KUMPULAN ANTI PEMANDU LUPA KUNCI PINTU KERETA....

Bro !

Korang kena berjaga-jaga dengan satu kumpulan ni. Kumpulan ni baru jer didaftarkan dalam pertengahan bulan Februari 2009 hari tu dan menggelarkan diri mereka sebagai ‘Kumpulan Anti Pemandu Lupa Kunci Pintu Kereta’ atau singkatannya KAPLUKUPIK … Baru-baru ni rakan sepejabat aku yang namanya seakan-akan Honda Hybrid telah disahkan menjadi mangsa pertama kumpulan ni. Buat pengetahuan korang, modus operandi kumpulan ni amatlah simple.. Setanding dengan status mereka sebagai golongan professional, mereka telah menerapkan budaya 4C’s dalam setiap tugasan mereka iaitu cuba cari, ceroboh, candid dan cabutttt !

Cuba Cari
Kumpulan ni akan pergi dari satu kereta ke satu kereta dan seterusnya cuba membuka pintu kereta berkenaan. Mission - Cari tuan empunya kereta yang lupa untuk mengunci kereta...

Ceroboh
Seterusnya, setelah berjaya membuka pintu kereta terbabit, mereka akan menceroboh dengan menyentuh apa-apa sahaja barang kepunyaan mangsa tanpa meninggalkan kesan cap jari. Setiap barang yang telah disentuh akan diletakkan semula dalam posisi asal.

Candid
Perangai ni yang paling menyakitkan hati. Ada ke patut, diorang ni boleh berposing sakan dengan mengambil seberapa banyak gambar candid semata-mata nak menyakitkan hati mangsa.

Cabutttt
Last sekali, cabut ler !… Giler aper nak tunggu lama-lama kat situ..jenayah tu..! Tapi sebelum meninggalkan tempat kejadian, kumpulan ni akan menaikkan wiper kereta sebagai trade mark mereka.

So, dengan kemunculan kumpulan ni, harap-harap lepas ni korang akan lebih berhati-hati ye.. Pastikan yang kereta atau motor korang tu berkunci sebelum ditinggalkan di mana sahaja pada bila-bila masa…he…he…he…

3 comments:

Anonymous said...

wanabenye cter..kte spe yg jd mangse anaye 2?? kesian tol kt tuan die..sebaik kete leh tahn..tp yg xthn 2, mahkluk2 tuhan pling havoc yg siap posing2 ksronokn...msti msing2 buat mke xbrslh lngsung lps buat bnde trkutuk 2..hahahahaha...

Anonymous said...

pcukpaku pon join group nih kew???
nie kne bgtau pengarah poli nie sblum group nie b'leluasa kat poli...

alladiin said...

Bro..sib baik keta tu tak de autolock..klu tak, itu dua olang boleh terkunci sepanjang hari kat dlm tu, cam ikan dlm akuarium tau...