Gen.2 EVO ?

Mitsubishi Evo, version asal

Gen.2 Evo... dibangunkan dengan teknologi Lotus

Nilah Gen.2 Evo yang disebut-sebut bakal menggegarkan industri automotif tanah air...!

Dengan rekabentuk lebih menarik berbanding Mitsubishi Evo, ditambah pula dengan kombinasi warna kuning terang, tidak hairanlah model ini bakal menjadi 'kegilaan' muda mudi bekerjaya masa kini.

Lihat saja bagaimana tuan empunya begitu kreatif mengubah kedudukan nombor plate asal dari bahagian tengah ke bahagian tepi bagi membuktikan anak tempatan juga mampu untuk mengubahsuai kenderaan mereka tanpa perlu berbelanja lebih dengan menghantarnya ke bengkel-bengkel berhampiran....

Dari sumber yang boleh dipercayai memberitahu, walaupun telah beberapa kali ditegur oleh rakan sejawat, tuan empunya sengaja membiarkan 2 lubang di bahagian bumber hadapan bagi memberi impak maksima terhadap daya tujahan @ pecutan dan dalam masa yang sama menjimatkan penggunaan petrol (teori fizik... M*%-@ - speedzooom>>>G^(360') = potong angin)....!

Menurut sumber juga, gambar kereta ini hanya boleh di captured apabila tuan empunya berenti parking samada untuk isi minyak ataupun masuk ke kelas sahaja (owner bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah IPTA di Negeri Sembilan)….tapi, bila owner dah mula menyetat enjin kereta, jangan harapla korang semua dapat kejar…bak kata orang noghori sombilan….berdozhuppp poienye !

2 comments:

pucukpaku07 said...

kpala tengkorak ker bro..
mna ko blaja teori fizik potong angin tue..heheh..ko ingat aper..
mcm potong kek ker...?

Anonymous said...

Pemilik-pemilik evo.... Sila gerun ye!!! Jgn ingat proton xleh wat!!!! Hahahahaha...