'TERKELEPET'...

Bro !

Malam ni aku tak dapat nak keluar mana. Orang rumah ‘terkelepet’, ada kat atas tu hah….tengah berehat. Biarlah dia berehat sementara aku dok melayan kerenah budak-budak ni hah… Malam ni, sibuk bebenor anak-anak aku tu…lepas satu, satu aktiviti yang diorang explored. Busy betul ! Malam tu kitaorang santai sangat…umpama burung yang terkurung dalam sangkar, tapi masih boleh bersiul, menyanyi dan berkicap….aku ngan aktiviti aku dan anak-anak aku ngan aktiviti mereka… Hari ni kitaorang makan malam awal… so, bila perut dah kenyang mulalah mata terasa berat…mengantuk sangat…

“Ayah !...lukis muka anas yah”… terkejut aku..! bertuah betullah anas ni..baru nak terlelap. “Lukis lah sendiri nas oiiii…ayah ngantuk la “… taktik aku cuba mengelak… “Anas tak pandai”… Laaa, sian la pulak… “Meh la !...mana kertas ? “… “Cepat, beratur tiga-tiga orang…ayah nak lukis ni “… so, secara automatiknya diorang pun beratur macam menerima arahan kawad… Aku tak pandailah bro nak melukis-lukis ni…tangan dah kaku… Dengan mata yang mengantuk sesangat, aku layan jer kehendak anak-anak aku ni. Cepat aku lukis, cepat aku tidur.

“Siap !!!”… tetiba jer aku menjerit… “Nak tengok, nak tengok yah”… “Hah, jangan ‘komplen’. Ayah buat ni pun dah bersyukur dah ni”.. ayat aku cuba nak cover kelemahan lukisan yang aku dah buat tu…nampak buruk..muka memang out la, tang baju jer yang sama…he..he.. Confirm diorang akan cuba banding ngan muka masing-masing. “Tak sama pun yah”… komplen amirah. “Kan dah cakap tadi jangan dok komplen…muka memang tak sama, tapi baju sama”…lagi sekali aku cuba menutup kelemahan… “Ingat senang ke nak lukis muka orang ni…susah tau tak. Hah, cuba mirah lukis muka ayah pulak, ayah nak tengok”.. “Tak geti”.. jawab amirah ringkas sambil ‘mengeringai’ menampakkan giginya yang rongak tu..

So, bila tengok anas ngan aimi happy jer, aku tak kecik hati sangat ngan komen amirah tu tadi sebab apa yang aku nak buat sekarang ialah….aku nak sambung tidur !!! ngantuk bro !!!

0 comments: