KHABAR HJ PAIMIN BIN HJ MAAROF....


Hari tu aku balik ke Melaka jenguk atuk aku… Lepas-lepas bersembang ngan platetepi dan En Shahnon (ex-Pro Poli PD) around kul 10 malam, aku bertolak dari Seremban ikut Highway Utara Selatan ke Parit Penghulu, Sungai Rambai…Kalau korang ikut perkembangan entry bagi post-post aku yang lepas, korang akan maklum kenapa aku teringin sangat nak menjenguk atuk aku ni…. Lepas-lepas menjalani ‘major operation’ tempohari nampak gayanya keadaan atuk makin memuaskan, Alhamdulillah… Aku dah kata, atuk aku ni kuat semangat walaupun umurnya dah mencecah 85 tahun… Cuma satu jer yang merisaukan aku… atuk aku ni makin kuat merokok.. Lepas sebatang, sebatang dia tarik…”ishhh…takleh la camtu tuk…kenalah jaga paru-paru tu…lagipun atuk baru jer selesai operate”…pesan aku…tahlah, dia dengar ke tak… Tabiat merokok atuk aku ni makin menjadi-menjadi lepas-lepas operation ni… Kalau dulu takper gak pasal dia memang orang yang jenis tak duduk diam… Pagi pi bendang, kang petang jengok kebun kelapa sawit nye tu… Kalu musim-musim cuti sekolah lagilah tak duduk diam… pi kenduri kat barat, pi kenduri kat timur…pasang balai dan khemah…sibuk betul…. Tapi, sejak dia sakit ni memang dok terperap jer kat rumah… Anak-anak tak bagi buat kerja-kerja berat… Tapi, yelah kan, kalau dah memang yang jenis tak boleh duduk diam, ader jer xtvt yang nak dibuat…..takper la tuk, kalau setakat bagi makan ayam tu, ok ler tapi jangan cuba-cuba nak cabut ubi kat depan rumah tu…!

0 comments: