RUMAH KU, SYURGA KU (PART 2 @ AKHIR)...


Cuba korang tengok rumah aku kat atas tu hah dan bandingkan dengan rumah member-member aku dalam entry Rumahku, syurgaku (Part 1)… Bezakan ? Beza….meeemang berbeza ! Nampak buruk and lusuh jer rumah aku tu… Designnyer pulak tak menarik, tak moden dan tak ‘berketul-ketul’ cam kebanyakkan rumah yang dibina sekarang ni… Tapi, padanlah ngan harganya…. Tahun ni masuk tahun ke 4 aku dok kat sini… Tapi, ada 15 sebab kenapa aku tangkap lentok dan sayang sangat kat rumah aku ni….

Ni antara sebab-sebabnya :

1. Tanah rumah aku ni berstatus Rezab Melayu so, jiran-jiran aku semuanya Melayu.
2. Kawasan ni tak sibuk… jadi tak berapa risau sangat bila anak-anak main kat jalan raya waktu petang. Tapi, aku kena pantau gak.
3. Belakang ada tanah lagi 40 kaki untuk aku bercucuk tanam ‘lalang dan rumput’.
4. Dekat sesangat dengan tempat kerja aku dan tempat kerja orang rumah.
5. Dekat sesangat dengan Masjid Jamek Teluk Kemang, balai polis, balai bomba dan hospital dan pasar.
6. Dekat dengan stesyen minyak caltex, mobil dan shell.
7. Dekat dengan sekolah menengah dan rendah.
8. Dekat dengan padang goft (mana ler tau kot tergerak hati nak menceburkan diri dalam sukan goft..lupakan ler)
9. Dekat sangat dengan pantai-pantai peranginan cam Pantai Teluk Kemang.
10. Dekat sesangat ngan kedai-kedai runcit, kedai-kedai makan dan kedai cuci kereta.
11. Dekat ngan klinik-klinik swasta dan klinik kesihatan kerajaan
12. Dekat dengan politeknik
13. Dekat dengan farmasi.
14. Aku tak berapa risau sangat kalau nak lepak-lepak dalam rumah sambil ‘berlengging’ dan berkain pelikat. Depan rumah aku takder rumah tapi ada bukit. He..he.. dan yang paling membuatkan aku insaf ialah…..
15. dekat dengan kawasan perkuburan…. Mudah-mudahan akan sentiasa mengingatkan aku dengan kematian… "Ya Allah...ampuni dosa hamba mu ini Ya Allah"....

5 comments:

mr.romeo said...

wow.. begitu byk sbb yg wat cek syg sgt kt umah cek ea.

btl cek. setiap insan pasti akn berkeinginan tuk dok di umah sendiri..dn lebih mengembirakan apb suasana di sekeliling umahnya yg amat favour kpdnya..

sy doakn idup cek kekal bahagia disamping kuarga yg tercinta, di dunia dan di akhirat..

sbnarnye ada byk...lagi satu nak ckup 50 sebab..he..he... Buat msa ni rmah tu yg saya mmpu beli dan saya rasa ok ssgt.. Diam x diam dah nak msuk 4 thn saya tnggl kat situ.. anyway, tima kcih doakan saya and family...

mr.romeo said...

same2 cek...

alladiin said...

wa tak berapa berkenan yg no 15 tu.. hehe..ngeri sikit sebab wa selalu balik pkul 1 pagi...(selepas sesi turun padang bersama rakyat..haha..)

bro alladiin...dlu pun wa krg bkenan gak.. tp, bila pikir 'esok' kat situ ler tmpt kita, wa jd ok... kdg2 wa tringt lawak si aziz sattar ngn si sudin dlm seniman bujang lapok psl kubur ni...cuba lu igt2 blik bro...he..he..