CIKGU TAHU APA YANG AKU TAK TAHU...

Tah kenapa, tetiba jer aku teringatkan cikgu... Dalam banyak-banyak sekolah yang aku singgah, kenangan di SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL PERDAGANGAN, JB (SMVPJB @ VCSJB), 'paling' tak mudah aku lupa.... Banyak, memang banyak kenangan aku kat sana... Walaupun tempoh persekolahan hanya sesingkat 2 tahun, tapi macam-macam perkara, macam-macam peristiwa suka duka yang aku tempoh bersama sahabat yang lain..

Suka aku sebutkan di sini nama-nama cikgu yang sampai sekarang terkesan kat dalam kepala otak aku ni... Cikgu Norzam Zakaria, orang yang bertanggungjawab mengajar aku ilmu perakaunan daripada aku 'zero' sampai menjadi orang yang celik akaun... Ingat lagi aku tumbukan padu cikgu 'bersatu' dengan batu cincinnya yang besar kedabak sering sangat singgah kat lengan aku yang, alahai, kecik jer.... Untuk pengetahuan you all bro, dulu berat aku tak sampai pun 50 kg..sakit, memang sakit tapi disebabkan tumbukan tulah yang membuatkan aku jadi manusia, bukannya buaya..

Cikgu Adam, orang yang bertanggungjawab 'menjerumuskan' aku dan geng-geng yang lain dalam sukan softball dari kitaorang 'nothing' sampailah berjaya menjadi johan dalam sukan antara sekolah-sekolah daerah Johor Bahru... Bagi aku yang tak berapa biasa dengan mood kemenangan ni, tentulah akan rasa begitu seronok, seronok ronoknya..tahlah, tak boleh nak aku gambarkan dengan kata-kata....cikgu selalu kata...PLAY SAFE !!! .... Dan bertitik tolak dari situ jugak, aku sedor yang aku ni takderlah selembik yang 'aku sendiri sangka'. Terima kasih sebab bagi kepercayaan pada saya dan untuk pengetahuan cikgu, saya teruskan semangat tu mewakili UUM dan alhamdulillah team kami berjaya mendapat tempat ketiga dalam SUKMAS dari kesemua universiti yang ambil bahagian.

Cikgu Borhan a.k.a Bob, orang yang bertanggungjawab menyedarkan aku akan kesilapan menyertai Kumpulan Al-Arqam suatu ketika dulu.....terima kasih cikgu....kalau tak kerana peritiwa saya dan rakan-rakan lain di heret ke dewan makan pada malam tu, kalau tak kerana cikgu mengamuk di depan hampir kesemua penghuni asrama dan kalau tak kerana orang-orang dari Jabatan Agama datang 'menemubual' saya dan rakan-rakan yang lain, mungkin saya tak akan sedar akan kesilapan saya.. Its a big issues, big mistakes.... Dan yang pasti, peristiwa tu akan tercatat sebagai sejarah buruk sekolah dan saya mewakili rakan-rakan yang lain memohon maaf di atas keterlanjuran kami waktu tu..... Cumanya, janganlah cikgu salah faham....niat kami waktu tu, baik cumanya, kami silap memilih jalan..

Dan ramai lagi cikgu yang tak dapat aku sebutkan nama mereka satu persatu... Kesemua mereka mempunyai jasa dan budi tersendiri dalam perjalanan hidup aku.

Terima kasih cikgu..sesungguhnya cikgu 'tahu' apa yang saya tak tahu.

7 comments:

alladiin said...

cikgu borhan a.k.a. bob tu sebenornya member wa masa ngajor kat sabah dulu... tawau beb.. selalu makan kat sabindo...

ye ke bro..?!!! alamak..tak sangka ler... dunia ni kecik jer kan.. Lu kenal cikgu wa... wa betul dah lama tak jmpa dia la bro... xper..kurang-kurang kwn dia dulu ni dah pun jadi kwn wa.. he,he..

Anonymous said...

askum en. che'in...dh lama saya follow blog en...erm saya pun bekas pelajar smvpjb batch 95/96..cikgu bob antara cikgu kesayangan saya..skrg nie nk berjejak kasih ngan cikgu bob..nk ajak cikgu bob turun JB wt gathering!!..

w'salam... thanks, sbb sudi singgah di blog saya...batch 95/96 ?... xder ler jauh sgt umur kita..saya batch 93/94... Elok ler tu..klu bleh libatkan skali cikgu yg cukup berjasa ngn kita... Bleh tau nama..?

Anonymous said...

saya baru dpt contact no cikgu bob dari kawan dagang!!..at the same time cuba utk mengatur pertemuan raya nanti di Pontian..would u like 2 joint us?..en che'in dulu kelas mana yer..Prima? Dana? Optima? Ihsan?..saya kelas Elit :)..saya juga org JB..gerek seh!! heheh :)
erm..en che'in kena slalu update blog..bercerita tentang keluarga, anak2, rakan2 yg hampir pupus itew..haha kelakar..

dpaaat gak...tlg fwd kat saya ye.. Saya x pasti you tahu ke tak ...kita guna facebook utk contact ex-vcs yg lain..? Ni saya bg linknya :

http://www.facebook.com/group.php?gid=24304438409

insyallh, sya trupdate slalu.. tq for your support !

Anonymous said...

tq en.che'in..fb group itew saya tahu lama sudah :) ..yeah!! keep support u olwez..di mana harus di fwd kan?..any email?..cikgu paling sporting..cikgu bob..sorang dari batch saya dh pun jd cikgu kt sekolah tue..iyer ramai yg rosak dh dididik jadik owang balik..balik kepangkal jalan..jalan yg lurus..there's no turnin' back :)

btw..anak en che'in yg last itewww sebaya ngan anak sulung saya..perangai bebudak..erm memacam bikin fenin!!