PAINTBALL SHARPSHOOTERS @ EAGLE RANGE

Dari kiri : pucukpaku, aku a.k.a villakesyukuran (tak boleh bukak mask pasal sangkut spec), PDRM dan paling kanan sekali, Tanjeku

Senyum tanda puas selepas berjaya menamatkan pertandingan 'lebih awal' dari yang kitaorang jangka.... Turut memberi sokongan, Coach Cowboy dari Mexico


Pengalaman pertama bermain paintball memang menyiksakan… Lebih malang lagi apabila kumpulan kami, CIPUK yang dianggotai oleh aku, pucukpaku dan tanjeku diletakkan dalam satu kumpulan bersama-sama dengan pasukan dari PDRM dan Ex-Poli. Permainan secara liga mengkehendaki kami mengalahkan kedua-dua pasukan tersebut untuk pergi ke pusingan yang seterusnya. Walaupun kami tiba di Eagle Range dengan muka yang agak confident, tapi sebenarnya aku ngan tanjeku sememangnya pemain paintball amatur yang baru first time turun bagi ‘memeriahkan’ pertandingan. Kami tewas mudah dengan pasukan Ex-Poli yang sememangnya ‘rakus’ nak ‘mengenakan’ bekas pensyarah mereka. Sedas tembakan terkena bahagian kelengkang tanjeku, manakala aku sempat ‘menjamah’ rasa pallet bullet paintball apabila terkena tembakan di bahagian mulut…. Pucukpaku yang panic bilamana berseorangan sedikit leka dan terlupa nak ‘menyembunyikan’ punggungnya apabila bahagian tersebut dijadikan sasaran oleh sharp shooter dari pasukan Ex-Poli…..

Perlawanan kedua membabitkan pasukan dari PDRM… Kali ni lebih sengit… Lama lah jugak kitaorang bertahan sampai habis stok pallet bullet kitaorang …Semangat juang tanjeku harus dipuji…mana taknyer, bukan setakat pallet bullet jer habis, dengan gas-gas sekali dia habiskan ! Kalau pada perlawanan pertama tadi aku dan tanjeku adalah mangsa terawal ditembak, tidak pada perlawanan kedua ni… Kali ni giliran pucukpaku plak menjadi mangsa awal mereka… Perjuangan aku dan tanjeku plak tak dapat bertahan lama bila aku ditembak di bahagian kepala dan tanjeku di bahagian dada. Maka berakhirlah perjuangan kami pada hari tu…

Yang pastinya, banyak gak pengalaman yang aku dapat…Selama ni aku ingat permainan ni agak mudah tapi rupa-rupanya tak bro.. Korang kena ada strategi dan ketangkasan fizikal yang baik.. Bagi aku, ok lahh, it’s not very bad for my first trial.. Kalau kerap main, ok kot… Tapi yang pasti, aku dapat hadiah yang tidak ternilai harganya….aku ingat sampai bila-bila bro….benjol kat atas kepala dan sengal-sengal kaki dan peha….!!!

1 comments:

pucukpaku07 said...

salam bro
tergelak aku baca enti paintball ko tue.. ko ni memang pandai berberita ar..bukan saja ckp depan2 pun memang penuh expression heheh..rupernyer time bcerita pun ko serius gak hahahah..tahniah bro...

ko suka ker tak..
aku nak cilok cidok ko nyer entri tu masuk blog aku..ko jgn marah haaa..kang kat bwh aku credit ler kat ko..cilok dr villakesyukuran heheheh..tolong promote blog ko bro heheheh...

bukan macam tanjeku tue..
tak bleh harap..blog jer ader..isi yelleeeee...!!!

ko dah usap ker benjol kat kpala ko tue...aku masih terasa kesengalan ni di pungkoq heheheh..
sakit siottt...pasni nak main gokart lak..seksa main pantball hehhh

daa bro..