KALAU PUN TAK LARAT NAK KETAWA, SENYUMLAH SIKIT...

CERITA PERTAMA :

Suatu hari 3 kanak-kanak berkumpul, mereka adalah anak kepada jutawan minyak yang kaya. Mereka bangga dan sombong dengan kehebatan bapa mereka.

Budak 1 : "Wooi, korang tau tak bapak aku adalah raja minyak tanah!! Sekali gali tanah keluar minyaknya."

Budak 2 : "Alah! baru macam tu dah bising. Bapak aku adalah raja minyak kayu!! sekali tebang kayu keluar minyaknya."

Budak 3 : "Hah!! macam tu pun nak sombong sangat ke... korang belum tau, bapak aku adalah raja minyak angin..!! Sekali buang angin keluar minyaknya."

Budak 1 Budak 2 : "??????"
____________________________________________________________

CERITA KEDUA :

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

____________________________________________________________

CERITA KETIGA :

Hari ini adalah hari pertama Sepiah bekerja, jadi masa mula-mula kerja nie, dia kena la baik-baik dengan boss. Jam dah pukul 6:30 petang Sepiah bersiap-siap untuk balik. Tiba-tiba nambak boss dia (En Zain) dok dekat 1 mesin shredder tengah nak letak kertas kat situ dan terkial-kial nak mengendalikan mesin tu.

Bila ternampak Sepiah belum balik, En Zain panggil Sepiah "Sepiah, awak tau cara operate this thing?" Sepiah jawap "Sure, Tekan je button ni" "Dokumen ni penting ni, seketari saya lupa nak buat sebelum dia balik tadi" terang En Zain. "Awak boleh buatkan untuk saya?" sambung En Zain.

"Boleh" jawap Sepiah dengan confident lalu tekan button dan dokumen tu shredded la. Kemudian ada bunyi telefon dan En Zain angkat, setelah bercakap seketika, En Zain memberitahu Sepiah...

"Sepiah, boleh tak dokumen yg awak photostat tadi tu buat 3 copy"

__________________________________________________________________

CERITA KEEMPAT :

Sekembalinya dari mengutip ufti dari negara-negara bawah jajahannya, Datuk Lakasmana Ganesh beserta 100 hulubalang singgah di sebuah pulau berhampiran Majapahit. Pulau besar yang tiada berpenghuni itu sejak zaman-berzaman terbiar tanpa pembangunan. Seluruh pulau itu dijelajahinya, tiada apa pun yang ditemui selain hutan belantara, semak samun dan binatang-binatang hutan... Sesampainya dia ke Majapahit dipersembahkanlah hal ini kepada Sultan Sri Wijaya...

Datuk Laksamana: "Tuanku, patik rasa ada elok juga kalau itu pulau kita kasi jajah sama dia?"

Sultan: "Sapa ada sana?"

Datuk Laksamana: "Tara sapa"

Sultan: "Apa nama itu pulau?"

Datuk Laksamana: "Tara tau"

Sultan: "Sana ada orang?"

Datuk Laksamana: "Tara"

Sultan: "Rumah?"

Datuk Laksamana: "Tara"

Sultan: "Sign-Board?"

Datuk Laksamana: "Tara"

Sultan: "Apa pun tara?"

Datuk Laksamana: " Hutan ada la, Lain suma tara..."

Sultan: "Okey kalu itu macam kita ambil ini pulau, pasal suma pun tara dekat situ kita kasi dia nama 'SUMATARA'."

Begitulah ceriternye asal usul nama pulau Sumatara yang sekarang dipanggil PULAU SUMATERA...

__________________________________________________________________

CERITA KELIMA :

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".

__________________________________________________________________

CERITA KEENAM :

Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan menanyakan kepada penyambut tetamu apakah bilik no. 27 ada pesakitnya.

Penyambut tetamu tersebut lalu memeriksa bilik tersebut, dan segera kembali menyambung panggilan telefon dan memberitahu lelaki tersebut bahawa bilik no. 27 itu kosong.

"Bagus sekali!" kata lelaki tersebut.
"Ini bererti aku sudah betul-betul berhasil melarikan diri!"


sumber : internet

2 comments:

alladiin said...
This comment has been removed by a blog administrator.

perghhh..! naya bdk2 tu.. bayangkan bro muka diorg masa tu... he...he..