'BAPAK-BAPAK' JP LEPAS GERAM !!! SEDIA BERHIJRAH KE PELITA GANTUNG JAYA F.C !

Assalamualaikum Bro…

Posting kali ni aku nak berkongsi keseronokkan Team Staff JP yang berjaya menggondol Naib Johan dalam Futsal bersempena dengan Sukan Jabatan yang diadakan baru-baru ni. Korang tengoklah gambar kat atas tu… Terimalah kenyataan bahawa inilah barisan lelaki melayu terakhir bagi Jabatan Perdagangan (sebenarnya ada 3 orang lagi tp diorang takder masa kami celebrated ‘kemenangan’)… Kami sendiri pun terkejut boleh sampai ke final…tp tulah… berkat kesungguhan dan semangat berpasukan akhirnya team student akur yang mereka terpaksa berdepan dengan kami… Untuk makluman pasukan kami ni telah dicop sebagai ‘pasukan bukan favourite’ untuk memberi tentangan hebat apatah lagi untuk memenangi sebarang pingat. Tapi dengan barisan pemain yang begitu 'berkaliber', 'berstamina kuda' dan 'berstatus bapa', akhirnya naib johan milik kami !

Berikut adalah senarai pemain yang sedang diintai oleh pasukan Pelita Gantung Jaya dari Kepulauan Jawa, Indonesia untuk dilamar dan seterusnya menjadikan kesebelasan utama mereka :

Fouzi (Penjaga Gol)
Seorang pemain yang berbakat besar dan berbadan besar. Menggunakan kelebihan fizikal (terutama di bahagian perut) untuk menangkis jaringan lawan. Diberi kepercayaan oleh pasukan sejak dari perlawanan awal lagi untuk menjaga benteng terakhir pasukan. Sayang, tidak dapat beraksi di final kerana isteri masuk wad.

Pak Tam (Defender dan Striker)
Satu-satunya pemain berstamina tinggi dan mampu bermain dalam semua posisi. Mempunyai fizikal badan yang agak gempal tapi ramai yang mengagumi kebolehan dan kemahiran beliau menggelicik bola sambil tersenyum. Lenggoknya yang lemah gemalai memperlihatkan gaya seorang pahlawan menari tarian zapin di zaman silam.

Chi’in (Defender)
Kehadirannya umpama ‘pelengkap ajer’ dalam pasukan yang sememangnya kekurangan pemain. Seorang pemain yang pantang tengok kaki lawan. Selalu semput disebabkan kurang bersukan. Antara kecederaan yang sering menghantui pemain ini ialah semput dan kekejangan dibahagian otot punggung.

Siri (Striker)
Seorang striker berbakat yang terpaksa digandingkan dengan apis atas faktor tiada lagi pemain yang sanggup bermain untuk posisi striker. Bercita-cita besar untuk menjaringkan gol tetapi sering dikawal dan digagalkan oleh pasukan lawan. 10 tahun dulu pemain ini amat lincah tapi sekarang keadaan sungguh berbeza lebih-lebih lagi setelah menimang cahaya mata yang kedua (dan sekarang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata yang ketiga).

Apis (Striker)
Seorang pemain yang lincah. Tidak bermain untuk posisi penjaga gol walaupun wajahnya ada iras-iras penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi. Mampu mencipta gol walaupun pada sudut yang sukar. Mengalami kekejangan di bahagian otot punggung pada perlawanan final dan ini sedikit sebanyak mengganggu keseimbangan kekuatan pasukan.

Ashri (Tengah)
Seorang pemain yang berstamina tinggi walaupun telah memasuki kategori veteran. Turun dengan imej ‘perut hilang’. Komitmennya terserlah walaupun baru pertama kali beraksi di final. Tidak hairan beliau mampu memberi ‘umpanan’ yang cantik kepada striker disebabkan minat mendalam beliau dalam aktiviti memancing laut dalam.

Shukeri (Penjaga Gol)
Satu-satunya pemain yang berkebolehan berada dalam ‘2 transisi’…. Penjaga gol dan dalam masa yang sama juga berkebolehan menjadi jurulatih pasukan. Pernah menyelamat satu percubaan tepat lawan ke gawang gol tetapi beliau hanya ‘menguis’ dengan tangan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Bila berada di luar padang, arahan dan teriakannya saling tak tumpah seperti command yang diberi oleh Datuk M.Rajagopal kepada pasukan kebangsaan.

Burhan (Penjaga Gol)
Diberi kepercayaan oleh pasukan untuk mengemudi benteng terakhir selaku penjaga gol pada perlawanan final. Pemain yang berhijrah dari kedah ini banyak menyelamatkan percubaan bertubi-tubi dari lawan. Akan tetapi, pada satu ketika beliau terlupa yang posisi beliau adalah sebagai penjaga gol. Keghairahan menggelicik membawa padah apabila pihak lawan bijak mencuri peluang dan seterusnya menjaringkan gol kemenangan di final. Melihatkan kepada bakatnya, ramai yang percaya beliau boleh pergi lebih jauh dengan satu isian sahaja !

4 comments:

Meen'z said...

wOw...CayaLah...
ConGratz 2 team JP...(^_^

ha,ha ! tq,tq ! nak dpt naib johan ni pun tersepot2... masing2 perut dah ke dpn...hu,hu..

fa_syah said...

tahniah ye kwn2 semua..next sem kene jadi juara ni

tq, tq ! hu,hu... sya akan smpaikan ucpn tahniah you pd semua bapak2 JP !