SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT....

Dah hampir 2 minggu aku diam membisu… Jarang bergurau ngan anak-anak apatah lagi dengan orang rumah….he,he… Semuanya kerana ‘penyakit lama berdarah kembali’…. Anak-anak pulak asyik kena ‘sound’ jer….pantang buat silap…kenaaa….

Dan dah hampir 2 minggu jugak kelas yang aku kendalikan senyap seperti hari-hari biasa… Tapi alhamdulillah, ‘budak-budak’ semua faham… Aku diam bukan sebab aku marah… aku diam bukan sebab aku menyampah… aku diam bukan sebab aku merajuk cam sesetengah pensyarah tu….tapi aku diam sebab memang aku nak diam ! Takut-takut bila banyak bercakap nanti, buruk akibatnya….macam lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee….“Sedangkan lidah lagi tergigit….apa pula suami isteriiii”….

Kalau boleh aku tak mau tergigit lagi…cukuplah dengan apa yang aku rasa sekarang ni ha… Hari-hari penuh seksa… gigi terketap, muka berkerut dek menahan sakit dari dalam… Kadang-kadang tu macam kena kancing gigi….

Ingat lagi ayat doktor masa pi klinik Jumaat lepas :
So, en salihin…nanti ambil ubat kat depan tu ye… saya bagi 3 jenis ubat… Yang satu tu ubat kumur… Encik berkumur kerap pun takper… Yang kedua saya bagi ubat sapu…bila nak makan en. Salihin sapu kat tempat sakit tu ye….kesannya, tempat yang sakit tu akan kebas…bila dah kebas, en. Boleh makan apa yang en. nak makan… Dan ubat yang ketiga tu ubat tahan sakit… makan bagi meredakan sakit urat kat leher en. tu ye…

Tu diaaa… sampai 3 jenis ubat ! Memang bro, sakit kali ni memang ‘keterlampauan’… Selalunya bila aku kena, aku tak berapa nak ‘layan’ sangat sakit aku ni… bila makan pun aku hentam semacam jer…tapi kali ni aku tewas… Sebabnya…tempat yang ‘kena’ attack ni terlalu sempurna, strategik dan mengena terus ke reseptor rasa aku…. Sebab tu bro, bila korang ajak aku sarapan aku tolak…ajak makan tengahari pun aku tolak… Aku taknak korang ‘menitiskan air mata’ bila tengok betapa seksanya aku nak menyuap rezeki ke mulut… Aku tak perlukan simpati korang….bila dah lapor sesangat, tau ler aku cari makanan sendiri… janganlah korang tanya macaman cara aku makan…

Tapi aku bersyukur sebab Allah uji aku dengan ujian sebegini…sekurang-kurangnya bila aku diam dari berkata-kata aku ada masa untuk berfikir dan bermuhasabah diri… Kerap gak aku kena penyakit ni dan dah ada pun kawan-kawan yang dah mula faham…. “emmm, kena ulser la tu”…

Hikmahnya…. aku lebih menjadi seorang yang penyabar dulu, kini dan harap-harap selamanya…. Thank you Allah !

2 comments:

3 HINGGIT STENGAH JER ! BIOR BETUL BOSS ?!

“Boss, saya ‘angkat’ 2 pasang”… baru RM7.00 dan aku pikir pelaburan aku untuk sepasang kasut sekolah pada petang tu berbaloi-baloi ! Semalam, tak sampai 3 hari bersekolah, dan tak sempat dibasuh lagi pun kasut sekolah tu, tiba-tiba Anas mengadu yang kasut kesayangannya tu konyak ! “Koyak ??...” balas aku antara percaya tak percaya… “Ni hah…tuuu, nampak…” jawab anas sambil mencemikkan bibirnya ke arah kasut kesayangannya tu… Ku korek-korek ngan jari dan memang betul kasut tu dah menunjukkan tanda-tanda mereput dan nak berlubang…

Rasa bersalah lah pulak… aku balas semangat berkobar-kobar anak aku untuk ke sekolah ngan kasut bernilai cuma RM3.50 !... Ishh, ayah mintak maaf nas… Ayah bukannya kedekut, tapi ayah tak sangka yang nilai RM3.50 tu sebenarnya dah pun menggambarkan kualiti kasut tu… Lepas ni kita cari kasut yang elok sikit ye…

Cehhh…!!! Patutlah murah bebenor reganya bro… Cuma RM3.50 dan aku ‘mampu’ untuk memiliki sepasang kasut sekolah bersaiz 28 !

2 comments: