WAJA-LANCER ???

Muaz' spotted Mitsubishi Lancer in the Golden Triangle area...

Perghhh ! orang yang paling seronok dengar berita ni dah tentu ler si platengah… Mengidam dah lama dan tak sangka pulak proton begitu agresif nak lancarkan model gantian waja menggunakan platform lancer… Kiranya pepatah ‘pucuk dicita, ulam mendatang’ paling ‘kena’ ngan situasi ko sekarang ni bro…..

Kalau diimbas-imbas balik, proton guna pendekatan ‘satu tahun satu model’ bermula ngan Model Persona (2007), Saga (2008), Exora (2009) dan mungkin ‘Waja-Lancer’ akan dilancarkan pada 2010… Ni bermakna, lebih kurang 1 tahun setengah lagi bro ko punya impian nak drive lancer tercapai… Situasi menang-menang (win-win situation)…..Proton rebadge Lancer dan Mitsubishi rebadge Persona dan Exora…. Wow !...ko tengok tu bro, Mitsubishi nak ‘me’ rebadge Exora tu !!!

Aku tak nak komen la pasal budaya ‘me’ rebadge-rebadge ni…. Yang pastinya aku nampak Proton ada strategi sendiri… Ini bukan tindakan ‘ke belakang’ atau tindakan ‘terikut-ikut’ ngan ‘gaya’ Perodua yang memang ‘juara’ dalam kerja-kerja ‘me’ rebandge ni, tapi soal strategi market dan usahasama… Dalam keadaan ekonomi sekarang aku rasa Proton buat tindakan yang betul… Tak kisahlah (tapi platengah mesti ‘kisah) apa pun enjin yang Proton akan guna pada Waja-Lancer tu… Campro CPS ke Mitsubishi ke.. Yang pasti kereta tu nanti dapat dijual pada harga ‘mampu milik’…

Go Proton…Go…!!!

3 comments:

noorulmdsalih said...

Assalamu'alaikumm... wah! best ah.. teringin gak nak naik tp bukan memiliki.. hehe.. akak suka baca blog ko.. x sangka ko berbakat rupanya.. Tahniah! hehe.. selama ni akak jd silent reader je.. rindu la dgn suasana n kengkawan PPD.. tp mesti dah x mcm dulu kan.. masa merubah segalanya..

ni kak noorul psp ke ? klu ye, welcome sis !! ala, senang jer nak slesaikn mslh tu..mntk transfer balik ke sini..he,he.. La ni suasana lain la sikit...rmai staff baru...

fa_syah said...

hidup proton!! hehe