JOM, PI CANTING BATIK !

Akhirnyeee... nilah hasil kerja diorang !

Minggu lepas aku bawak anak-anak pi Balai Seni Negara, tak berapa jauh dari KLCC… Sebelum bertolak, orang rumah ada buat sikit preparation…cadangnya nak makan tengahari kat taman permainan KLCC… Korang pun tahu kan, kalau makan kat KL kena spend a lot memandangkan anak-anak aku sekarang ni tengah dok berselera makan… Nampak ketara betul kadar ‘keseleraan’ diorang.. penangan ubat cacing kot.. he…he.. bulan lepas memang kitaorang ada bagi ubat cacing…. Kata orang lepas-lepas makan ubat tu memang ada perubahan.. selera bertambah !

So, destinasi pertama, kami terus ke Taman Permainan KLCC… Terpancar keseronokan kat wajah anak-anak aku tu… taman yang begitu luas tersedia untuk diorang terokai….! “Sebelum main kena makan dulu ye... Budak-budak ni letak la apapun syarat, janji hajat diorang nak bermain tercapai…ok jer… So, sambil-sambil main, sesekala tu diorang berlari-lari dapatkan umi ngan ayah.. “isi minyak, isi minyak”… Tengahari tu banyak gak diorang makan….

“Dah, dah…! kita nak pegi tempat lain pulak…dah Mira, dah anas…adik jom”…! Cuaca tengahari tu cam nak hujan sesangat…aku langut kepala pandang ke atas… yelah, mendung betul… bila-bila masa jer boleh hujan…. “Dah…jom…nanti kita datang lagi…nak hujan ni…! Aku tengok amirah ngan anas tarik muka masam… adik aimi ok jer… “Kita pi tempat lain…tempat ni lagi beeeestt”… Sajer aku mengumpan..

So, destinasi seterusnya ke Balai Seni Negara, tercatok tak berapa jauh dari KLCC…. Aku main redah jer sebenarnye…dulu pernah pi sekali tapi ikut rombongan so, tak berapa cam sangat…. Redah punya redah, akhirnya sampai gak aku ke destinasi yang dituju… Mula-mula masuk nampak cam boring..yelah cam takder apa… Tapi tunggula, ada aktiviti yang menanti anak-anak ayah kat dalam tu !!!

Lepas-lepas keluar dari kereta, sempat gak aku menjeling kat anas ngan amirah… nampak kosong dan blur..jer…. aku tengok mata diorang dok melilau mencari-cari sesuatu yang ‘mungkin’ dapat menarik perhatian mereka… “Jom..kita main cat-cat..”.. “Cat apa yah..?..” tanya anas, nampak berminat… “Adalahhh…”… Sebenarnya aktiviti yang aku maksudkan tu ialah mewarna atau mencanting batik… memang kat situ ada disediakan aktiviti mencanting yang aku rasa very interesting gak pasal kat mana lagi yang boleh kita buat aktiviti cam tu…

Hari tu, kitaorang anak beranak enjoy sangat… seronok…! Nilah masanya bagi aimi zakiah nak test ‘motorik halusnya’…he…he…

0 comments: