WAAAA…SELIPAR ANA HILANG !!!….

Cehhh, malam tadi hilang lagi selipar aku… Baru 2 hari lepas selipar asadi aku ‘dicilok’ masa tengah mengerjakan solat tarawih… hari ni ‘diorang’ cilok selipar Aladdin aku pulak… betul la budak-budak ni.. Mengikut sumber yang aku terima, kerja ni dilakukan oleh sekumpulan budak-budak dalam lingkungan umur 13 tahun… Sedih aku…kalau ye pun nak sangat selipar aku tu, mintak la…aku boleh bagi aper…ni tak, pi cilok-cilok pulak… Tapi camna pun, aku halalkan dunia akhirat… Kalau ‘ketidakmampuan’ la yang mendorong budak-budak ni mengambil jalan berani ni, aku redha…mungkin itu rezeki mereka… Tapi kalau setakat nak berseronok-seronok (kononnyer nak test power la, nak tunjuk jantan la) aku tak dapat terima… Lain kali kalau korang tertangkap, aku tas-tas kepala korang…

0 comments: