AKU MEMANG DAH AGAK DAH...

Sepanjang perjalanan ke klinik hati aku berdebor-debor... Berdebor-debor macamanalah agaknya hasil ujian darah semalam.... Tapi perasaan berdebor ni taklah sekuat perasaan masa majlis akad nikah aku 9 tahun dulu dan tak pulak sehebat perasaan masa menunggu giliran nak disunatkan tok mudim (? tahun) dulu (takleh lah cakap...malulah aku bro...he,he...).... Tak dapat nak digambarkan perasaan masa tu... mungkin peluang aku nak menjamah makanan seafood lepas ni 50-50... Risau kalau-kalau lepas ni aku tak berpeluang lagi nak menjamah makanan seafood yang sememangnya menjadi kegemaran aku... Satu persatu bayangan makanan seafood tu berlegar kat kepala aku macam slide yang ditayangkan di skrin putih masa pembentangan pelajar semester akhir... Ketam goreng sambal, sambal tumis lokan, kupang rebus, kerang bakar, sotong goreng tepung kat Kuala Perlis....auwwwww....semua tu favourite aku la bro...!

Sampai jer kat depan klinik aku bagi signal...berhenti tepi dan tak masuk tempat parkir pun.... Aku mintak orang rumah aku turun dan ambil keputusan ujian darah semalam bagi pihak aku... "Yah pegilah amik... abang tunggu kat dalam keta"... ayat suruhan seorang suami yang dalam keadaan suspen kepada isterinya... "Eleh, takutlah tu"... usik orang rumah aku, memang sajer nak bagi aku 'cuak'...

Lebih kurang 10 minit berdiskusi dan menunjukkan sikap ramah tamahnya dengan pekerja klinik, orang rumah aku keluar....berjalan terkedek-kedek sambil tersenyum dan menunjukkan tanda 'thumbs down' kepada aku... "Alhamdulillah, negatif"...! bisik hatiku keseronokan... "Negatif ye Yah"... "Negatif apa...positif la".... balas orang rumah aku sambil menghulurkan keputusan check-up kepada aku... "Positif ke ?".... balasku longlai....


Betul la tu bro.... tahap asid urik dalam darah aku seperti yang tercatat dalam result kat atas adalah 9.4 sedangkan kandungan normal bagi lelaki dewasa adalah di antara 3.5 - 7.2.... Maknanya apa bro ???...maknanya, kandungan asid urik aku lebih 2.2 dari tahap sempadan normal lelaki dewasa.... sedihlah camni bro... tapi nak buat camna kan....aku redha... Dok terbayang-bayang sotong dan ketam melambai-lambaikan 'tangannya' tanda ucapan selamat tinggal kepada aku... Ayuh Chi'in ! kuatkan semangat ! Selagi boleh berpantang, ko berpantanglah... Jangan 'pantang nampak' udah ler... Esok lusa kalau ko 'gigil' nak makan seafood, ko bedal jer... SENDIRI MAU INGAT LA BRO !!!

4 comments:

ISHHH, GAOUT KE ???...

Pagi ni rutin aku berbeza ngan hari-hari biasa…. Bukannya buang ‘tebiat’ tapi aku ‘terpaksa buat’ untuk dapatkan kepastian yang tersirat….. Pergi mana tu bro ? Sebenarnya aku ke klinik… pi ada tujuan…semuanya gara-gara nak tau samada aku ni berpontensi atau tidak untuk dapat penyakit gaout… Gaout !!!??? penyakit apa tu ?? quaker oat aku tau ler….??? Ahhh, malaslah aku nak layan korang ni bro…. bergurau tak kena tempat…. Diorang kata penyakit ni penyakit genetic….abah aku memang dah ada penyakit ni…adik aku yang bongsu lagilah… muda-muda dah kena penyakit ni…tu yang aku risau serisau-risaunya…bukannya apa bro, penyakit ni kalau dah mula kena, segala-galanya akan jadi payah… payah nak tekan pedal minyak kereta, apatah lagi nak start motor…payah nak berjalan, apatah lagi nak berlari… payah nak duduk apatah lagi nak bangun… sakitnya jangan ceritala… nyut-nyut berdenyut…kata adik aku macam ada paku payung terlekat kat telapak kaki korang…sakitnya, tuhan jer yang tahu…kalau dah terkena, alamatnya kena papah lah bawak pi klinik… Biasanya kalau pi klinik diorang bagi pil tahan sakit….. Suntikan, jalan terakhir kalau nak cepat lega dan memang gaout korang tu pada tahap ‘teruk’.

So, tujuan aku pi klinik just nak pastikan sama ada darah aku ni ada kandungan asid urik yang tinggi atau tidak… Kalau terlalu tinggi, confirm berpotensi untuk dapat gaout…tu yang kena jaga makan, tak boleh bedal makanan laut, makan makanan yang tinggi protein, tak boleh makan sayur bayam, tak boleh makan ikan cencaru, tak boleh makan segala macam mak nenek kekacang dan yang paling risau tak boleh terpijak atau tersepak benda-benda cam kaki kerusi, tunggul kayu, tv LCD, seterika, dan batu nesan ! Sakit woooooo !!! kalau tersepak gak, rasakanlah penangan sakit gaout ni…

Dulu aku rasa aku pernah kena penyakit ni…masa tu aku ingat yang aku kena kat sendi ibu jari kaki kiri… Tapi masa tu aku confused kaki aku sakit sebab gaout ke atau tersepak something… Malam tu aku teringat-ingat yang kaki aku ni ada tersepak kaki sofa..tapi antara sedar tak sedar…’mamun’ kot masa tu.. tup-tup esok pagi aku rasa sakit yang teramat sangat…sampai tahap kena solat duduk.. Berjalan pun terdengkut-dengkut… masa tu aku kena kat Johor. Abah aku kata melihatkan kepada symptom-symtom atau tanda-tanda yang ada pada aku, memang sah aku kena gaout… “Jangan la bah… bukan gaout kot ? Ni mesti tersepak kaki sofa ni…” kenyataan balas aku pada abah untuk mententeramkan hati… he, he…

Dipendekkan cerita, officially esok aku akan tahu keputusan ujian darah tadi…..aku akan tahu kandungan asid urik dalam darah aku… Esok juga aku akan tahu samada aku berpotensi atau tak untuk dapat penyakit ni… Buat masa ni aku membayangkan yang darah aku tadi sedang menempuh perjalanan yang sukar, dibawa ke makmal untuk diuji dan dikaji…ditonggang terbalikkan, dipusing pada kelajuan yang tinggi dan dicampur dengan segala bahan kimia dalam makmal tu… Sementara aku di sini menunggu, biarlah doctor buat kerjanya dengan tenang dan aman tanpa ada ganggungan……..

p/s : tak pasal-pasal tangan aku kena cucuk 2 kali !... mula-mula cucuk tangan kiri, tapi cari urat tak jumpa...then tukar tangan kanan baru jumpa... Sepanjang proses amik darah aku asyik tergelak jer...bukannya sakit tapi aku geli lah bro…he,he..

0 comments:

TERIMA KASIH BONDA...

Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu di luar sana yang tak jemu-jemu mengasuh, mendidik serta mendoakan anak-anak mereka dengan satu harapan…
"agar satu hari nanti, anak-anak yang mereka asuh dan didik dapat mendoakan kesejahteraan mereka samada di dunia atau akhirat"

Buat ibuku, SANIAH BT KARIS a.k.a mak yang yang lebih 30 tahun namanya ku panggil, ku ucap, ku sebut, terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan. Justeru, orang ada surat untuk mak…..

Kehadapan mak yang dikasihi…

Semoga mak berada dalam keadaan sihat dan sejahtera disamping abah tersayang. Orang tau, mak memang sayang sesangat ngan abah, camtu jugak ngan abah… Tak dapat orang bayangkan hidup abah tanpa mak…he..he… makan, minum, basuh baju, penyedian pakaian semua abah mengharap pada mak…ishhh, takleh berpisah walau sesaat… Buat pengetahuan mak, hari ni adalah Hari Ibu… Biasanya bila tiba hari seperti hari ini, mana-mana insan yang bergelar anak akan berlumba-lumba nak ucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ pada ibu, mak, mama, ummi masing-masing… Orang nak ucap gak pada mak tapi cukup ke sekadar ucapan jer…? Sebenarnya orang rasa ucapan tu terlalu murah kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan mak selama ni. Orang rasa malu sangat…tak tau apa bentuk ‘hadiah’ yang orang nak bagi pada mak. Kain baju kurung Jakel yang orang beli kat mak minggu lepas tu pun sebenarnya bukanlah hadiah sempena Hari Ibu…buat pengetahuan mak kain tu orang beli dengan harga RM 30.00 jer...tu pun yang lelong punya ! Kedai tu buat jualan murah…. diskaun sampai 98% !!! Katanya, Jualan Gila-Gila... Tapi orang masih tak rasa yang mak layak diberi hadiah semurah tu…. Habis tu apa hadiah yang patut orang beri pada mak ? Tah la…

