MYVI TERBANG !!!


Assalamu'alaikum… hari ni penduduk sekitar Port Dickson dikejutkan dengan satu berita di mana sebuah perodua myvi merempuh masuk ke dalam sebuah bank ! Aku dah pun tengok beberapa keping gambar yang disiarkan dalam beberapa surat khabar utama….antara percaya dengan tidak..sebabnya, camna myvi tu boleh ‘melompat’ melepasi beberapa tingkat bonggol sebelum merempuh bahagian cermin hadapan bank tersebut…? Memang aku perasan semua bonggol-bonggol tu, sebabnya bank tulah tempat aku ngan geng-geng yang lain berurusan bila mana perlu…tinggi tuuu…..Sekali fikir memang mustahil, tapi itulah yang terjadi… Alhamdulillah, menurut laporan, takder saper yang cedera…

Aku cuba bayangkan…kalaulah aku berada dalam bank tu masa kejadian.. Korang tahu apa yang aku fikir ? Cubaan merompak !!! Tapi setakat yang aku tahu, belum ada cubaan merompak menggunakan modus operandi camni ! yang guna bulldozer, bom dan forklift adala….he…he..

So, aku cuba buat andaian, apakah bentuk tindakan yang akan diambil oleh pihak bank… For sure, mereka akan cuba dapatkan gantirugi untuk cermin hadapan bank yang pecah berderai… Beribu jugak beb pasal cermin tu dari jenis yang agak tebal jugak walaupun ia bukan dari jenis kalis peluru… So, semuanya atas pertimbangan pihak bank….

Yang pasti korang kenalah berhati-hati….sebabnya, malapetaka boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa jer…

0 comments: