NAK HADIAH ? JAWAB TEKA-TEKI NI !

Kepada bekas-bekas pelajar, sahabat handai, rakan-rakan bloggers, cubalah jawab teka-teki ni... Kebanyakan teka-teki ni korang dah tahu dan pernah dengar pun....

Hadiah akan diberi kepada mereka yang berjaya menjawab kesemua teka-teki dengan betul dan yang paling pantas.... Selamat menjawab !



Soalan 01 : Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris ?

Soalan 02 : Binatang apakah yang paling kaya di dunia ?

Soalan 03 : 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah, namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi ?

Soalan 04 : Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu ?

Soalan 05 : Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu ?

Soalan 6 : Haiwan apakah yang paling tidak sopan ?

Soalan 7 : Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3 ?

Soalan 8 : Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama ?

Soalan 9 : Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

Soalan 10 : Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu ?

Soalan 11 : Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai ?

Soalan 12 : Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

4 comments:

fa_syah said...

soalan 2: beruang = ber+wang
soalan 7:manusia lah ekk.. masa kecik merangkak kaki 4, dh besar kaki 2, dah tua pakai tongkat kaki 3
soalan 12: donat

hehe ini shaja yang mampu difikirkan buat masa ini.. hadiah hehe..

lagi 9 ?? cuba lg.. kita tgk dulu, klu x dpt smbutan, saya bg hdiah tu kat you..he,he...

alladiin said...

Bro..wa jawab, tapi malas nak justify..lu pikirlah sendiri justifikasinya...

no 1: ikan belukang bro (ada Blue dan "kang")

no 2: Beruang

no 3: 4 ekor bro sebab 4 ekor
burung itu menutup telinga dengan kepaknya, so, jatuh tersembab le

no 4: batang mancis

no 5: Waktu itu sianglah bro.. bukannya malam. Lu pakai apa kaler pun nampak.

no 6: kutu kepala bro..

no 7: manusia le..

no 8: gasing bro..

no 9: "dan"

no 10: speedometer lah bro

no 11: buah keranji, buah pisang dan buah cempedak bro.. sonang je tu..

no 12: donut lah bro.. atau kuih yg tak berapa nak menjadi..hehe

Last sekali, wa nak hentam satu teka teki utk lu...

Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan? Lu pikir lah...

cepat jer lu ni kan... spoil betul...

Siot, lu plak kenakan gua.. ni jawapannya : cikgu sejarah botak kat blkg kepala sbb diorg ni slalu pikir benda2 yg lepas... yg si profesor plak kena pikir masa dpn la bro...he, he..

Wa cdg nak bg lu hadiah tp lu plak kenakan gua, jadi hadiah tu dpt kat gua balik... he,he..