ALAHAI.....

2 minggu lepas, aku checked projek student untuk Modul P2110 Aplikasi Pangkalan Data... Nak buat kat office tak sempat so aku bawak balik untuk tanda kat rumah... Malam tu aku berjaga sampai 3 pagi sebab nak siapkan markah. Cam biasala, aku amik masa untuk baca catatan penghargaan @ sekapur sireh yang diorang tulis.. Terkekek besar aku bila jumpa satu catatan penghargaan yang agak mencuit hati ni... Aku salin balik catatan student ni buat tatapan korang...he...he...

PENGHARGAAN

"Dengan yang dihormatinya En Mohd Salihin, nama saya ______________ dengan no pendaftaran saya adalah ____________, saya hendaklah bercomment, apabila saya berkelas database en salihin, saya sangat bergembira, kerana en salihin adalah seorang lecturer yang baik dan bersporting, selain daripada itu, saya berasa kelas database en salihin tidak menyebabkan kita bosan. Dengan itu en salihin suka berkomunikasi dan bermain kelakar dengan kita semua pelajar. Selain itu kelas kita semua pelajar sangat suka en salihin dan berkelas en dengan moodnya bergembira".


p/s : nama student dan no. pendaftaran student ni terpaksa dihiddenkan atas sebab-sebab keselamatan.

2 comments:

ni nak kat student tak pandai tulis nak tunjuk puji-pujian student

Unknown said...

sama ja dengan lecturer..ada ka dihiddenkan???