BUAT HAL MASING-MASING...

Entry kali ni aku tulis sementara ada beberapa minit lagi nak mula kursus… Aku kena attend Kursus Etika Di Pejabat selama 2 hari bermula hari ni dan esok… Korang betulllll la…!...ajer ke patut korang cakap aku kena pi kursus ni pasal aku ni kurang beretika… Tau ler aku ni, ada gak masa-masa nakalnya… aku cam korang gak…manusia biasa…. Alaaa…sekali sekala buat nakal, bukannya selalu… yang penting aku buat kerja aku…

So, kali ni aku bukan nak bercerita ‘pasal aku’… aku nak bercerita pasal ‘kawan-kawan aku…si spesis terancam’…Secara mudahnya untuk minggu ni, hidup kitaorang geng-geng lelaki yang hampir ‘pupus’ ni, tunggang langgang… Ramai geng-geng lelaki yang ‘bertebaran di muka bumi Allah’ komited dengan tugas masing-masing… Pucuk paku dengan misi ‘mengeratkan silaturrahimnya’ terbang ke Makassar Indonesia untuk menziarahi saudara mara dan sepupu sepapat bagi menjaga hubungan 2 hala antara kerajaan Malaysia dan Indonesia… Tanjeku pulak ke K.L menghadiri kursus bagi memantapkan organisasi tempat dia mencari rezeki… Wassup yang akan memulakan pengajian di peringkat sarjananya minggu depan dah mula amik cuti sebelum ‘bertukar’ atau ‘transform’ dari status seorang pensyarah kepada pelajar (pandai pulak mamat sorang ni cari waktu serentak ngan tayangan TRANSFORMERS)…. Petaimuda, yang sudah ditakdirkan untuk petaiya dah tentu akan sentiasa bersama walau ke mana sajer… Platengah, satu-satunya ‘spesis’ yang tinggal tanpa ada apa-apa aktiviti untuk hari ni dah tentu akan merayap-rayap tanpa haluan… Bila penat dah tentu bilik PRO akan dijadikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R)…baca paper dan bersembang hal-hal politik… SB pulak pagi tadi cam sibuk mengendong anak kesayangannya…tah kenapa agaknya..aku pun tak berkesempatan nak bertanya…maybe si penjaga anaknya tu amik cuti kecemasan kot…

Begitulah kehidupan kitaorang kaum adam untuk hari ni… Yang penting hidup mesti diteruskan… Udah ler tu…aku nak masuk kursus… Adios !!!

0 comments: