AKIBAT LUPA DIRI, WA KENA LAGI BEB !!!

Assalamualaikum bro !

Entry kali ni ada kait mengait dengan entry wa sudah kena beb !!! hu,hu...

Rupa-rupanya wa ni memang jenis tak serik bro ! Insaf sat jer lepas tu buat balik 'benda-benda' tak elok tu... nak buat camna bro, dah inilah perangai wa...dah sebati tu brooo...wa rasa payah sangat nak ubah memandangkan dah bertahun-tahun wa buat perangai ni...

Biasalah bro, wa akan buat perangai bila wa rasa line begitu clear...kalau wa tahu ada 'orang yang skodeng' wa, siang-siang lagi wa tak buat perangai macam ni bro... tapi, sebab wa rasa 'line clear' lah wa nekad, apalah salahnya sesekala wa jadi 'nakal'...he,he...

Tapi bro, 'langit tak selalunya cerah'... agakkan wa silap waktu tu... Wa terkantul untuk kali yang ke 10 !.... wa kena lagi beb !!! Tah kat mana diorang ni skodeng wa, wa pun tak tahu ! Sehinggalah tengahari semalam, wa terima satu sampul dari posmen... Bila wa bukak, wa pasrah bro... kali ni wa mengalah...macam yang wa cakap sebelum ni, "wa kena lagi beb !"...... Kali ni salah laku wa dicatat, diperinci... masa, tempat, dan yang membuatkan wa tersentak gambar salah laku wa turut diabadikan sebagai bukti !

Wa nak kata apa lagi bro ?... yang pastinya, ini kali kedua wa insaf seketika... Tapi wa percaya, wa akan terus-terusan lakukan dan ulangi kesilapan yang sama, sebabnya..... 'manusia kan mudah lupa'.... hu,hu....

SURAT SALAH LAKU a.k.a NOTIS SAMAN YANG WA TERIMA TENGAHARI KELMARIN...
KESALAHAN : PANDU LAJU DI KM 20.8 JALAN KANGAR - PADANG BESAR


BUKTI KUKUH....
YANG PALING WA TAK TAHAN SIAP CAPTURED 'PUNGGUNG' EXO WA TU...

13 comments:

AKHIRNYA... MALAM YANG DITUNGGU-TUNGGU PUN TIBA....

Assalamualaikum bro....

Lanjutan dari posting tak sabar nak tunggu malam ni ! aku janji nak buat posting susulan kan ? He,he...sorry ler dah terbabas 3 hari ! Tapi janji tetap janji bro... so, aku teringin sangat nak berkongsi keseronokkan anak-anak aku ngan korang semua...

Sebenarnya bro, malam tu aku pi Glory Beach Resort kat PD... Nak inform kat korang yang aku sebenarnya bawak anak-anak pi lepaskan anak-anak penyu kat pantai resort tu... Yup ! aku baru tahu yang resort tu ada pusat penetasan dan penjagaan anak-anak penyu ! Sebelum ni kalau nak tengok penyu bertelur ke, nak lepaskan anak-anak penyu ke laut korang kena pi nun hah ke Terengganu... tapi rupa-rupanya kat PD pun ada bro... sampai hati ko tak bagitau aku... hu,hu...

So, korang layanlah gambar-gambar yang sempat aku snap malam tu... Kalau tak nampak korang buat-buatlah nampak ye.. al-maklumlah, guna camera phone jer...so, lighting tak berapa nak cukup... he,he...



KAJIAN PEMAKANAN DAN TUMBESARAN ANAK PENYU

AKTIF SUNGGUH ANAK-ANAK PENYU NI BERENANG !

ANAK-ANAK PENYU BERMACAM SAIZ...

KAT LOBBY HOTEL..SEMENTARA MENUNGGU SAAT 'DILEPASKAN'...

EN. 'TAK TAHU NAMA' TENGAH BAGI TAKLIMAT...

NUR AISYAH BERGAMBAR NGAN PENYU KIUT MIUT NI...

SAAT SBLM DILEPASKAN...SEMPAT LAGI 'BERGURAU'... SAYANGLAH PULAK SEBAB COMEL SANGAT !

NAK TAK NAK KENA GAK LEPASKAN... HU,HU... SEDIH....

ANAK PENYU YANG SEKOR NI ASYIK BERPATAH BALIK... RASA KESIAN PUN ADA MASA NI...

LEPAS CUBA BERKALI-KALI, AKHIRNYA ANAK PENYU NI MULA MENUJU KE LAUT....

AKHIRNYA, KELIMA-LIMA ANAK PENYU HILANG DALAM KEGELAPAN MALAM....


Kalau anak-anak penyu tu panjang umur dan bernasib baik, dia akan lepas bebas di lautan... Tapi sebelum tiba ke lautan luas, anak-anak penyu ni terpaksa berdepan dengan cabaran dan halangan antaranya cahaya lampu yang banyak terdapat di Stesyen Janakuasa Tuanku Jaafar... Biasanya, penyu akan tertarik kepada cahaya... Dan ancaman-ancaman lain macam tersangkut kat pukat, kena kipas enjin bot dan dimakan ikan-ikan besar...

So, sebaik sahaja dilepaskan aku mintak anak-anak berdoa.... "Kita doakan anak-anak penyu ni selamat dan dapat hidup untuk tempoh 100 tahun akan datang".....

6 comments:

THANKS GOOGLE MAP !

Assalamualaikum bro….

Alhamdulillah, banyak gak kerja yang dapat aku siapkan pada hari Jumat yang mulia ni… so, tengok jam kat tangan… “huh, 15 minit lagi sebelum punch out”….. Sempat lagi ni kalau aku buat 1 lagi posting merapu… hu,hu…

“Macamana kalau aku cuba google taman tempat aku tinggal sekarang guna Google Map….ada ke ? Taman aku tu dah lah ‘ciput’, tak popular pulak tu….huh !”…. Hari tu, punyalah kurang asam, member-member dok gelak pasal taman aku tak ‘detect’ dalam GPS diorang… malulah bro… ahh, try jer bro…sajer seronok-seronok !

So, aku pun cuba google guna keyword ‘TAMAN SELAYANG, PORT DICKSON’, dan hasilnya wow, adalah bro !!! Taklah teruk dan ceruk sangat taman aku ni... he,he…bangga, bangga… So, untuk memperlihatkan kebanggaan aku terhadap taman aku ni, aku upload foto-foto untuk tatapan aku sendiri…hu,hu…


6 comments:

TAK SABAR NAK TUNGGU MALAM NI !....


Assalamualaikum bro….

Malam ni aku ada agenda menarik…. Mungkin peluang sekali seumur hidup…Dari minggu lepas orang rumah dan anak-anak dah ‘booking’ untuk xtvt malam ni…. Puas memujuk, puas merayu dan puas berbincang akhirnya aku setuju…. ok…..boleh lah”… jawab aku ringkas…..

So, lepas waktu kerja kami akan check-in kat satu resort di Port Dickson. Tak sabar rasanya nak tunggu xtvt malam ni yang ‘special’ kat resort tu… Anak-anak ngan orang rumah begitu excited sama gak ngan aku… Takperlah, ayah keluarkan modal sikit untuk anak-anak ayah… maybe ni juga boleh dikira rewards kepada anak-anak ayah yang baru dapat keputusan peperiksaan siang tadi… “Hah, puas hati tak ngan result masing-masing ?.... tulah hasilnya… Final exam nanti ayah nak korang buat lagi baik”…..

So, untuk korang bro yang nak tahu apa agaknya xtvt aku malam ni, tunggu my next posting esok… Insyaallah aku akan update…. Adiossssss !

2 comments:

Myvi 2011.... LAGI BEST KE ???

Assalamualaikum bro….


Hari ni aku ‘berminat’ nak buat satu posting pasal Myvi 2011…. Kalau ikutkan hati malas aku nak komen pasal produk perodua ni tapi yelah, ‘Myvi 2011’ antara pencarian tertinggi di google seminggu dua ni… yelah kan, produk tengah panas…semua orang nak tahu pasal transformasi myvi ni… Beza sangat ke dengan model terdahulu yang kalau tak silap aku ada lah dalam 2 kali perodua buat siri up-grading dan re-tourchup… Biasalah bro kalau ikutkan perubahan-perubahan yang dulu, kita dah boleh jangka, diorang akan ‘salin’ bumber jer… Dari segi performance enjin dan interior, sama jer… Maybe adalah penambahan dari segi variasi warna…

So, untuk Myvi 2011 ni Perodua lakukan perubahan besar-besaran… dengan Tagnya "LAGI BEST !", perubahan dilakukan secara drastik in terms of exterior and interior design sehinggalah ke bahagian dashboard.... So, aku tak bercadang nak membebel panjang sebab aku bukannya salesman perodua… hampeh ! tak dapat apa-apa pun kalau aku bagi statement lebih-lebih pasal Perodua Myvi baru ni… tapi kalau suruh promote produk-prok proton aku sanggup bro sebabnya aku LEBIH BANGGA DENGAN PROTON BERBANDING PERODUA….hu, hu… tak payah tanya sebab apa… ‘lu pikirlah sendiri’ !!! So, layan gambar-gambar Perodua Myvi Baru ni… Adiosssss !


