HALAMAN SEKANGKANG KERA...

Pagi ni aku betul-betul bersemangat… Lepas jer solat subuh aku dah tak buat ‘pendaratan kecemasan’ atas katil… semuanya berpunca dr perasaan dan semangat yang berkobar-kobar. Dari semalam aku dok jeling dan kerling… geram semacam dan dalam hati ada berdetik, ‘nantilah… siap ko esok aku kerjakan !’… Mata aku dah tak tertahan lagi….tiap-tiap kali balik dari kerja aku dah tak larat bro… kalau aku larat, huh, dah lama aku kasi kerat….dah lama gak aku gunting-gunting sampai ‘lunyai’… serabut arrr !!!

So, sebaik sahaja mentari memancarkan cahayanya, aku bergerak ke depan membawa gunting tanda serangan awal akan diteruskan… Belum sempat aku menyusup keluar secara senyap-senyap tiba-tiba aku disapa oleh suatu suara kecik… Aku kenal betul suara tu… “Ayah nak pegi mana yah ???”… si aimi zakiah mula bertanya dan menunjukkan minat nak joint sekali… “Awatnye..? nak ikut ke ?...jom arr kalau berani… amik gunting !....jom ikut ayah pegi depan !”… Berbekalkan gunting dan bangku aku terus ke medan, tempat bermulanya kerja-kerja cantas mencantas...

So, diringkaskan cerita, pagi tu aku puas…tercapai gak hajat hati nak mencantas rumput di halaman sekangkang kera aku tu… lepas trim nampok ler elok sikit bro… sedap mata memandang ! Kalau dibiarkan lagi sebulan mau ‘tembel’ mata aku bro !!! he,he… Ok, adiosss !


Laman walaupun sekangkang kera, kalau dijaga, elok di mata dan boleh mententeramkan jiwa...


Biaser ler... bila buat kerja-kerja 'amal' ni mesti ada yang 'mengulor'... (sindir si budak baju biru tu...)


Bila dah siap, jangan lupa sapu... bagi bersih rumput-rumput yang dah dicantas tadi...

2 comments:

Meen'z said...

ok la tu..kLu sy xdo nya nk gunting2 camtu ha.. cabut ngan tangan jer...hehehe.. (^_^

pkai gunting hasilnya lg cunnn...! he,he... tp lotihla skit tangan ni... hu,hu..