PROTON MPV EXORA...

Bro….

Hari ni aku nak komen sikit pasal ‘kelahiran’ MPV baru keluaran Proton yang diwar-warkan akan dilancarkan pada awal bulan April 2009. Ramai gak yang buat searching tentang MPV Exora ni sampaikan sesetengah blog yang menyediakan entry berkenaan MPV ni boleh menerima ‘hit’ mencecah 500 orang sehari !.. Maknanya ramai yang ‘excited’ bebenor nak tau serba sedikit pasal kereta ni. Aku selalu gak buat pencarian. Biasanya guna keyword ‘Proton Mpv’…

Exora lahir dari kombinasi penambahbaikan beberapa kelemahan-kelemahan MPV yang telah ada dipasaran. Menurut daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, Toyota Wish merupakan ‘benchmark’ terhampir pihak Proton memandangkan model tersebut mendapat sambutan hangat mutakhir ini. Jika dibuat perbandingan dengan Toyota Wish, Exora mempunyai panjang 4592mm (lebih 55mm berbanding wish), lebar 1809mm (lebih 90mm berbanding Wish) dan ketinggian 1692mm (juga lebih 90mm berbanding wish). Model-model lain yang turut dijadikan benchmark bagi Exora adalah Avanza, Grand Livina, Naza Rondo, Toyota Innova dan Honda Stream…

Tarikan utama Exora sudah semestinya pada keluasan dan kekemasan ruang dalaman dan dijual pada harga yang kompetitif berbanding model MPV sedia ada iaitu sekitar RM 74,500 untuk model Auto HL. Cuma, apa yang dirisaukan adalah keupayaan enjin Campro CPS 1.6 yang digunakan bagi menggerakkan model ini. Walaupun di atas kertas pihak Proton telah cuba meyakinkan pembeli bahawa enjin ini mampu menjana kuasa yang cukup dan dalam masa yang sama juga menjimatkan penggunaan minyak, tapi tahlah…itu part yang paling merisaukan bakal pembeli.

So, setakat ni itu jer maklumat yang aku ada…jumpa lagi…Adios !!!

0 comments: