KOREK...KAMBUS...KOREK...

Ahhh….serabutnya..!!! Apa dah jadi ngan kawasan Teluk Kemang dan kawasan Batu 4 ni hah… Lubang sana, lubang sini, korek sana, korek sini, dah korek…kambus, dah kambus…korek balik, dah korek ada gak yang tak kambus-kambus.. Semalam aku terperangkap dalam kesesakan yang maha teruk ! Ingatkan kerja kat K.L jer yang kena tempuh traffic jam rupanya traffic jam kat Port Dickson ni lagi teruk keadaannya … Atas keperihatinan inilah aku dengan sukarelanya mewakili golongan bermotosikal ingin melahirkan rasa kecewa ngan situasi sekarang.

Aku ni bukannya jenis orang yang tolak pembangunan, tapi setiap aktiviti pembangunan yang nak dibuat perlu ada pengawasan dan pemantauan dari pihak-pihak tertentu. Kehadiran lubang-lubang disekitar kawasan Teluk Kemang ni aku tengok dah tak ubah macam jerangkap samar @ silent killer yang menunggu mangsa expecially golongan bermotosikal. Bahaya betul bro. Aku yang bawak kereta ni pun terasa akan bahaya memandu di sepanjang jalan Teluk Kemang ni hah, inikan pulak golongan yang menunggang motosikal. Dalam pada nak mengelak tu, kadang-kadang ‘termasuk’ a.k.a ‘terjerumus’ gak dalam lubang sampai disk brake kereta aku kena buat ‘skimming’ sebab bengkok….

Sebenarnya, keadaan ‘huru-hara’ ni disebabkan oleh Projek Loji Paip Pembentungan di Bandar Sunggala, Port Dickson yang kena melalui beberapa fasa. Aku tak bantah projek ni tapi perlu ada memantauan keselamatan dari pihak tertentu. Papan tanda amaran perlu diletakkan dengan banyaknya. Bagi ‘tempat-tempat tertentu’, kalau perlu, sediakan lampu limpah supaya ‘jerangkap samar’ ni mudah dilihat pada waktu malam. Ini tak, just letak lampu amaran kuning berkelip yang kecik tu aje. Nampak sangat kurang peka kepada keselamatan pengguna jalanraya.

Yang pastinya, bagi sesiapa yang bercadang nak beli kereta baru, tangguhkan dulu hajat tu bro…Untuk Alladiin yang stereng ketanya dah mula goyang (hmm, alasan nak tukar lain la tu), Tanjeku yang bercadang nak angkat Toyota Alphard, Pucukpaku yang dah mula test drive Audi dan Platetepi yang dah nampak bayang-bayang Mitsubishi Evo, tolonglah…tangguhkan dulu. Bukannya aku dengki bro, tapi........... ahh, korang fikirla sendiri… Adios !!!

2 comments:

alladiin said...

Pagi tadi, wa geram betul dgn satu lubang tu..besar tu bro...klu mat motor masuk, sure dgn motor2 sekali tak nampak..

Yg baiknya, aktiviti Mat Rempit sekitar kawasannya nampaknya pun telah di pospont..haha..lega tu..

Nampak gayanya camtulah...xtvt mrempit lumpuh sama skali kat kwsan tluk kemang ni.. Kalau dulu, tiap kali hujung mnggu, bunyi motor depa tu leh smpai kat rumah wa... tp, la ni ada sikit aman... Amcm bro, jd ke angkat keta baru ..? ahaks..