MENYANTAP PULUT...

Alhamdulillah, rezeki dari Allah datang mencurah-curah hari ni.. Serentak dengan turunnye hujan, tak lama lepas tu terdengar ‘pengumuman’ dari rakan sepejabat (Kak Sofi)… “Kawan-kawan…! Pagi ni kalau boleh takyah sarapan kat luar yeeeee… ada orang sponsor sarapan hari ni”… Nyaris betul aku ngan rakan-rakan lelaki yang tinggal beberapa ‘ketul’ tu keluar untuk bersarapan kat luar.. Nasib baik Kak Sofi announced cepat beberapa saat jer pasal kitaorang memang dah nak keluar sangat dah…pantang ader masa terluang, kalau masing-masing takder kelas waktu pagi, alamat jangan dicari ler kitaorang. Kami keluar pi cari rezeki ler tu…he..he…

Dipendekkan cerita, makanan yang kitaorang tunggu dari saat pengumuman dibuat tadi pun tiba… Perghh, pulut kuning ! Kuih muih pun ada… Lagi sekali buat kali kedua, Kak Sofi telah ‘mempergunakan’ kemerduan suaranya untuk menjemput rakan-rakan menyantap hidangan yang telah tersedia.. “Kawan-kawan…jemput ke pantry yeeeee…layan diriii” … “Apa lagi geng, serbuuuu…” Untuk pengetahuan korang semua, kat pejabat aku ni, kalau buat apa-apa function yang melibatkan makan-makan ni, kaum Adam akan ‘didahulukan’… Al-maklumlah, spesis diancam kepupusan… Istilah ‘ladies first’ memang tak pernah dengar dan tak pernah diamal pun.. Tu yang bagusnya tentang rakan-rakan pompuan sepejabat aku ni…respect kat diorang semua…

Dah jadi kebiasaan dan amalan, lepas makan kenalah ucap terima kasih pada ‘kawan’ yang dah menjamu tadi.. Tapi timbul pulak persoalan, kat siapa aku nak sampaikan ucapan terima kasih tu…? “Kak Sofi ke yang taja sarapan kami pagi ni..?” … Jawab Kak Sofi….“ Eh, bukan…adalah hamba Allah ni. Takper, ucapan terima kasih awak tu nanti saya sampaikan ye”… Lepas-lepas Kak Sofi cakap macam tu, aku pun malaslah nak korek dan bertanya siapalah ‘insan’ @ ‘insan-insan’ yang pemurah tu… Mungkin dah niat ‘mereka’ nak bersedekah… Takperlah… mudah-mudahan Allah murahkan rezeki pada ‘insan-insan tersebut’… Amin.

So, lepas sarapan aku teruskan ngan kerja-kerja aku… Kebetulan aku memang takder kelas pagi ni.. Sambil-sambil buat kerja aku menguap, sambil-sambil menguap aku buat kerja.. Cehhh, kalau dibiarkan ni, mahu ‘terkehel’ rahang aku dek nguapan yang tak henti-henti ni… Orang kampung lepas belasah pulut waktu pagi, diorang akan turun ke sawah @ buat kerja-kerja berat yang boleh mengeluarkan peluh, tapi aku….

0 comments: