BLOG KENA BLOCK !


Aduiii…blog aku kena blocked !!! Tak pernah-pernah jadi camni. Tak sangka plak boleh jadi kat aku. Semangat nak ‘berkarya’ dah mula terhakis…terbantut… Sedang member-member bloggers yang lain 'mencanak-canak' meng’up-date’ blog mereka, aku masih lagi dengan bahan lama…masih lagi dengan entry yang lama…Dah lebih 3 minggu rasanya aku tak boleh nak menyumbang entry baru…gigil betul.. Angkara siapa agaknya yang menyebabkan blog aku kena blocked ni hah ! Come on bro ! blog aku ni bukannya blog yang berpaksikan pada mana-mana parti politik atau blog dari jenis yang tak senonoh… Cuma blog biasa jer…. ‘tempat’ aku nak berkongsi cerita sesame bloggers yang lain… alah, tahap amatur jer aku ni…

Tapi yang pastinya setakat ‘luahan’ ni ditulis (07 April 2009) aku masih tak tahu lagi apa penyebab dan punca kenapa blog aku kena blocked ! Yang pastinya bukan pihak google yang blocked blog aku ni tapi……….

Setiap kali aku nak log-in, maka terkeluarlah ayat ni :
“The page you requested has been blocked because it contains a banned word. URL = http://www.villakesyukuran.blogspot.com/

Takkan perkataan ‘villa’ tu yang jadi sebab musabab blog aku di banned ?… Aku jugak dah checked ‘isi komen’ yang disumbang oleh rakan-rakan…takder pun perkataan @ ayat-ayat yang boleh dikategorikan sebagai ayat-ayat yang kurang sopan, kurang ajar dsb !!! Jadi, apa masalahnya ni… Kepada kawan-kawan diluar sana yang pakar tentang situasi-sitiasi camni, tolonglah aku sedayanya ye… kalau korang boleh bagi pendapat kat ruangan komen tu, silakan..aku amat mengalu-alukan…

2 comments:

alladiin said...

Kesiannya ko ni bro...wa ingat masalah lu dah setel..rupanya lum lg. Tak pelah, nnti wa tolonglah cuba2 tengokkan..tapi, lu pun tahukan yg wa bukan duk kat tmpt server tu lagi...so, byk benda yg baru wa tak tahu... Nasihat wa, lu jgn cepat hilang semangat. Saborr..

Tq, bro...wa mmg sabor btl ni...dan wa hargai niat lu nak membantu.. semlm wa jumpa cara nak menyusup ke blog wa ni... Wa key-in tajuk posting + villakesyukuran di google... lepas kuar jer senarai posting, wa just click jer salah satu posting dan hasilnya, tu yg bleh tau lu bagi komen..