TERNAKAN CICAK MULA MENDAPAT TEMPAT DI KALANGAN BAKAL USAHAWAN ?

Bro…. di kalangan kita ni rupa-rupanya ada yang terlibat dalam bidang ternakan cicak secara sambilan… Aku baru jer dapat tau, tu pun secara tak sengaja waktu menjawab satu panggilan telefon… Aku nampak ngan mata kepala sendiri bagaimana ‘rakan’ kita ni mengusahakan ternakan cicaknya secara diam-diam… Dari pemerhatian aku, perusahaan ni tak memerlukan modal dan ruang yang besar…. Setiap sekor cicak mampu menghasilkan telur antara 5 ke 6 biji bergantung kepada spesis cicak yang diternak… Daripada 6 biji telur berkemungkinan besar 5 biji akan mengeluarkan hasil dengan jayanya….

Permintaan terhadap cicak dan telur cicak meningkat sejak akhir-akhir ni dan dijangka akan terus mencapai paras ‘paranormal’ sebaik sahaja filem Cicakman 2 dilancar minggu ini… Secara teori ekonominya, apabila permintaan terhadap cicak meningkat maka jualan atau permintaan terhadap getah akan meningkat (barang berkait) dan ini akan merancakkan lagi ekonomi negara. Bagi sesiapa yang berminat menceburi bidang ternakan ini, rakan-rakan bolehlah menghubungi Usahawan Tani Berjaya bagi suku tahun ke 4 2008, Cik Nurfazilah tanpa segan silu… Untuk makluman juga, Cik Nurfazilah atau lebih kenali dengan panggilan ‘Faz’ di kalangan rakan sepejabat, telah pun berjaya dalam perniagaan kerepeknya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan rakan-rakan….

Telur cicak yang telah menetas... Kelihatan dalam gambar, sebiji telur yang masih dalam keadaan sempurna...


p/s : entry ini telahpun mendapat 'kebenaran' dari Cik Nurfazilah....minta mangap ye faz… gurau jer… he…he…he….

0 comments: