XTVT HUJUNG MINGGU....

Hari ni 13 Disember 2008…hari Sabtu yang tenang… lepas solat subuh, aku sambung tidur…biasanya kalau orang rumah ngan anak-anak ada, memang tak dapat aku nak sambung beradu…nilah satu-satunya peluang yang aku ada…bukannya selalu dapat peluang camni… bangun awal pun pun tak tau nak buat apa… sunyi beb….orang ‘bujang’ la katakan…

Hari tu memang aku tersangatlah malasnya… rasa cam ada magnet kat badan aku ni…malas bebenor nak bangun… maybe cuaca pun main peranan gak masa tu…sejuk, macam nak hujan…tu yang liat sangat nak bangun tu…biasa tak macam ni… Tapi tak boleh jadi bro…aku kena bangun gak…perut lapar betul ni… selalu time kerja lepas-lepas punch card, tak menyempat-nyempat si tanjeku, pucukpaku ngan platetepi ajak makan… kalau tak dapat makan ngan diorang pun aku joint wassup… tapi point kat sini nak bagitau, yang perut aku ni memang dah terbiasa ‘diisi’ awal… manja betul !

Hari ni sebenarnya banyak program… Sat lagi nak pergi ke majlis kenduri Kak Faridza…anaknya si Syazwani tu dulu student aku…dah nikah dah budak tu…bagusla.. Kendurinya buat di Seremban, so takderlah nak tergesa-gesa sangat… Jadi sementara menunggu pucukpaku (janji nak konvoi sama) aku pi pekena rojak kat Batu 4… Tah kenapa tiba-tiba ajer teringin nak makan rojak kat batu 4 tu..memang sedap rojak hj salleh tu…bila dah lama tak pekena, mulalah, ‘gigil’… Selesai makan, pucukpaku call aku…elok sangatla tu bro..aku tunggu ko kat traffic light kat ILMI…. Kita konvoi sama-sama ke seremban… Aku nak nuju sendiri pun tak tahu... Terlupa nak salin alamat and tengok pelan kat outlook… Anyway aku follow ko bro… Turut sama dalam konvoi tu, si platetepi yang dah ada kat Giant Senawang…

Lepas-lepas pi kenduri, kitaorang nuju ke rumah platetepi… Kebetulan platetepi pun berstatus ‘bujang’ la ni… Orang rumahnya bersalin and sekarang ni tengah berpantang kat Perak…sian…ingat bro, ko pun kena berpantang gak…paling kurang pun 100 hari…he…he.. Sebenarnya, platetepi dah sediakan xtvt yang agak menarik untuk aku ngan pucukpaku… Memang kitaorang terharu dengan pelawaan platetepi dan Insyaallah kitaorang takan menghampakan ko bro…. Kalau korang nak tau apa xtvtnyer, tengok foto-foto kat bawah yang sempat kitaorang captured masa tengah beraksi… Petang tu kitaorang cukup bersantai…yelah, bukan selalu dapat merasa saat-saat camni.. Thanks jugak kepada Maisarah (isteri kepada pucukpaku) yang begitu sporting ‘menemankan’ husbandnyer serta memberi ‘sokongan’ tak berbelah bahagi kepada husband tersayang… Dipendekkan cerita, perlawanan petang tu cukup sengit dan hangit…walaupun sesekali tu pucukpaku cuba gak bagi alasan….katanyer tak berapa nak concentrate dek gangguan syahmi (putera sulungnye tu la), tapi kitaorang tak berapa layan sangat pasal memang macam tula fi’il si pucukpaku ni… he…he…jangan marah ye pucukpaku….
Hah...nilah xtvt kitaorang...apa lagi...layan PS3 ler.... he...he...

Tak termasuk dalam gambar, wife si pucukpaku yang turut memberi sokongan padu pada suami tersayang...


Sian Syahmi... selalu jadi sasaran dan 'modal' pucukpaku bila tak berapa nak performmed pada hari tu...

0 comments: