WAN IMA SULAIMAN HASSIM !......AKU MENYAMPAH KAT HANG !!!

Alhamdulillah bro… akhirnya aku dipertemukan dengan AZURA… Berbulan-bulan aku mencari akhirnya aku akur dan bersyukur yang jodohku sememangnya ada…jodohku tak jauh tapi dekat di hati nampak di mata.

Betul la macam depa kata selama ni, “kuman di seberang laut aku nampak, gajah di depan mata aku butakan”. Awat selama ni aku tak nampak keistimewaan yang ada pada diri hang ? Belanja untuk memiliki hang jauh lebih murah berbanding WAN IMA SULAIMAN HASSIM… usia hang pulak muda belia…dah tentu hang lebih bersemangat dan bertenaga berbanding WAN IMA SULAIMAN HASSIM yang 6 tahun lebih tua berbanding diri hang.

Lagipun banyak perkara yang aku musykil tentang diri WAN IMA SULAIMAN HASSIM. aku tak tahu apa yang dia buat selama 6 tahun berada di Jepun. Bukannya aku menuduh tapi aku yakin sekurang-kurangnya seorang dah pernah ‘mengguna’ @ ‘memperkudakan’ dia sebagai ‘kenderaan tunggangan mereka’ !

WAN IMA SULAIMAN HASSIM
Betul orang kata… walaupun segala tuntutan dokumentasi telah ku sediakan…walaupun aku memiliki dokumen yang sah sebagai tanda aku lah yang berhak ke atas kamu, tapi jodoh kita sememangnya tiada… Tanggal awal Januari aku putuskan saja hubungan kita…lama mana lagi aku nak tunggu…? 1 bulan, 2 bulan, 1 tahun ???? Udah ler tu… Agen kamu tu yang buat benda tak betul…sanggup dia buat beberapa siri grooming semata-mata ingin menampakkan yang hang memang ‘Da Bomm !’ di mata aku… Agen kamu jugak sanggup menipu tahun lahirmu… kenapa mesti camtu ???

WAN IMA SULAIMAN HASSIM
Aku tak tahu nak cakap apa lagi dah… Selama ni aku bersabar, melayan setiap karenah karut agen kamu semata-mata aku memang ikhlas ingin memilikimu… Tapi, kesabaranku di pergunakan…kesabaranku dipermainkan…kesabaranku juga diperkotak-katikkan… Dari dulu aku tahu yang ejenmu memang kaki penipu !

AZURA
Terima kasih kerana sudi menggantikan tempat WAN IMA SULAIMAN HASSIM… Tiada niat untuk membanding-bandingkan diri kamu dengan si W… Biarlah aku perbetulkan keadaan yang sememangnya sudah kusut lagi masai… Biar aku terangkan yang kamu bukan pilihan kedua atau terakhir… Kagum dengan peribadimu yang tidak ada sekelumit pun perasaan iri hati dan berkecik hati… Kini, aku pasti yang kamu memang pilihan hati…

AZURA
Kalau boleh, biarlah kita bersama selamanya… Mengembirakan hati aku dan keluarga… Memacu ke hadapan merempuh rintangan… dari utara sampailah ke selatan… Buktikan yang kamu memang anak tempatan berjiwa watan… Tunjukkan pada WAN IMA SULAIMAN HASSIM yang kamu memiliki kesemua ciri idaman tanpa sedikit pun ada kekurangan…

WAN IMA SULAIMAN HASSIM
Bersemadilah kamu di sana…di Kastam Diraja Malaysia… aku tak kisah kalau kamu dimamah usia, mereput, membengkak, berkudis dan berkarat… Aku dah tak kisah ! Antara kita tiada apa-apa…..


Watak WAN IMA SULAIMAN HASSIM dalam entry aku kali ni adalah Toyota Wish bernombor pendaftaran WTA 7709, sebuah recondition car dari Jepun yang aku beli tapi sampai akhirnya tak ‘boleh’ aku miliki… No. plate tinggal gantung, road-tax tinggal tampal, polisi insurans telah berkuatkuasa dan bayaran ansuran telah bermula… tapi keretanya berada di Gudang Kastam Di Raja Malaysia… ditahan atas sebab salesman mengishtiharkan tahun yang salah dengan niat nak menipu. Itu semua kerja salesman yang terlalu ‘bijak’ merencana dan tujuannya tiada lain hanya ingin mendapatkan keuntungan dalam masa yang singkat.

Watak AZURA pula adalah Proton Exora yang menjadi pilihanku menggantikan tempat Wish… Setakat ini performancenya amat mantap dan berani aku katakana di sini yang aku amat bangga memilikinya… Sememangnya aku betul-betul terpegun !

5 comments:

alladiin said...

WEII... tadi wa honk lu, tapi lu tak angkat tangan pun ek...

mana ader lu horn wa... wa prasan sat lu kat dpn wa, sat lu kat blkg wa and sat lu kat tepi wa... tp wa dah mls nak angkat tangan kat lu...wa serik bro ! hu,hu.. mntang2 wa naik azura lu pndang wa sblh mata jer... iskhh.. sedih tau tak...

Meen'z said...

andai kata wujud la org yg bernama WAN IMA SULAIMAN HASSIM tu cian kat dia kena kutuk kt sini..hehe..

p/s : ptg td sy tgk u'r rank is at 4th place but td sy check latest entry u'r rank is now at 6th place hehe...(^_^

Sya brani jamin, cari la nama ni kat Jbtn Pndftrn Ngara... cnfirm tarak !...he,he.. hokk alohhh !... mkin mnjunam jatuh ye... hu,hu...

Meen'z said...

owh ea..?
dah wat research dulu yerk..hehe..

nak wat mcm maner...rakan2 blog sy yg lain lg laJu pOsting nya... huhu.. xper2..masih boleh terus mencuba.. ;)