TERIMA KASIH AYAH….

“ Jom kita pi cari kasut raya ! “… Ayat yang cukup dinanti-nantikan oleh anak-anak aku… Bagi mereka perkataan ‘raya’ melambangkan keseronokan. Apa yang mereka fikirkan adalah keseronokan balik ke kampong berjumpa sepupu sepapat dan keseronokan membeli baju dan kasut baru. Puasanya tah ke mana… Setakat ni, amirah dah berjaya puasa selama 8 hari…sesuatu yang boleh ayah dan ummi banggakan.. Mana taknye…memandangkan umur baru mencecah 6 tahun, amirah dah kenal erti penat dan apa yang dimaksudkan dengan berpuasa. Alhamdulillah, ayah bangga ngan amirah… Kadang-kadang tu, amirah hampir-hampir dapat menyempurnakan puasanya tapi bila aku tengok dia cam tak larat, dok baring terkelepet, aku izinkannya untuk berbuka walaupun jam di dinding dah menunjukkan pukul 6.30. Tak apalah… Pernah satu hari tu, amirah telah ‘membatalkan’ puasanya walaupun waktu berbuka tinggal lagi 3 minit jer lagi !... Tergamam aku dibuatnya….nak tergelak pun ada… Yang pastinya amirah menangis sebab takut aku marah… amirah, amirah…

So, hari ni seperti yang dijanjikan, ayah akan belikan kasut raya sorang satu… Syukurla pada usia begini, diorang tak pandai lagi nak meminta-minta… Apa yang kami beli, mereka terima dengan gembira… Cuma amirah, dah pandai memilih.. Kasut yang dipilihnya pun ala-ala kasut cinderella…warna mesti pink..! Anas pulak bukan kasut yang dipilihnyer tapi selipar ala-ala capal gitu. ..lantak la anas, janji anas suka.. Bagus jugak anas pilih selipar…takder la payah nak menyarung time beraya nanti…. Malam tu, mcm budak-budak normal yang lain, diorang ni semua tak sudah-sudah ‘menerai’ pakai kasut masing-masing. Sat pakai, sat simpan dalam kotak…sat lagi, keluarkan pulak…pakai… Memangla perangai budak-budak cam tu…masa zaman kita kecik-kecik dulu pun camni ler perangai kita…cukup seronok kalau dapat kasut raya…!!! Tapi, nilah yang dinamakan putaran hidup. Kalau dulu mak abah kitala yang bersusah payah cuba memenuhi keperluan anak-anaknya dan sekarang tiba pulak giliran aku untuk menunaikan keperluan anak-anakku…. Ayah sayang hangpa semua…

0 comments: