulak ke Yamaha RXZ…sat bukak enjin, sat pasang enjin…sat korek block dan cukup suka main ‘bakar-bakar’… Dulu masa kat Polimas, aku tak mampu nak beli motor sendiri bro so, aku tumpang chik untuk ke kuliah…. Tiap-tiap pagi perut chik yang boroi tulah yang aku peluk untuk ke kuliah… Dah namanya pun menumpang jadi aku tak boleh nak ‘banyak songel’… Once perut chik dah aku peluk, aku berserah pada takdir… Biasanya lepas keluar jer dari simpang taman perumahan kitaorang, chik akan mula dengan aksi ‘wheelie’… memang gila mamat sorang ni.. tapi aku tak boleh nak kata apa… aku ikut dan layan jer ‘rentak’ si mamat ni…

Tapi alhamdulillah, sepanjang 3 tahun aku dok berkawan ngan chik tak pernah terjadi perkara-perkara yang tak diingini… Cuma, pernah sekali tu chik cuba potong lori traler…. 'berangin jer kepala lutut aku' sebab berselisih beberapa cm jer dari ‘body’ lori dari arah bertentangan tu…bersungguh-sungguh driver lori tu bunyikan hon… Gila…memang gila !… masa tu tobat aku nak menumpang ko lagi chik.. biarlah, aku sanggup jalan kaki pi poli… takpun aku naik basikal…lagi selamat…

Apa-apa pun aku ucapkan selamat pada ko chik…sorryla sebab tak dapat nak hadirkan diri pada kenduri ‘masuk rumah baru’ ko hari tu…aku tersilap exit jalan… Akhir kata, good luck Bro !

p/s : dengar ceritanya ko dah beli motor besar sekarang ni....

4 comments:

AL-FATIHAH BUAT UMMI...

Jam 9.10 malam, tanggal 8hb Ogos 2009 (Sabtu) bersamaan 17 Sya’ban 1430 hijrah, insan yang baru 8 tahun ku panggil ummi pergi buat selama-lamanya… Setelah bertarung bertahun lamanya dengan pelbagai jenis penyakit akhirnya kami semua redha bahawa Allah lebih menyanyangi ummi… Pergi ummi dijemput Ilahi… perginya ummi tak akan kembali lagi…

Kepada isteri abang, Fauziah bt Hj Ismail…bersabarlah dengan ujian-Nya… Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Abang faham bagaimana perasaan Yah kehilangan ummi tersayang pada ketika ini.. tabahkan hati… Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ummi…

Selepas ini, semestinya kami semua akan merindui masakan ummi, kelembutan ummi dan ketenangan wajah ummi… Sesungguhnya, kehilangan ummi tiada pengganti….

Al-Fatihah buat ibu mertuaku… Hjh Zaleha bt Hj Lebai Kassim…. Moga Allah menghimpunkan ummi di kalangan orang-orang yang beriman, Amin…..

5 comments: