KEMPAS....

Untuk pengetahuan korang, Kempas yang aku maksudkan ni adalah tempat di mana mak dan abah aku menetap sekarang… Kami sekeluarga mula tinggal kat situ around tahun 1985 lepas pindah dari Kg Melayu Pandan… Kempas dulu bukan cam Kempas sekarang… Masa mula-mula family aku menetap kat kawasan tu dulu, tempat tu banyak hutan dari jalan… Suasana pulak tu sunyi dan suram jer.. Masa tu seronok, kereta tak banyak…jalan satu lorong ada jalan denai pun ada… Masa tu jugak fikiran tak kusut and serabut…nak lintas jalan pun boleh lintas ngan tutup mata jer…just like that ! Tapi sekarang ni Kempas dah banyak berubah… Nak lintas jalan and nak masuk simpang pun sikit punya payah… Tak tau la aku, awatla banyak bebenor kereta lori yang nak ikut jalan tu…korang tak boleh ikut jalan lain ke..? Serabut betul..!!! Banyak-banyak jalan, jalan tu jugak korang nak ikut… Kalau macam ni, tambah sepuluh lorong pun tak boleh selesai masalah !

Tapi, tujuan aku bercerita kali ni bukannya nak berkongsi kemarahan aku kat korang semua dek masalah-masalah yang memeningkan kepala tu… Cuma, nak bagitau ‘keistimewaan’ Kempas dan nama-nama syarikat besar yang melabur di Kempas dan kawasan sekitarnya… Kat bawah ni aku senaraikan 'brand' terkenal yang ada di Kempasss...
EPSON
(takkan korang tak kenal kot ngan jenama ni…)

MALAYA GLASS
(segala macam botol kaca yang ada kat rumah korang tu, kilang nila yang buat)

SEAGATE
(salah satu jenama hard disk)

F&N
(takyah bagitau kott..)

PERMANIS
(minuman ringan cam pepsi)

PIONEER
(hifi, sistem audio dll)

KENWOOD
(hifi, sistem audio dll)

TWP
(buat kertas cam test pad, buku dan barang-barang berasas kertas)
dan akhir sekaliiii....

KILANG OTAK-OTAK KEMPAS
(best wooo...awas ngan otak-otak kempas tiruan sebab sekarang ni makin ramai pengusaha yang mengaku otak-otak yang diorang jual tu adalah otak-otak kempas !)

0 comments: