WOI ! TAKDER POSTING BARU KE ?!.....

Ishh, lama rasanya aku tak menjengah kat ‘pentas bicara’ ni. Sampai kena ‘sound’ kengkawan, “ wei !, takdak posting baru ka…?”… Bukannya takder bahan yang nak ditulis, tapi masalahnya aku ni hah…dah masuk hari ke empat demam aku tak jugak kebah… Sampai satu tahap tu aku terpikir, “ishh, kena chikungunya (betul ke aku eja ni...?) ke aku ni ?.”.. tapi pi klinik hari tu doktor kata ok jer…BP pun ok. Cuma badan aku ni alami panas yang melampau…kiranya kalau kena kat mana-mana baby boleh sawan ler baby tu dek kerana kepanasan yang melampau ni… Lagi satu kepala aku ni…nyut-nyut berdenyut…sakit bebenor cam ada biji durian jer bila aku geleng-geleng @ gerak-gerakkan kepala aku ni hah…Ada gak member-member opis aku yang mengata aku sombong la, itulah, inilah. Aaaa, pedulik apa aku..yang sakit bukannya badan diorang...badan aku.

Sebenarnya, start aku kena demam ni waktu dalam perjalanan balik ke PD dari Perlis hari tu… Bertolak pun dah sayup (lewat) around kul 5 ptg. Ditambah pulak dengan keadaan jalan yang teramat sesak. Al-maklumlah, cuti Tahun Baru Cina.. Selebar-selebar jalan pun akan jadi sesak bila semua orang berebut-berebut nak balik ke wilayah asal sebabnya esok atau lusa dah start kerja. Tak terkecuali aku lah tu. Bila jalan dah sesak kenalah memandu secara berhati-hati dan berhemah. Sesak gak nafas aku sebab terpaksa memandu tak lebih dari 80 km/j…Gear pulak gear manual. Rasa macam waktu jugak aku nak pi bengkel kasi tukar sama gear auto.. Dalam pada hati-hati pun aku nyaris gak nak accident masa kat taiping… Tah apa-apa tah ada satu kereta ni teragak-teragak nak memotong. Dah masuk lorong kanan tiba-tiba brek mengejut dan masuk balik ke lorong kiri ! Apa lagi terkejut and terkejang otot aku dek nak mengelak dari merempuh bahagian belakang kereta tu. Apa lagi, aku sentap stereng dan brek mengejut sampai tiga-tiga anak aku melambung ke depan. Apalah mamat ni, ngantuk ke ?! Tapi, Alhamdulillah, syukur…semuanya selamat. Dan perjalanan kami hari tu telah di’meriah’kan lagi dengan beberapa siri kemalangan. Seingat aku tak lebih 3 kemalangan yang kesemuanya melibatkan jumlah kenderaan yang banyak… Ada tu sampai 4 biji kereta tertonjol sesame sendiri. Paling banyak 5 biji aku ingat. Tu mesti jenis yang follow rapat …

Dipendekkan cerita, sampai jer kat rumah aku terus capai selimut. Gigi aku ni dari Dengkil lagi dah terketap-ketap… Tak pernah aku jadi camni. Malam tu orang rumah aku terpaksa punggah barang sorang-sorang sebabnya aku betul-betul tak larat. Esok kalau larat aku pi kerja, kalau tak aku ambik M.C jer..

0 comments: