SANTAU & HASAD DENGKI MANUSIA

Ya Allah ! sanggup diorang buat Abg Li sampai macam ni sekali ! Itulah ayat pertama yang berdetik dalam hati tatkala melihat keadaan abang ipar aku yang semakin kurus dek angkara terkena santau @ terkena ‘buatan orang’… Perasaan sedih, kesal dan marah bercampur-campur.. Dalam zaman moden camni pun masih ada lagi manusia berhati binatang sanggup melakukan perbuatan syirik dan keji macam ni….!

Kesannya, selera makan abang ipar aku macam disekat-sekat. Badan sentiasa rasa panas, gelisah…. Nafas pulak termengah-mengah…. Dah berminggu-minggu abg li tak dapat tidur malam. Ya Allah, kesian….... Masuk ni dah 4 kali rawatan secara tradisional dibuat. Dan dalam keempat-empat rawatan tersebut takder satu rawatan pun yang tidak ada jarum keluar dari badan. Boleh dikatakan setiap kali rawatan, 3 hingga 4 batang jarum dapat dikeluarkan dari celah-celah sendi ! Ada yang panjang, ada yang pendek...tak terkecuali jugak yang sudah bengkok dan berkarat… Orang yang buat ‘benda’ ni bukannya manusia ! Syaitan agaknya !

Abang ipar aku ni, sebaik-baik manusia… Jadi mangsa kepada ‘pihak’ yang gila, rakus dan tamak harta. Orang yang dah tak peduli dengan dosa…. Tapi yang buat aku terharu, kesabaran dan ketabahannya. Sentiasa berprasangka baik. “Biarlah…’niat’ abg li cuma nak pulangkankan jer ‘benda’ yang bukan milik kita ni…kita pulangkan semula pada tuannya…tak payahlah kita nak berdendam dan nak berbalas-balas… Balasan, itu kerja Allah….harap dapat balasan setimpal dengan perbuatannya”… lebih kurang macam tulah ayat abang ipar aku yang sentiasa redha dengan ujian ini.

Buat mereka-mereka yang di luar sana, tolonglah…aku merayu… Kalau macamana tak puas hati sekalipun, bersemukalah…itu sebaik cara… Bukannya dengan cara-cara yang khurafat camni…ini menganiaya namanya. Ini cara orang yang pengecut !

Dan bagi mereka-mereka yang sering menjadikan amalan syirik sebagai ‘mainan’, dengan tujuan hendak menunjuk ‘kehebatan’, aku harap korang hentikanlah…bertaubatlah…tak guna solat dan segala amal baik yang korang amalkan bertahun-tahun kalau inilah caranya nak ‘mengajar’ orang yang tak berdosa.

Ingat, Allah sentiasa memakbulkan doa orang-orang yang teraniaya. Jangan melangkau dan cuba mengatasi kuasa Allah. Di dunia, mungkin korang rasa koranglah yang paling berkuasa tapi di akhirat, nerakalah tempatnya !


p/s : ‘korang’ yang aku maksudkan di sini merujuk kepada ‘mereka-mereka’ yang selalu berhati dengki dan busuk hati… perasaan orang lain tak dipeduli janji hajat dihati dapat dipenuhi… ‘korang’ tak layak dipanggil manusia…

7 comments:

fa_syah said...

hmm memang geram.. coz i had an experience like this --> a few year a go where theres one guy likes me but he didnt tell me directly but hoping that i will like him by using this type of "black spell".. until now i'm scared/worrying of getting closer to anyone who i could called "stranger" (i got fever for 3 weeks, worst skin allergy, very low blood pressure and were admit at hospital for a few days becoz of his revenge)but alhamdulilah Allah loves me!

alhmdlillah.. Allah sayangkan you.. Tu lah manusia, rambut sama hitam hati lain2.. otak letak kat kepala lutut.. Kesian kat mangsa2 yg ada anak isteri.. Mudh2han, berkat bln Ramadhan ni, Allah ringankn derita abg ipar saya tu... Thanks efa for sharing you experience... May Allah protect our family..

Petai Muda said...

kalau nak boleh cuba berubat kat kajang, ustaz mokhtar kassan namanya.dia guna daun nangka, lepas tu suruh minum air rebusan tebu hitam campur gula batu dengan akar pokok dukung anak.ikhtiar saja.

thanks tn... abg ipar sya cuba hbiskn dulu dgn pgubat yg pertama ni... nnti bila dah slsai, Insyaallah ikhtiar dgn ustaz yg tn cdgkn ni...nnti saya jmpa tn utk tanya tmpt ustaz tu ye.. tq for the info..

fa_syah said...

kat kajang pun saya ada kenal ustaz yang keje kat upm nama dia pakcik kamal. dia berubat guna ayat quran. kat darussyifa' pun saya penah pegi. lagi bagus kalau pegi jumpa ustaz haron din. tapi hari selasa aje.. knen ambik nombor 1-200 shj.kalau nak pegi pegi sebelum subuh, kalau tak tak dapat nombor dah.. apepun saya doakan semoga semuanya kembali ke azali.. insyaallah

tu diaaa, smpai no 200 !... Insyaallah, kitaorg habiskn dgn pengubt yg pertama ni dulu...thanks efa... Insyaallah, Allah maha pengasih kepada hamba2-Nya..

Anonymous said...

Kalau nk pg darulsyifa pergi je. Darulsyifa pun ada cawangan di merata tempat di malaysia..... rawatan percuma... tapi kalau nk menderma untuk pembangunan darulsyifa... masukkan je derma anda kat dalam kotak tabung yg disediakan. Cuba bukak darulsyifa online..... saya dan isteri saya pun mangsa santau yg masih dalam proses rawatan di darul sifa. Apa yg petai muda sebutkan diatas itulah yg kami minum untuk memulihkan kecederaan dalaman yg disebabkan santau.