YANG KE - 100 !!!

Al-kisah, pada hari tersebut aku tertunggu-tunggu kehadiran insan yang bakal menjadi pengikutku yang ke 100. Entah mengapa ku rasa masa seakan terhenti, terlalu lama dan statik pada angka 99 dan mungkin tiada harapan untuk insan tersebut menjelma... Dari saat bertukar ke minit disusuli jam dan begitulah seterusnya kiraan dan putaran masa yang tidak mungkin terhenti walau sesaat... Bagi new blogger macam aku ni, pertambahan jumlah follower buat aku begitu teruja...

Akhirnya insan yang ku nanti-nantikan tiba dan untuk sesekian kalinya, suka ku khabarkan kepada seantero dunia, insan ini adalah pengikut villakesyukuran yang ke 100 jua !!!

Terima kasih kepada 'yatie awang' yang cukup sinonim dan mesra membahasakan dirinya 'kakak'... Kunjungan akak ke teratak yang tidak seberapa ini mudah-mudahan akan terus memberi semangat untuk saya 'berkarya' semampu yang ada...



Kepada 'kak yatie awang', terima kasih sebab sudi menjadi pengikut villakesyukuran yang ke 100 ! dan sebagai tanda penghargaan saya menyeru kepada rakan-rakan blogger yang lain, sudi-sudikanlah untuk menjenguk dan berkunjung ke :


bagi membina jaringan silaturrahim antara kita... Terima kasih juga kepada pengikut-pengikut yang lain... walaupun anda bukan yang ke 100, tapi peranan anda menjadi 'tuju-tuju ke angka keramat' ini amat-amatlah saya hargai !

1 comments:

yatie Awang said...

sama2...InsyaAllah...kakak sentiasa sokong adik2 kakak semua...