AKU TENGAH ANGAU.....

Ya Allah..kenapalah semenjak dua menjak ni hati aku tak tenteram..angau ke aku ni..? Nak kata angau, tak jugak… Makan, berpinggan-pinggan…Tidur, tak ler sampai berdengkur… Mandi, ‘baldi-baldi’…. Kalau semuanya ok, apa lagi yang tak kena ngan aku ni..? Aku ni, kalau dia tak melintas depan mata takper…tapi, kalau dah mula selisih, mak aiiii berdegup-degup jer jantung ni…. Cantik sungguh…. Awatlah kerap sangat melintas kat depan aku…. Pernah gak aku bersemuka ‘face to face’…bincang apa yang patut tapi ‘dia’…’diam seribu bahasa’… At least, kalau dia bersuara tu bolehlah aku tahu pendirian ‘di pihak sebelah sana’ tapi ni membisu macam mesin tebu rosak….

Ishhh, kacau sungguh jiwa aku la ni…

Buat kedua kalinya aku diuji…. Ada gak aku berkongsi cerita ngan kawan-kawan terdekat… kata orang kalu kita ada masalah, seeloknya berkongsilah masalah tu dengan orang yang kita percaya… Insyaallah, beban dek masalah tu boleh terlerai… Tapi bila aku berkongsi masalah, lain plak ceritanya… Ramai plak yang bagi galakkan atas tiket ‘kau dah berkemampuan’… Bukan masalah mampu tak mampu bro, tapi masalah nak membuat pilihan…. Memilih ‘sesuatu yang sebelum ni kita tak pernah kenal’ bukannya perkara senang… Takut-takut keputusan yang kita buat, membelakangkan kewarasan fikiran… Memang.... kita mudah tertarik pada kecantikan dan kesempurnaan…

Apa kata orang rumah..? Dia takder lah kata apa-apa pasal dia tak tahu menahu pun pasal hal ni…. Gila aper…! perkara kait mengait dengan soal perasaan dan hati nak berkongsi ngan orang rumah… Tapi pelan-pelan la bro…maybe bila aku rasa dah sampai masanya, aku akur….aku kena gak berterus terang yang aku teringin nak…….… Cuba korang bayangkan perasaan orang rumah aku masa tu…

Kalau nak diceritakan semula detik-detik pertemuan pertama, mau terlelap korang nanti tapi, takperlah…aku cerita gak… Pertama kali aku dipertemukan dengan ‘dia’ ni lebih kurang 5 tahun lepas masa Berkursus Dalam Cuti (KDC) di sebuah Maktab Perguruan di Utara Semenanjung… Biasalah, bila kerap sangat kawan-kawan dok menyebut-nyebut nama, timbul rasa minat nak tahu… siapa dia dan kenapa kawan-kawan aku tak sudah-sudah bercerita tak kira waktu makan, waktu nak tidur even waktu korang nak berak pun korang masih jugak nak bersembang pasal ‘dia’ ni…. Masa tu takder ler perasaan apa-apa sebab aku sedar status aku masa tu yang baru jer mula bekerja… sah jawatan pun idak lagi…. Dan akhirnya perasaan tu hilang cam tu jer… Tapi baru-baru ni, makin kerap pulak aku terserempak ngan dia dan aku tengok….dia masih macam dulu…cantik, asli, penuh kesempurnaan malah bertambah anggun lagi… Aduuuiii…kenapalah aku diuji sampai tahap macam ni sekali…. ‘dalam diam aku menyintaimu’….

Aku rasa dah tak tertanggung lagi bro… silap-silap dalam tempoh terdekat ni aku nekad buat keputusan… Biarlah orang lain ‘bercakap’…yang penting aku tahu tahap kemampuan aku… Tapi cukup ke dengan hanya berbekalkan RM 15,000 ?... Fikir punya fikir sampai aku tak larat nak berfikir….

So, kalau korang tanya… apa tindakan ko lepas ni..? Aku jawab “entah…berserah jer la…kalau ada, adalah…kalau takder nak buat camna”……

8 comments:

clairvoyant said...

ko citer pasal aper ni!
suspen lak rase...

welcome clairvoyant...! ishhh...angau..angau..angau....angau..angau....angau....

ko nak beli keta kat belakang pompuan tu kan....

Petai Muda said...

nak hilangkan meroyan ni senang saja bro, kao telan 5 biji cempedak.telan biji aja, isi bagi aku.

alladiin said...

bro..sabor.. jgn gelojoh.. kang takut tersilap buat keputusan. Cuba lu gi mana2 forum.. tengok apa org lain komen ttg "dia".

bro.. beli MPV la.. anak 3 dah x sesuai guna keta.. apatah lg ko melalui perjalanan jauh dr selatan ke utara.. peh!!!

bidara biru : cehh ! nyesal taruk gambo tu...tahu jer dia ni la..

petai muda : wa igt nak buat gak cam yg lu cdgkan tu..tp, wa tuggu musim cmpedak thn dpn lah...x sggup la bro..

alladiin : sbb wa sbor ler smpai skrg ni wa x order2.. klu lu ada info yg x baik psl 'dia' ni, pastla kat wa..

ahliacikgukhairul : mmg nak smbar satu ni... mnat saya dah bealih arah kat MPV lak la ni..

ieta said...

Rombongan dah dihantar, pinangan jek belum berjawab...sabar jerlak yek...