2 comments:

APPLE iPad2.... GILA BETUL LAH GADGET NI... LELEH SEIIII...

Bro, hang tengok awek tu... perghhh, anggun sungguh.. ! Ada style kan ? Mewah betul... "Mana dia dapat duit hek ?... banyak betul duit dia bro... Ah, yang kaya tu mak bapak dia... dia belum tentu kaya... aku rasa awek ni study lagi ni... hu,hu... hang tengok, tadi Blackberry... la ni pulak, tu hah... atas meja tu apa ??? iPad2 tu bro !!! Teruja aku.... kaya, kayaaa...

Gila lah sekarang ni bro... Mana-mana aku pi, depa dok usung gadget berteknologi canggih yang semakin menjadi fenomena dan trend masa kini... Aku yang tengok ni pun tangkap leleh bro... Tapi aku sedarlah saper diri aku ni hah...iskhh...

Mana diorang dapat duit sebanyak tu..? Muda-muda lagi aku tengok dah mamp
u pakai gadget-gadget tu semua... Agaknya diorang tu semua masuk peraduan kot ? La ni kan banyak peraduan yang offer iPad2 sebagai hadiah... tengah panas dan jadi trend sekarang ni bro... Apa-apa peraduan pun mesti nak bagi Ipad2 sebagai hadiah... Hang nampak 'penangan iPad2' la ni ???


Hmmm, tah bila aku dapat merasa pakai iPad ni.... Kalau ikutkan hati esok gak aku pi beli gadget ni tapi... "Ye yang ! apa ? susu ngan pampers anak ? ok, ok... abang pegi beli sekarang ye yang"... hu,hu..

So, malas nak sembang panjang ni ada sedikit info untuk korang yang berminat nak menjadikan Ipad2 ni 'teman hidup' korang... intai-intai la ye...


Spesifikasi iPad 2
  • Processor: Apple-A5 dual core processor (2 times faster than iPad’s processor).
  • GPU: Imagination’s SGX543 dual core graphics technology.
  • Storage: 16GB, 32GB, 64GB.
  • Resolution: 1,024×768.
  • Clock: 1,066 MHz.
  • Chip: GSM iPad: Infineon chip, CDMA iPad: Qualcomm chip.
  • Camera: Front facing video camera.
  • Gyroscope.
  • HDMI Support (provides output up to output 1080p).
  • 33% thinner.
  • Mirrored video output.
  • 1.3 Pounds.
  • Comes in two colors (black and white).
  • Wi-Fi version costs $499 and Wi-Fi+3G costs $629 for 16 GB model.
  • Flap covering front side of the iPad 2.
  • Height: 9.50 inches (241.2 mm).
  • Width: 7.31 inches (185.7 mm).
  • Depth: 0.34 inch (8.8 mm).
  • Weight: 1.33 pounds (601 g).
  • Battery Life: 10 hours.
  • Platform: IOS 4.3.

0 comments:

JUVANA.... ADA HARAPAN PERBAIKI KESILAPAN...


Sejak drama JUVANA ni main kat TV3, minat aku nak layan drama kat tv datang balik… Sebelum ni…hampeh !... Malaslah bro nak layan drama cintan cintun yang jalan citernya meleret-leret dan hampir sama jer… letih dan asma dibuatnya ! Drama lain plak asyik-asyik berkisar tentang perebutan harta, dendam hasad dengki, hantu terbang, hantu melayang, hantu mengesot dan tah apa2 tah lagi laaa… lebih baik aku layan drama Rashid Sibir kat channel oasis…biarlah diulang berkali-kali pun janji ada mesej dan pengajaran yang nak disampaikan…

Masa mula-mula tengok trailer drama ni pun aku dah mula ‘jatuh cinta’… berdetik dalam hati… “menarik ni… kisah budak jahat….wa mesti tengok”…. So, start from the 1st episode until now, aku tak pernah 'kecundang' menonton live kecuali episode ke 8, aku terlepas sebab....eh, sebab apa aku terlepas hek ??… tp takper, aku cover balik menonton kat www.tonton.com.my…. Jalan cerita yang penuh kelainan, sudut kamera yang menarik dan skrip-skrip ringkas tapi penuh pengajaran tersirat membuatkan aku mula jatuh cinta semula pada drama Melayu…

Aksi dalam cerita ni memanglah ada aksi ganas dan kejam… for sure tak sesuai untuk tontonan budak-budak bawah umur… tapi bagi aku dan keluarga, setiap hari isnin kitaorang anak beranak akan duduk depan tv dan menonton sampai habis… Pada aku, inilah peluang untuk aku terangkan pada anak-anak apa yang baik dan apa yang tidak baiknya tingkah laku bebudak dalam scene Juvana tu.... Insyaallah, proses pembelajaran dan perhitungan akan berlaku sebab ada ada 'pihak yang mengulas' dan 'ada visual yang dipapar'... lebih mudah umpama korang buat pembentangan dengan alat bantu mengajar… ada member takut nak bukak cerita ni untuk tontonan anak-anak… tapi percayalah, cerita ni ok bro…

Kadang-kadang bila tengok balik cerita-cerita macam ni teringat masa zaman budak-budak dulu… Walaupun takderlah sejahat tu tapi ‘sekelumit’ sifat nakal mesti ada kan…? Wa pun dulu camtu gak… bergaduh masa sekolah rendah dulu adalah bro…he,he…bila naik sekolah menengah wa lebih suka ‘lompat pagar asrama’ dari bergaduh… Lompat pagar ada gak manfaat sebab boleh beli mee rebus kampong sebelah…perut kenyang, hati pun senang !….. ahaakkksss !

So, bila wa tengok sampai episode ke 8 ni wa rasa enjoy… dan seperti biasa, malam ni wa sekuarga akan layan episode ke 9… dan ingatlah ye…

“kadang-kadang dalam menjalani hidup,ada antara kita yang silap memilih jalan… dan percayalah masih ada harapan, ruang dan peluang untuk memperbaiki kesilapan tersebut….that is not the end of your life”…….

0 comments:

HALAMAN SEKANGKANG KERA...

Pagi ni aku betul-betul bersemangat… Lepas jer solat subuh aku dah tak buat ‘pendaratan kecemasan’ atas katil… semuanya berpunca dr perasaan dan semangat yang berkobar-kobar. Dari semalam aku dok jeling dan kerling… geram semacam dan dalam hati ada berdetik, ‘nantilah… siap ko esok aku kerjakan !’… Mata aku dah tak tertahan lagi….tiap-tiap kali balik dari kerja aku dah tak larat bro… kalau aku larat, huh, dah lama aku kasi kerat….dah lama gak aku gunting-gunting sampai ‘lunyai’… serabut arrr !!!

So, sebaik sahaja mentari memancarkan cahayanya, aku bergerak ke depan membawa gunting tanda serangan awal akan diteruskan… Belum sempat aku menyusup keluar secara senyap-senyap tiba-tiba aku disapa oleh suatu suara kecik… Aku kenal betul suara tu… “Ayah nak pegi mana yah ???”… si aimi zakiah mula bertanya dan menunjukkan minat nak joint sekali… “Awatnye..? nak ikut ke ?...jom arr kalau berani… amik gunting !....jom ikut ayah pegi depan !”… Berbekalkan gunting dan bangku aku terus ke medan, tempat bermulanya kerja-kerja cantas mencantas...

So, diringkaskan cerita, pagi tu aku puas…tercapai gak hajat hati nak mencantas rumput di halaman sekangkang kera aku tu… lepas trim nampok ler elok sikit bro… sedap mata memandang ! Kalau dibiarkan lagi sebulan mau ‘tembel’ mata aku bro !!! he,he… Ok, adiosss !


Laman walaupun sekangkang kera, kalau dijaga, elok di mata dan boleh mententeramkan jiwa...


Biaser ler... bila buat kerja-kerja 'amal' ni mesti ada yang 'mengulor'... (sindir si budak baju biru tu...)


Bila dah siap, jangan lupa sapu... bagi bersih rumput-rumput yang dah dicantas tadi...

2 comments: