MARHABAN YA RAMADHAN !

Pagi ni aku rasa lain sesangat… Lepas punch, terus ke kelas untuk satu jam… Sambil berjalan menuju ke kelas mata aku melilau melihat sekeliling…awat yang sayu sangat aku rasa pagi ni hah ?… cuaca pagi ni pulak segar tak macam selalu tu, berjerebu, hangit, masam dan kelabu asap…

Alhamdulillah, Allah masih beri aku peluang untuk berjumpa dengan bulan yang penuh barakah, Bulan Ramadhan… Esok kita mula berpuasa… Menunaikan rukun Islam yang ke 3.

Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Maknanya, malam ini kita akan mula bersolat tarawih… Dan kalau dipanjangkan umur, Insyaallah awal pagi esok kita akan mula bangun bersahur…. Untuk anak-anak ayah, Amirah, Muhammad Anas dan Aimi Zakiah, bila tiba bulan mulia Ramadhan, kita kena sambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran… Jangan sedih-sedih tau. Tahun ni kalau boleh ayah nak Amirah dan Muhammad Anas cuba berpuasa penuh… Untuk Aimi Zakiah pulak tahun ni merupakan tahun pertama aimi berpuasa… Tahun lepas bolehlah aimi ‘bersenang-lenang’ tapi tidak untuk tahun ni… ayah nak aimi cuba berpuasa, temankan kakak dan abang, merasa bangun sahur bersama. Rasa-rasa, boleh ke ?

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasaUmat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :
1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
2) Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jumaat.

So, untuk rakan-rakan semua, minta maaflah ye kalau ada sebarang salah dan silap samada yang disengajakan mahupun tidak disengajakan. Moga kita dapat menjalani ibadat puasa dengan khusyuk dan penuh keinsafan….

0 comments: