RAYUAN SEORANG PENDIDIK...

Diam tak diam, dah pun masuk hujung semester… Kalau nak dikira memang kelas tak tercover… Tapi takper, aku buat gak setakat yang terdaya… Minggu depan, pelajar-pelajar aku dah mula final exam.. so, aku ucapkan good luck dan semoga selamat semuanyer pada mereka…

Untuk student-student saya, bila tiba musim-musim exam ni, banyak perkara yang perlu kamu jaga… Jaga kesihatan, jaga emosi, jaga pemakanan, jaga pergaulan dan lain-lain benda yang sepatutnya kamu jaga… Bukannya apa, masa-masa exam beginilah part yang paling kritikal kalau nak dibandingkan dengan semua keadaan…
Masa ni merupakan penentu samada apa yang kamu belajar dalam kelas tu, melekat ke idak kat dalam fikiran korang semua… Ada yang dah buat persediaan dari awal-awal semester dulu…ada gak yang baru nak mula bukak buku…dok himpun dari awal sampai la ni, tu yang bengal satu kepala… Hati-hati, risau takut-takut ada wayar yang ‘terputus’....naya korang…

Masa-masa cam ni ramai gak yang amik kesempatan....kadang-kadang tu ada yang dok buat 'study group' (maksud saya bukan berempat-empatan atau berlima-limaan tapi berdua-duaan)…mula-mula discuss kat tembok luar rumah sewa…lepas tu masuk discuss kat kat posh kereta…akhirnya hilang tah ke mana..!!! Ke mana ye…? Saya ni bukannyer nak menuduh sesiapa…tapi saya bercakap ni sebab saya pernah lalui keadaan cam ni… Masa tu saya menyewa kat Taman _______ Selang dua buah rumah dari rumah saya, adalah geng-geng perempuan dalam 3, 4 orang yang duduk menyewa sekali... Yang sorang tu selalu amik kesempatan bila kawan-kawan yang lain balik kampung hujung minggu... Kamu tau tak, saya tak senang duduk…panas semacam, gelisah jangan cakap laa…akhirnya, saya berpakat ngan jiran dan jawatankuasa taman, kami buat intipan dan serbuan…penghabisannya, sesal dahulu pendapatan…sesal kemudian….? korang sambung la sendiri…

Tolongla…perlu ke saya merayu pada kamu semua…tiap kali masuk kelas, tak putus saya ingatkan diri saya dan diri kamu gak…saya tak mintak lebih dari tu…saya cuma nak kamu jaga diri, jaga peribadi, jaga kehormatan diri dan jaga nama baik mak bapak kat kampong nun…untuk kebaikan siapa..? untuk kebaikan diri kamu gak bukannya untuk sesiapa pun…berat sangat ke permintaan saya ni…?

Fikir-fikirkan la….

0 comments: