TERIMA KASIH BONDA...

Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu di luar sana yang tak jemu-jemu mengasuh, mendidik serta mendoakan anak-anak mereka dengan satu harapan…
"agar satu hari nanti, anak-anak yang mereka asuh dan didik dapat mendoakan kesejahteraan mereka samada di dunia atau akhirat"

Buat ibuku, SANIAH BT KARIS a.k.a mak yang yang lebih 30 tahun namanya ku panggil, ku ucap, ku sebut, terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan. Justeru, orang ada surat untuk mak…..

Kehadapan mak yang dikasihi…

Semoga mak berada dalam keadaan sihat dan sejahtera disamping abah tersayang. Orang tau, mak memang sayang sesangat ngan abah, camtu jugak ngan abah… Tak dapat orang bayangkan hidup abah tanpa mak…he..he… makan, minum, basuh baju, penyedian pakaian semua abah mengharap pada mak…ishhh, takleh berpisah walau sesaat… Buat pengetahuan mak, hari ni adalah Hari Ibu… Biasanya bila tiba hari seperti hari ini, mana-mana insan yang bergelar anak akan berlumba-lumba nak ucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ pada ibu, mak, mama, ummi masing-masing… Orang nak ucap gak pada mak tapi cukup ke sekadar ucapan jer…? Sebenarnya orang rasa ucapan tu terlalu murah kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan mak selama ni. Orang rasa malu sangat…tak tau apa bentuk ‘hadiah’ yang orang nak bagi pada mak. Kain baju kurung Jakel yang orang beli kat mak minggu lepas tu pun sebenarnya bukanlah hadiah sempena Hari Ibu…buat pengetahuan mak kain tu orang beli dengan harga RM 30.00 jer...tu pun yang lelong punya ! Kedai tu buat jualan murah…. diskaun sampai 98% !!! Katanya, Jualan Gila-Gila... Tapi orang masih tak rasa yang mak layak diberi hadiah semurah tu…. Habis tu apa hadiah yang patut orang beri pada mak ? Tah la…

Umur orang sekarang ni dah mencecah 33 tahun…bila umur orang makin meningkat ingatan dan perasaan kasih orang pada mak makin menebal…tak tahu kenapa… Kalau dulu, masa orang kecik, orang selalu patuh dan akur dengan nasihat mak… Bila dah masuk umur-umur remaja, kadang-kadang cakap mak pun orang lawan… Kononnya masa tu orang dah boleh fikir sendiri, dah boleh jugak buat keputusan sendiri… Selalu gak masa tu orang melawan cakap mak… Bila di fikir-fikirkan balik ada jugak rasa kesal dalam diri orang ni… Tapi tah la…mungkin masa tu jiwa remaja begitu menebal dalam diri…asyik nak memberontak jer kerjanya… Tapi bila orang mula duduk kat asrama, orang rasa kehilangan… Perasaan sayu, sedih tiba-tiba jer datang… Dalam kepala ni hah, macam ada gambaran dan tayangan demi tayangan setiap perbuatan orang pada mak dulu… Mungkin inilah yang dinamakan proses muhasabah diri…tanpa orang sedari, air mata bergenang…kesal, sayu, pilu, sayang dan kasih antara perasaan-perasaan yang timbul masa tu… Dan dari cetusan perasaan tulah orang tanamkan azam, orang taknak lagi melawan cakap mak…orang akan hormat mak sampai bila-bila selagi hayat orang dan hayat mak masa ada… Sekarang ni bila orang dah mula bekeluarga, dah mula jalani hidup tanpa mak, perasaan rindu kadang-kadang tu datang tiba-tiba… Kalau boleh tiap-tiap minggu orang nak balik Johor… Tahlah…tu yang macam orang kata tadi, makin umur orang meningkat, makin kuat ingatan orang pada mak…. Alhamdulillah, Allah kurniakan perasaan tu… Tiap-tiap hari teringatkan mak…

Bila orang kenang-kenang dan ingat-ingat balik, mak buat sesuatu dengan sebab… Mak rotan orang bersebab…mak marah orang bersebab…mak leter orang bersebab… Tapi masa tu orang tak nampak hikmah disebalik perbuatan mak… Bila mak rotan, marah dan leter orang anggap mak tak sayangkan orang… Sekarang orang mula sedar sebab dah 8 tahun orang jadi bapak pada 3 orang anak dan Insyaallah kalau ada rezeki akhir tahun ni dapatlah mak sorang lagi cucu... Betullah macam mak kata… “Esok, kalau kau jadi bapak, ko tahulah macamana !’…. antara kata-kata keramat mak yang terngiang-ngiang dan masih orang ingat sampai sekarang…

Alhamdulillah mak, berkat kesabaran mak, orang kini dah memiliki hampir segalanya… Isteri yang baik, anak-anak yang sihat dan cergas, rumah, rezeki yang murah dan yang paling penting ketenangan jiwa dan fikiran…. Orang tahu, tu semua berkat doa mak yang tak henti-henti mendoakan kesejahteraan orang sejak dari dulu lagi… Dan orang yakin, Allah telah makbulkan doa mak… Dan orang percaya sejak dari dulu lagi, hidup kita takkan tenteram dan bahagia selagi kita tak mendapat restu dari ibu bapa dan itu yang orang pegang sampai kini…

Buat pengetahuan mak, orang hanya mampu ‘mengungkit’ pengorbanan dan kasih sayang mak selama ni…dan sebenarnya itulah hadiah yang orang nak beri sempena Hari Ibu kali ni… Pada orang, setiap hari pun sebenarnya adalah hari ibu… Ibu perlu dirai, perlu dihormati setiap hari. Kasih mak pada orang dan kesemua adik beradik yang lain memang tak ternilai dengan harta dan wang ringgit…. doakan semoga mak dipanjangkan umur dalam keberkatan, dimurahkan rezeki dan diberi ketenangan jiwa selamanya… Terima kasih mak… Orang sayang mak…

Buat anak-anak di luar sana, sayangi ibu anda ketika ada hayatnya… Restu ibu bapa umpama tiket kebahagian bagi kelangsungan hidup seterusnya… Jangan sesekali meninggikan suara takut-takut menjerumus dan menghampiri taraf ‘anak derhaka’… Ingat ye…doakan mereka sentiasa kerana itu sahaja bekalan untuk mereka apabila sudah tiada….

0 comments: