AL-FATIHAH BUAT UMMI...

Jam 9.10 malam, tanggal 8hb Ogos 2009 (Sabtu) bersamaan 17 Sya’ban 1430 hijrah, insan yang baru 8 tahun ku panggil ummi pergi buat selama-lamanya… Setelah bertarung bertahun lamanya dengan pelbagai jenis penyakit akhirnya kami semua redha bahawa Allah lebih menyanyangi ummi… Pergi ummi dijemput Ilahi… perginya ummi tak akan kembali lagi…

Kepada isteri abang, Fauziah bt Hj Ismail…bersabarlah dengan ujian-Nya… Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Abang faham bagaimana perasaan Yah kehilangan ummi tersayang pada ketika ini.. tabahkan hati… Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ummi…

Selepas ini, semestinya kami semua akan merindui masakan ummi, kelembutan ummi dan ketenangan wajah ummi… Sesungguhnya, kehilangan ummi tiada pengganti….

Al-Fatihah buat ibu mertuaku… Hjh Zaleha bt Hj Lebai Kassim…. Moga Allah menghimpunkan ummi di kalangan orang-orang yang beriman, Amin…..

5 comments:

Anonymous said...

Takziah...

alladiin said...

takziah dari alladiin bro.. kita yg tinggal ni, sentiasalah mendoakan mereka. Itu saja yg kita mampu buat.

terima kasih sahabat...

Takziah dan moga ko sekorga tabah.. InsyaAllah kiriman doa yg x putus dr kita akan membahagiakan ummi di alamnya.. Amin

terima kasih kak...