Umur orang sekarang ni dah mencecah 33 tahun…bila umur orang makin meningkat ingatan dan perasaan kasih orang pada mak makin menebal…tak tahu kenapa… Kalau dulu, masa orang kecik, orang selalu patuh dan akur dengan nasihat mak… Bila dah masuk umur-umur remaja, kadang-kadang cakap mak pun orang lawan… Kononnya masa tu orang dah boleh fikir sendiri, dah boleh jugak buat keputusan sendiri… Selalu gak masa tu orang melawan cakap mak… Bila di fikir-fikirkan balik ada jugak rasa kesal dalam diri orang ni… Tapi tah la…mungkin masa tu jiwa remaja begitu menebal dalam diri…asyik nak memberontak jer kerjanya… Tapi bila orang mula duduk kat asrama, orang rasa kehilangan… Perasaan sayu, sedih tiba-tiba jer datang… Dalam kepala ni hah, macam ada gambaran dan tayangan demi tayangan setiap perbuatan orang pada mak dulu… Mungkin inilah yang dinamakan proses muhasabah diri…tanpa orang sedari, air mata bergenang…kesal, sayu, pilu, sayang dan kasih antara perasaan-perasaan yang timbul masa tu… Dan dari cetusan perasaan tulah orang tanamkan azam, orang taknak lagi melawan cakap mak…orang akan hormat mak sampai bila-bila selagi hayat orang dan hayat mak masa ada… Sekarang ni bila orang dah mula bekeluarga, dah mula jalani hidup tanpa mak, perasaan rindu kadang-kadang tu datang tiba-tiba… Kalau boleh tiap-tiap minggu orang nak balik Johor… Tahlah…tu yang macam orang kata tadi, makin umur orang meningkat, makin kuat ingatan orang pada mak…. Alhamdulillah, Allah kurniakan perasaan tu… Tiap-tiap hari teringatkan mak…

Bila orang kenang-kenang dan ingat-ingat balik, mak buat sesuatu dengan sebab… Mak rotan orang bersebab…mak marah orang bersebab…mak leter orang bersebab… Tapi masa tu orang tak nampak hikmah disebalik perbuatan mak… Bila mak rotan, marah dan leter orang anggap mak tak sayangkan orang… Sekarang orang mula sedar sebab dah 8 tahun orang jadi bapak pada 3 orang anak dan Insyaallah kalau ada rezeki akhir tahun ni dapatlah mak sorang lagi cucu... Betullah macam mak kata… “Esok, kalau kau jadi bapak, ko tahulah macamana !’…. antara kata-kata keramat mak yang terngiang-ngiang dan masih orang ingat sampai sekarang…

Alhamdulillah mak, berkat kesabaran mak, orang kini dah memiliki hampir segalanya… Isteri yang baik, anak-anak yang sihat dan cergas, rumah, rezeki yang murah dan yang paling penting ketenangan jiwa dan fikiran…. Orang tahu, tu semua berkat doa mak yang tak henti-henti mendoakan kesejahteraan orang sejak dari dulu lagi… Dan orang yakin, Allah telah makbulkan doa mak… Dan orang percaya sejak dari dulu lagi, hidup kita takkan tenteram dan bahagia selagi kita tak mendapat restu dari ibu bapa dan itu yang orang pegang sampai kini…

Buat pengetahuan mak, orang hanya mampu ‘mengungkit’ pengorbanan dan kasih sayang mak selama ni…dan sebenarnya itulah hadiah yang orang nak beri sempena Hari Ibu kali ni… Pada orang, setiap hari pun sebenarnya adalah hari ibu… Ibu perlu dirai, perlu dihormati setiap hari. Kasih mak pada orang dan kesemua adik beradik yang lain memang tak ternilai dengan harta dan wang ringgit…. doakan semoga mak dipanjangkan umur dalam keberkatan, dimurahkan rezeki dan diberi ketenangan jiwa selamanya… Terima kasih mak… Orang sayang mak…

Buat anak-anak di luar sana, sayangi ibu anda ketika ada hayatnya… Restu ibu bapa umpama tiket kebahagian bagi kelangsungan hidup seterusnya… Jangan sesekali meninggikan suara takut-takut menjerumus dan menghampiri taraf ‘anak derhaka’… Ingat ye…doakan mereka sentiasa kerana itu sahaja bekalan untuk mereka apabila sudah tiada….

0 comments:

KOLEKSI CERITA LAWAK LAMA UNTUK HILANGKAN STRESS...

Cerita-cerita lama untuk hilangkan stress...

CERITA 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


CERITA 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

Budak : derma ape bang?
Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

CERITA 3
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

CERITA 4
Sebaik sahaja
mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin. : Shan Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..

CERITA 5
Seorang atok
membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


CERITA 6
Seorang
posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

CERITA 7
Seorang
pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.

Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

0 comments: