APA KHABAR ATUK….?

Hari ni genap 18 hari atuk di HKL. Lepas pembedahan tempohari atuk ditempatkan di ICU selama 4 hari dan dipindahkan ke wad biasa selepas keadaannya bertambah baik. Memang atuk kuat semangat… Masih teringat bagaimana keadaan atuk sehari sebelum pembedahan. Masa tu dia ditempatkan di wad 13. Malam tu atuk tak tidur langsung. Dia ajak aku bersembang. Macam-macam benda yang kami sembangkan. Sesekala atuk macam lupa (nyanyok). Aku agak mungkin kesan ubat yang dimakan maghrib tadi. Ada sekali tu dia tanya aku, banyak betul orang menjemur tempe kat sini, lampu hospital dikatakan tin, nurse berkumpul dikatakan peniaga dan macam-macam lagila. Tapi aku tak kisah. Aku mengiakan ajer. Atuk sebenarnya tak ingat yang dia ada di HKL. Sangkanya dia masih di hospital muar. “ Kan siang tadi atuk naik ambulan dengan abah….atuk ingat tak..? “…. Aku cuba mengingatkan atuk.. “ ye ke..? “…jawab atuk bingung…

0 comments: