PERCUTIAN UNTUK ORANG PENCEN...

Alhamdulillah bro… akhirnya tercapai gak hajat aku nak bawak mak dan abah bercuti-cuti malaysia ! Sebelum ni abah kerja… sebelum ni agak payah nak ajak abah ke mana-mana expecially bila nak ajak pi makan angin di tempat yang agak ‘luar biasa’ dari 'biasa' atau lebih tepat lagi ke tempat yang memerlukan kita orang bermalam sehari dua… mak orait jer..yelah, surirumah sepenuh masa… lagi suka kalau dipelawa !... he,he…


So, bila abah dah pencen abah cam burung yang terbang bebas !…. terbang bebas ke mana sahaja… Cumanya sekarang ni abah ‘terikat’ ngan pihak masjid… tapi ‘memohon cuti’ dengan pengerusi masjid lebih mudah berbanding nak mengadap majikan lama tempat abah bekerja… Sekurang-kurangnya pengerusi masjid lebih faham kerana ini juga antara cara bagaimana institusi kekeluargaan boleh diperkukuhkan… Bak kata arwah Cikgu Saat (Pengerusi Masjid sebelum ini)…”pergilah berjalan-jalan… ambil angin dan makan angin… pergi rumah anak-anak dan melancong, mudah-mudahan dengan cara itu fikiran kita lebih tenang, cergas dan badan Insyaallah akan jadi lebih sihat”….

Dipendekkan cerita, percutian pertama selepas abah pencen ni adalah ke Cameron Highlands ! Sajer nak bawak diorang ke tempat yang agak sejuk… Sepanjang 2 hari di sana banyak gak tempat yang kami pi… antaranya, ladang the Bharat Plantation, Taman Rama-Rama, Pasar Malam Brinchang, Big Red Strawberry Farm, Pekan Tanah Rata, dan Lata Iskandar…. Harap-harap abah ngan mak berpuas hati dengan ‘trip’ serta ‘pakej percutian’ yang kami tawarkan…he,he… Kalau ada rezeki nanti ‘orang’ bawak mak ngan abah kat tempat lain pulak ye.. !?? adiossss !

EWAH-EWAH.. PANDAI GAK MAK NGAN ABAH AKU NI BERPOSING !

SOPAN NYER MAK MAKAN STRAWBERRY...

ABAH TENGAH BEDAL STRAWBERRY 'CECAH' COKLAT...

POSING LAGI DI TAMAN RAMA-RAMA...

...DAN POSING LAGI DI LADANG TEH BHARAT... SERIUSNYA ABAH..HE,HE..

ON THE WAY BALIK KE JB...IKUT TAPAH & BERHENTI SAT DI LATA ISKANDAR...


2 comments:

Anonymous said...

Strawberry, memang terbaik... ngidam pullak aku

terbaik dr ladang !